Wednesday, May 30, 2007

Gangguan Emosi Dalam Bangsawan?

Baru-baru ini sedang aku berehat di atas katil sambil membaca surat khabar,aku terpandang satu artikel atau komen tentang pementasan Bangsawan berjudul ‘Menjunjung Duli’ karya Abdul Rahman B yang di jayakan oleh Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur dan penuntut-penuntut ASWARA.(Akademi Seni,Budaya dan Warisan Kebangsaan). Tajuk artikelnya adalah Bangsawan Bangkit Semula. Aku amat tertarik dengan tajuk si pengarang ini. Tetapi yang lebih menarik perhatian aku adalah satu ayat yang mengatakan ‘lagu dangdud dalam persembahan ini tidak releven'.

Bangsawan adalah satu media hiburan yang lengkap untuk menghiburkan penontonnya. Ia bukan sahaja menghidangkan sebuah lakonan yang sangat dramatis malah ia juga diselitkan dengan nyanyian,tarian,kugiran(alat musik traditional) dan juga lawak jenaka. Jadi Bangsawan adalah salah satu khazanah yang kita patut angkat dan martabatkan. Kini banyak persembahan dapat kita tonton di merata negeri bahkan pihak kerajaan juga berusaha untuk menghidupkan kembali khazanah ini dengan mengadakan Festival Bangsawan di peringkat negeri dan kebangsaan.Ini adalah satu langkah yang amat bagus sekali untuk memeliharanya.

Bangsawan adalah satu persembahan yang amat unik sekali dan ada keistimewaan tersendiri. Sesuatu persembahan bangsawan itu tidak akan lengkap jika tidak disertakan set atau pentasnya yang penuh warna dan penuh kemewahan lebih-lebih lagi semasa babak di dalam istana atau balai rong seri.Tidak hairanlah set-set ini sangat berat dan amat sukar sekali untuk diubah pada setiap kali pertukaran babak dimana ia mengambil sedikit masa untuk melaksanakannya.Jadi sebab itulah diadakan persembahan selingan atau lebih tepat lagi ‘extra turn.’
Para penonton biasanya akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian,tarian dan juga lawak jenaka bagi memberi laluan kepada para krew mengubah set bagi babak seterusnya.

Kepada sesiapa yang tahu tentang gambar ini,diam-diam sajalah

Tahukah anda, pada zaman kegemilangan bangsawan dulu,tidak semua penonton yang hadir datang untuk menonton lakonan semata-mata, ramai juga yang datang hanya untuk menyaksikan extra turn sebab ia menghiburkan penonton dengan lagu-lagu dan tarian-tarian yang popular pada masa itu seperti mambo, rumba, cha cha, limbo dan sebagainya di selangi dengan joget dan ronggeng. Di situlah mereka dapat melihat dan belajar segala tarian-tarian dan lagu-lagu baru dari barat serta menari bersama. Para penonton juga boleh meminta lagu kegemaran mereka dengan menulis di atas kertas dan disertakan dengan wang upahnya dan mereka juga boleh memilih siapa saja untuk menyanyikan lagu itu(para pelakon).Jika lagu itu dinyanyikan dengan baik dan memuaskan hati mereka maka duit akan dicampak ke atas pentas dan akan dibahagikan kepada ahli produksi.

Berbalik kepada artikel dangdud tadi,bagi aku ia tidak langsung mencacatkan persembahan itu sama sekali kerana di dalam bangsawan ia juga kedang-kala boleh dipelbagaikan mengikut kehendak penontonnya.Bukanlah maksudku menggalakkan lagu-lagu Snoop Doggy Dog ataupun My Chemical Romance dalam bangsawan. Aku masih waras, tapi maksud ku asalkan ia masih lagi berkait dengan budaya kita, tiada salahnya. Syabas Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur dan penuntut-penuntut ASWARA.

Pernah juga aku terbaca artikel atau komen persembahan bangsawan dalam sebuah surat khabar tabloid yang berbunyi (lebih kurang), ‘Persembahan malam tadi boleh dikategorikan sebagai sempurna jika tidak kerana persembahan nyanyian pada setiap pertukaran babak yang mengganggu konsentrasi penonton,’. Ini menunjukkan yang wartawan ini tidak tahu-menahu tentang asal-usul dan persembahan bangsawan apatah lagi tentang extra turn.

