Tuesday, April 24, 2007

Masihkah Bahasa Melayu bahasa yang diKebangsaankan?

Pada 31 Ogos ni genaplah 50 tahun negara kita merdeka.Sudah tentu sepanjang tempoh itu telah banyak perunahan,peningkatan dan juga penjajahan semula melanda Tanah Melayu ini.

Penjajahan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi budaya,cara hidup,malah bahasa yang menjadi penghubung diantara seorang Melayu kepada Melayu yang lain.Ia telah pun diubahsuai sehingga kebanyakan golongan yang berjuang untuk kemerdekaan tanah Melayu ini(generasi yang sudah senja) tidak dapat memahami apa maksud bahasa Melayu moden ini.

Yang menyedihkan pengubahsuaian bahasa kita ini dilakukan oleh Melayu sendiri yang merasakan bahasa Melayu akan kedengaran lebih 'standart dan educated' jika di'Inggeriskan' sedikit.Pengubahsuaian ini juga disokong oleh tokoh-tokoh bahasa kita dan juga sebuah badan yang mengawal tatabahasa Melayu malah sebahagian besar perkataan baru ini dapat kita lihat di dalam kamus Melayu.Antara perkataan yang dimaksudkan adalah 'persepsi yang asalnya perception,transeksi-transection,obsessi-obsession dan macam-macam si si si lagi.(jika tersalah ejaan Inggerisku,harap maaf)
Apakah kita tidak mempunyai maksud dalam bahasa kita sendiri untuk menerangkan perkataan-perkataan ini sehingga kita terpaksa menganak angkatkan bahasa Inggeris?Jika khazanah kita ini tidak dipelihara,tidak hairanlah anak cucu kita nanti akan kehairanan dan mentertawakan bahasa yang kita tuturkan.Akan kelak kita akan digelar golongan purbawara.

Harap-harap pada hari sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-100 kelak,kita masih lagi menggunakan bahasa yang seadanya dan bahasa-bahasa penjajah ini tidak akan terus memperkosa bahasa kita.

8 comments:

tegezoot said...

Dah tercemar, macam sungai pinang kita la... jentera teknologi yg digelar KEMAJUAN memakan sel-sel asli dan menggantikan dgn najis-najis.

tegezoot said...

Entri ni sesuai dilawati oleh pelakun teater Devian Dogma yg memegang watak Tejo.

Pegawai Khalwat said...

hoi... suh aku link. Hang tu tak link pun link orang lain.

jinggo said...

aku ada seorang kawan yang selalu mengagongkan bahasa melayu.........
bila cakap saja om putih dia suruh kita terjemah kan ke bahasa melayu......
atau pon dia buat tak tau...........
(dia paham atau dia tak paham) itu pon menjadi misteri............
tapi sayang dia ada bongkak sikit..........
kasihannnnnnnn-kasihannnnnnnnnnn

Unknown said...

hmmmm... susah nak comment.. sbb i sendiri senang cakap english.. eheheh.. tp klu cakap melayu tu, i cakap melayu betul2.. xde la nak ada slang2 oreng puteh.. ehehhe..

Butaseni@Wan Raja said...

ha mcm tu lah bagus,
kalau nak om putih, om putih terus.
jgn rosakkan bahasa melayu kan?

Butaseni@Wan Raja said...

kepada tegezoot dan jinggo:
kesian kat si anu tu,apa saja entry,apa saja cerita mesti dia kena kutuk.
beri dia ruang untuk membongkak!!

jinggo said...

ok lah tapikan jangan makan........
food indian...............

har har har.....