Friday, June 1, 2007

Bulan Itu Bulan Cinta....

Bercerita tentang bangsawan, teringat aku satu saat yang gila aku dan rakan-rakan (geng teater Tanjung) sepanjang jangka produksi bangsawan anjuran kerajaan negeri kira-kira setahun setengah yang lalu.Saat mula berlatih dan casting dikala bulan ramadan.Dengan tidak kusangka aku dipilih menjadi watak utama,asalnya cuma nak jadi pengawal saja,khabarnya walaupun pengawal habuannya lumayan.Yang menyeronokkan aku adalah boleh dikatakan semua pelakon dan tenaga produksi adalah member-member aku yang sekepala termasuklah tokey panggung sendiri.

Latihan setiap malam bermula agak lewat lebih kurang pukul 10 keatas untuk memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat terawih.Maka ramai jugak yang datang awal yakni ponteng sembahyang semata-mata untuk melepak dan mengurat.Latihan pada bulan yang mulia itu tidaklah berat dan agak santai sebab masih ada 3 bulan sebelum tarikh persembahan.

Maka masing-masing sibuk mencari partner untuk menghafal skrip(kononnya).Yang jadi pengawal pun sibuk nak tolong dayang menghafal skrip(padahal dua-dua tak ada dialog) mereka mendalami watak dengan berkesan sekali sehingga si pengawal dan sidayang itu sudahnya bercinta.Aik!Tokey panggung pun dapat partner.Wah, ini sudah bagus.

Yang paling aku tak boleh lupa tu,setiap hari lepas latihan kesemua sekali bersuka ria di pusat karaoke.Sampai penuh 2-3 bilik dengan pelakon-pelakon terlampau ni.Aku pun tidak terlepas dengan gosip liar itu,kononnya aku pun bercinta dengan heroin cerita tu.Tidak,tidak,tidak itu semua hanya spekulasi hahahahaha.Tiap-tiap malam kami akan ulangi rutin tu dan ke tempat yang sama.Rutin malam ketika itu ialah berlatih,minum/makan,karaoke sampai pukul 3,sahur di kedai mamak,tidur dalam 2 jam dan bangun pergi kerja.Gila.

Lama kelamaan masalah skandel berleluasa ni pun timbul,itu tak kena,ini tak kena.Kau tipu aku ,aku tipu kau.Kau dah kawin rupanya,kau tau tapi buat tak tau pulak....macam-macam sehingga satu malam keadaan huru-hara hingar-bingar itu bertukar menjadi diam, sunyi sepi taman budaya tanjung sehinggakan semut pun takut untuk keluar lubang setelah sang dewa@ pegawai khalwat berteriak 'Diiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmm!!'.

Waktu sesudah itu, segala skandel-skandel yang tidak serius pun tidak kelihatan dan kedengaran lagi cuma tinggal beberapa kerat sahaja pasangan yang terzahir semasa produksi itu yang masih kekal.Yang lainnya mencari haluan masing-masing.Itulah betapa kuatnya aura teriak sang pegawai khalwat yang semakin lama cerita tersebar luas di merata perusuk tanjung.
Sehingga hari ni,kami masih lagi bercerita tentang bulan cinta itu dan mengundang ketawa sehingga tertitisnya air mata bila teringatkan pekikan sang dewa itu.

18 comments:

tegezoot said...

kung fu ngauman singa dari pegawai khalwat tahap ke 9.

Ibu seni said...

Tipah tertipu bang!!! Sejarah mungkin berulang. JAGA-JAGA!!

butaseni! Jangan tak tau, dah nama pun dewa!!! Itu baru teriak dewa, belum lagi teriakan maha dewa!!

NezJoe said...

Teriakan dia sama kuat macam tuan tanah dalam kunfu hustle tak?!
:D

BUTTERANDBANANA said...

Sebab blog kor blog buta seni, jadi aku bagi pantun ye :

"Lepas bangsawan,
Pegi mengawan,
Mengawan kat tempat awam,
Dapat lebam!!!"
....wakakakak..!!!!

Pegawai Khalwat said...

Pertama,
Aku tak terlibat secara langsung dengan bangsawan tu. Setakat tolong kerana kawan-kawan saja.

Kedua,
Aku tak termasuk golongan gila karaoke tiap malam tu, (aku pernah ikut sekali saja, natijah hasutan shaithon).

Ketiga,
Aku tak kata DIAM, aku kata perkataan lain. Oleh kerana over generalization dari kawan-kawan dan juga media massa, maka kalian ingat aku kata DIAM.

Keempat,
Bulan cinta akan muncul semula sepanjang bulan Julai ini, skandal & gosip akan berleluasa. Tapi hanya bersifat sementara. Nak pula mantan penerima anugerah semuanya buat show awal.

Pssss..... Jangan samakan aku dengan Nostradamus. Persamaan itu sudah milik seseorang.

butaseni said...

kepada tegezoot..
itu bukan ngauman singa,dah sampai tahap raksaksa gunung olympus.
ibu seni...
lu takde malam tu...dah memang sampai tahap maha dewa sakti.hahaha
nazjoe....
haaaa 99% sama
pagawai khalwat...
ooo kamilah natija-natijah syaiton tu?
ya,aku pun rasa bulan 7 ni akan jadi lagi hahahaha
hang simpan suara untuk teriak lagi

butaseni said...

butterandbanan....
aduh,seperti hempedu menyusuk kalbu,ngilunya semelaka terasa...

tegezoot said...

dia tak jerit 'diam' la!

Tapi dia jerit 'Sudah' tak salah aku!

Rozie said...

dok kt satu corner memerhati kalian.....

akirasuri said...

hahak.

sungguh! sungguh! sehingga tak tahu mahu mengomen apa. hahak.

akirasuri said...

awak. kita mengomel lagi :D

bukan tak tahu mengomel apa. tapi. ha ha ha. bila baca dengan penuh minat hingga ke klimaks entri, tiba-tiba ha ha ha rupanya tipu-tipuan saja. adeii.

*ini kesah benar atau tipuan saja. kesian kat den yang baca bersungguh-sungguh ni :))

butaseni said...

tegezoot...
kalau x silap aku jugak dia jeri dddiiaaaammmmm!!dia cuba nak pusing kepala otak kita nih.awas perangkap sang dewa.
rozie...
jangan tgk dari jauh tu je...sila lah masuk :)
akirasuri...
tajuk mesti mau gempak..hehehe
eh,ni kisah benar,nothing but truth..

blackpurple said...

Ini kesinambungan entri Tuan Pegawai ekk... :D

butaseni said...

blackpurple...
si tuan pegawai tu yang sambung cerita aku.....
dia kutuk aku balik hahahaha

Ibu seni said...

ahaks!!!

jinggo said...

kutukan yang mengena.......
atau tak mengena.........?

ish ish ish...........

artisticklytouch said...

'TAK KELUAR LAGI..TAK KELUAR LAGI..'

ya, dia kata DAMN!!!

butaseni said...

artsilkytouch.......
wahh,dewa boleh kata damn..musykil aku.