Untuk memelihara keunikan bangsawan dan extra turn ini, aku rasa elok juga diselitkan tarian-tarian traditional yang telah lama tidak didengari dan disaksikan dimana aku rasa ia hampir pupus dan sepatutnya ia diperkenalkan semula kepada golongan muda seperti Mek Mulung, Barongan, Cik Siti Wau Bulan dan sebagainya supaya ia akan kekal dan tidak lenyap ditelan zaman, bukan hanya memainkan lagu-lagu yang selalu didengar seperti Patah Hati, Tudung Periuk dan sebagainya. Tidak salah juga sekali sekala diselitkan irama-irama lain seperti dangdud serta tarian-tarian yang dapat menarik ramai penonton baru.

30 comments:

Erran said...

You're really seni mannn..Tak reti aku nak komen pasal benda2 seni ni. Cuma bagi aku seni bangsawan kat Mesia ni kureng giler.TVs or Newspaper or Magazine dok hari hari criter pasal AF, Gangstar dll. Padahal Seni Bangsawan ni pun salah satu cabang hiburan gak kan. By the way, can i tag your blog kat blog aku. Kor punya blog ni very informative ler ;)

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
aku stuju gile pasal coverage bangsawan yg sangatlah kurengnyee.promosi yg lain tu sanggup berjuta.khazanah kita cuma cipuuuuuttt je diorang nak amik tau.
bleh my friend,aku pun nak add kau gak.

Anonymous said...

gambar tu gambar awak ke :p

oh oh. saya yang buta seni ni kalauu selalu ke sini nampaknya akan jadi seorang yang celik seni lepas ni :D

nota: promosi kurang untuk tayangan teater. tak seperti filim yang promosi luas seantaro malaya.

Erran said...

cam kat UK/US tu ramai aper orang2 elit & tak elit gi tengok Opera...dioarng jaga sungguh benda2 seni bangsawan ni. Orang Mesia ni jer yang tak hargai khazanah sendiri.

Pegawai Khalwat said...

Fuuuyoooooohhhh!

Hang sesungguhnya tidak buta seni wahai buta seni.

Hebat!

Hang punya blog lagi banyak info pasai seni dari blog yang bertajukkan seni.

Aku malu........

Patut letak jawatan.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada akirasuri...
gambar tu saya save dari internet jee :) segala info kita kongsi bersama.
kepada butterandbanana lagi..
betul tu diorang pelihara opera diorang,jepun pun pelihata kabuki .
kita perlulah jugak jaga bangsawan kita.
kepada pegawai khalwat..
toya!

blackpurple @ jowopinter said...

Aku teringat semasa aku kecik-kecik dulu. Emak aku cukup suka dengar 'Bangsawan ke Udara' dari radio Singapura, SBC.

Wah kacak juga pelakon bangsawan lelaki itu ekk.. :D

k o r o m y s t said...

Ohhh... saya antara yang jahil tentang dunia seni Malaysia ni.

Saya mungkin antara generasi yang lebih sukakan budaya timur yang lain. Hmm... Jepun misalnya?

Mungkin kerana saya bukan peminat bangsawan, teater, falsafah mahupun puisi.

Tapi saya suka baca blog ni ^_____^

Mimiamilia said...

erk..
ni bukan butaseni namanya
meh title tu bagi kat saya.
sebab saya la yg butaseni nya..
nak komen apa pun cek tatau...

abiumar said...

Assalamualaikum......

Apa yang barunya tu??? Yang dapat dari blog ustazmuda hehe!!!

Apapun tq atas ziarah.

abiumar said...

Terima kasih... juga kerana sudi bertandang...

Kita sama sahaja. Sama-sama mengutip ilmunya di bumi ni dan menumnpang sebentar...

Terima kasih.

pjoe said...

orang malaysia hanya suka ambik tahu sesuatu yang 'hype' baru nak pergi tgk.

Memilih bulu. Bgai mereka AF tu la seni yang paling agung!
sedih2

hehhe

Rozie said...

mmmm...teringin sgt nk tengok teater ni tapi x der kengkawan yg sejiwa nk diajak sekali meneroka dunia teater!!!!!

Anonymous said...

Saya pernah juga menonton teater di istana budaya, agak menarik dan tidak membosankan.

