Monday, May 21, 2007

Grafiti Pertama Dalam Sejarah Dunia

Di America, grifiti adalah satu media bagi para muda-mudi kulit hitam mengekspresikan diri dan perasaan mereka.Ia seringkali dikaitkan dengan jiwa yang memberontak dan ia lebih cenderung kepada vandalisme. Bermula dengan tulisan yang berupa cacian,provokasi dan ketidak puasan hati mereka kepada golongan atasan dan juga kerajaan atas penindasan yang mereka alami terutamanya daripada golongan kulit putih America.

Semakin hari tulisan,dan cacian ini ditambah dengan corak supaya ia kelihatan lebih menarik untuk dibaca.Kemuadian pelbagai jenis corak dan pendekatan lagi dicipta dan diperkembangkan dengan lebih kreatif sekali sehingga ia menjadi trend dan ikutan sehingga ke nagara kita.Aku tak pasti sama ada anak-anak muda kita tahu asal usul kegiatan ini atau tidak.Kadang-kala bila aku pulang ke rumah,aku terasa seolah-olah aku sedang hidup di Bronx,New York degan dinding tangga yang berwarna-warni.Hip Hop sana Hip Hop sini.Semak permandangan aku.Ini mengingatkan aku tentang asal usul lukisan di dinding yang aku belajar semasa di universiti dulu.Suka rasa inginku berkongsi bersama.


Tahukah anda bahawa antara seni catan dan lukisan dinding yang terawal dihasilkan oleh manusia adalah pada 30,000 tahun dahulu atau lebih dikenali sebagai zaman paleolitik.Manusia pada zaman ini masih belum mengenal erti bercucuk tanam dimana mereka memburu untuk hidup.Lukisan-lukisan ini dihasilkan oleh orang-orang zaman batu yang tinggal dan berteduh di dalam gua serta hidup dalam puak-puak atau kumpulan.Lukisan-lukisan ini merupakan imej binatang ini dilukis bagi tujuan keagamaan dan penyembahan kepada tuhan mereka untuk kejayaan memburu hari esok.Berdoa untuk dimurahkan rezeki.Disamping itu upacara ritual akan diadakan pada malam-malam tertentu dengan tarian dan nyanyian di hadapan unggunan api(ala ala Red Indian) bagi memuji dan meminta rezeki dari tuhan mereka.Semakin lama,gua itu semakin sarat dengan lukisan yang semakin harinya semakin cantik dengan teknik serta penggunaan medianya juga semakin diperkembangkan.Bermula daripada teknik melukis dengan arang,ia kemudiannya diperbaiki dengan teknik cetakan atau hand-stencil dengan menggunakan getah-getah tumbuhan sebagai warna.

Antara gua-gua yang terawal dihuni oleh orang-orang batu ini adalah Gua Cosquer yang terletak di Maditerranean Coat berhampiran Marseilles,Perancis (gambar di sebelah) yang kini lebih daripada separuh gua ini sudah ditenggelami laut tetapi lukisan-lukisannya masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Sehingga kini, gua ini masih lagi menjadi pusat penyelidikan para penyelidik seni dan ahli-ahli arkeologi.Disamping itu, gua ini juga menjadi salah satu pusat perlancongan di Marseilles.
Aktiviti-aktiviti purba ini juga dilakukan dengan tidak kurang kreatifnya oleh orang-orang batu yang menghuni gua-gua di timur Sepanyol,Italy,Jerman, selatan Russia dan utara Afrika dan banyak lagi negara-negara Eropah.
Inilah asal-usul lukisan dinding dan juga seni catan. Cuba bayangkan, orang-orang zaman batu juga tahu dimana tempat yang sesuai untuk mereka menyonteng dinding disamping mempunyai motif tertentu untuk berkarya.Pada zaman ini,tidak kira di Malaysia atau di America sekali pun, contengan-contengan graffiti ini dihasilkan dimana-mana saja tanpa difikir ia sesuai atau tidak, mengganggu atau tidak serta mencacatkan permandangan atau tidak.
Jadi jika muda-mudi ingin berkarya disamping mengekspesikan diri anda, silalah memilih tempat dan lokasi yang tidak mengganggu permandangan orang lain.

15 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

panjangnya aku merepek....
tak sedar lak.

Pegawai Khalwat said...

Hang buat kelas kat student hang ka?

Ha ha ha.... tempat hang duduk tu memang da ghetto skit.

pjoe said...

Grifiti..kadang-kadang menarik..kadang2 buat semak mata memandang.

Tapi mungkin itu medium anak muda sekarang untuk express diri diorang.
Asal jgn conteng dinding rumah orang sudah!

Garisan antara vandalisme dengan seni..

makin jelas atau kabur?

tegezoot said...

Aku kalau marah! Keta satria ang aku grifitikan!!! kalau marah la...

crunchyahcock said...

aku x rasa yg bebudak skang tahu asal usul grafiti tu, mungkin diorang rasa "hip-hop" kalu buat benda tu. atau maybe setengah faham apa yg di buat......
tapi kalu mcm tegezoot nak buat tu, aku no komen...-buat latar blakang show nak? usop

Anonymous said...

kadang-kadang suka melihat kreativiti mereka-mereka. tapi. dalam kebanyakkan masa, terasa menyemak pula graviti-graviti tersebut. menyerabutkan mata memandang.

Natra said...

kalau nak buat sesuatu perlu ada pengetahuan...jangan menonong ikut...orang hip hop, dia pun hip hop! orang etnik,dia pun etnik!! poser!!!

drawing tak pandai, tapi nak belajar menjahit boleh? :p

Natra said...

seni itu tidak semestinya indah. kalu menyemak pun apa salahnya...

crunchyahcock said...

tiru gaya org..... trend atau ???
kemana menghilang identiti sendiri?

Anonymous said...

seni itu subjektif. apa yg kita rasa menyemak, mungkin indah dan menenangkan di mata org lain. huhuhu..
p/s: aku suka dgr lagu hip hop too phat - dua dunia.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada peg khalwat..
aku tgh praktislah ni..dah lama aku xajar subjek ni.
kepada nazjoe..
kalau bertempat mmg cantik.
kalau tak mmg vandalism.
kepada tegezoot...
tolong spray gambar hantu raya kat keta aku.
kepada cock..
mmg budak melayu suka ikut tanpa tahu asal usul
kepada akirasuri..
selalunya mmg serabut sbb ditempat yg salah.
kepada ibuseni..
aku tau sapa poser tu..
nak blaja jahit?pengerasnya?
kepada kamarul..
untuk menghasilkan sesebuah hasil seni,kita perlu tahu apa yang kita buat disertakan dengan research..baru bermutu.bukan tiru imej-imej yang tidak kita tahu dah applikasikan di tempat laluan orang ramai.itu merosakkan namanya.
ini adalah satu budaya rebel...entah apa yg bebudak ni rebel.(pendapat aku yang butaseni ni lah)

jinggo said...

rasa macam dalam kelas la pulak...

Anonymous said...

biasalah remaja. masih tercari2 identiti masing-masing. kalau dulu grafiti itu mungkin simbol rebel terhadap autoriti, tapi sekarang lebih kepada kerana bergelodaknya hormon2 dlm tubuh mereka. haha!

Bunga Rampai said...

Saya belajar. Terima kasih entri ini :)

Salam.

ANNA NUR said...

erm... info ni aku copy eh! aku nak bagi nota kat budak2 form5.. hehehe... kalo kena byr, nnt aku jumpa hang.. hehe..