Rupanya En butaseni bukanlah
seorang yang betul2 buta seni,
tapi celik seni :)

Butaseni@Wan Raja said...

plackpurple....
bestnya kalau ada lagi program tu,
kacak?trima kaseh....eh!silap...a'ah ek anak sapa lah ni.:)
koromyst...
tq sbb suka blog gua,
wa respect minat lu tapi sekali sekala tu ambik taulah sikit pasal budaya kita,nanti lu pegi jepun tengok kabuki lu bolehlah cakap kat diorang'di malaysia juga ada opera namnya bangsawan.:)
salam.
mimiAmilia..
cek tak payah komen appa pun..
cek baca sudah,tq
mrC&W..
salam ustaz,minat bangsawan tak?
nazjoe...
AF tu perosaklah brader..
rozie...
bulan 8 ni kami ada show,maila tengok hehehe
indahsakura...
mmg best tau...asyik,
saya baru nak celik.:)
salam

BaYu SenJa said...

orang kata kalau tak reti jangan bercakap.. jadi baik saja bayu tidak sampuk urusan ini...
kalau tak, nampak sangat bodoh :)

apa pun penggiat seni teater rasanya tidak terlalu mendapat tempat yang hebat di dalam media..
Kalau media berjaya mewar-warkan seni bangsawan ni sehebat aktiviti 'seni segera' (adik beradik mee segera) ni.. kan bagus :)
kalau nampak bodoh tu, buat diam-diam sudah la ;) hehe

ontahsapo said...

aduh, bangsawan la pulak...

Butaseni@Wan Raja said...

baya senja...
promotion adalah satu masalah yang boleh diselesaikan,sekarang ni pun promosi tentang teater sudah mula dapat kita jihat di tv,paper,majalah & radio...adalah jugak.
masalah utama adalah macam mana nak buka mata orang kita menghargai seni ni lebih-lebih lagi bangsawan,nak tarik generasi baru untuk menhargai khazanah ni..
ontahsapo...
salam,
lu sapo?hehehe
tak minat ek?takpo takpo.kalau macam tu lu cakp lu nak dengar crita apo?akan gua gali dan crito kat lu sampai lu happy :)
salam

jinggo said...

macam kenai saja.........????
macam pernah kulihat tapi dimana yaaaa..........???????

fffuuuhhhh......
memang celik betoi si buta seni tu..........

hang memang celik dan yang pastinya memang bukan buta.......

hebat-hebat-hebat-hebat...........

pjoe said...

ya, AF itu perosak..
Itu poin aku, dude!

tegezoot said...

Pengumuman!!!

Gambar pelakun lelaki itu adalah gambar En. Butaseni sendiri! aku tau sebab aku pun terlibat dalam produksi bangsawan tu!

tegezoot said...

Kalau nak taruk lagu rock sekalipun masa extraturn tu pun tak jadi hal! Sebab bangsawan asalnya satu industri komersil pada zaman tu! Sekarang ni 'Jom Heboh' kot!

m i n e r a l . . . said...

sy rasa dulu teater mudah dipentaskan, kini ia seakan menjadi satu tarikan utk mereka yg berada dlm kelompok elit, tempat pementasan yg sukar didatangi, mengapa tidak di satu-satu kompleks membelibelah yg terkemuka diadakan satu mini auditorium khas utk peminat teater, mudah utk pergi kan dan semua org tahu, boleh memupuk minat org ramai, seperti actors studio, sy rasa lokasi juga memainkan peranan, tak perlu studio besar utk pementasan gah,lain la PGL...dan buatlah lebih byk lagi teater melayu khasnya, nie asyik dlm english jer, apa teater melayu nie 2nd class ker?....

p/s: aku minat teater, tp teater tak minat aku... [anda faham?]

suriani said...

Aku tak berapa nak minat bangsawan... tapi aku suka plak tengok gambar tu. Blog ni pun best gak.

Memang orang seni la kot buleh tulis gini!

Butaseni@Wan Raja said...

kapada jinggo...
mungkin hang tersalah orang.hg pun nak jadi mcm pegawai khalwat jugak,puji@kutuk.
nazjoe..
i got ur point,and we straight to the point.hehe
tegezoot..
sungguh kureng.aku delete kang.
ya,itulah hiburan muda mudi masa kini.mlm jom heboh tu semua melayu ada kat situ.kalau ada bom,habis pupus semua melayu.
mineral...
aku minat dgn idea lu...bernas.
mutu lakonan pelakon teater melayu jauh lebih best dari teater inggeris...that's a fact!!
umi ameer..
trima kaseh sbb lawat blog saya yg buta ni :)
salam.

jinggo said...

si buta dah kembali celik...
tahniah kepada anda......

Khutub Kannah said...

hurmm...syabas..

Anonymous said...

btul ker buta nih..tipu eks.. :p

Butaseni@Wan Raja said...

jinggo laaaagi...
balumkembali lagilah..tgh try nak celik.
khutub kannah...
syabas sebab apa kutub?
hg pun pelakon gak :P
suhana...
betul dinde,kande tak tipu..

Bunga Rampai said...

Terima kasih entri ini.

Salam :)