Thursday, April 26, 2007

Demam Festival Teater P Pinang Bermula

Genap setahun Festival Teater Malaysia(FTM06) berakhir yang berkesudahan dengan kumpulan KUBAS dari Kedah berjaya menggondol sebilangan besar anugerah utama dalam temasya yang cukup meriah itu,kini tiba masa untuk penggiat-penggiat teater (amatur)di seluruh negara mengaplikasikan karya mereka dalam festival di peringkat negeri pula.

Setiap kumpulan akan berentap untuk mendapatkan satu tempat di peringkat kebangsaan yakni johan negeri dan satu pertandingan yang sengit tetapi 'sihat' akan dapat kita saksikan.
Di negeri Pulau Pinang,lima belas kumpulan akan bertarung dan mencuba nasib.Banyak juga kumpulan-kumpulan baru yang melibatkan diri tidak ketinggalan juga kumpulan-kumpulan yang sudah dikenali atau 'otai' turut serta.

Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Pulau Pinang juga telah menganbil inisiatif untuk memperkemaskan lagi aspek-aspek teknikal dan mutu pengurusan pentas kumpulan-kumpulan yang bertanding dengan mengadakan bengkel serta kursus kepada para peserta bagi menambahkan lagi pengetahuan pengiat-pengiat teater di negeri ini.
Ini adalah satu langkah yang sungguh mulia sekali bagi memartabatkan seni di kalangan belia.

Pada festival yang lalu(2005), boleh dikatakan sebilangan besar kumpulan-kumpulan yang bertanding menunjukkan sikap yang amat membanggakan dimana kebanyakkan kumpulan saling tolong-menolong diantara satu sama lain walaupun kumpulan yang tidak dikenali untuk melancarkan persembahan-persembahan malah ia tidak terasa seperti sebuah pertandingan.Ini menunjukkan yang generasi muda juga sudah berfikiran matang dan menepis tanggapan yang orang melayu amat terkenal dengan sikap dengki mendengki dan khianat-mengkhianati.
Sikap sebegini diharap dapat diteruskan bukan sahaja pada Festival tahun ini malah pada tahun seterusnya kerana dengan adanya ketulusan ini,diharap khazanah seni kita akan kerkekalan....amin

hidup konsultium

14 comments:

Pegawai Khalwat said...

Dengki? Sapa dengki tu?

Konsortium la brader, bukan konsoltium. Tak pernah naik bas ke?

Butaseni@Wan Raja said...

itu character aku lah
guna bahasa baku
lu gua punya director pun xpaham2!!

Butaseni@Wan Raja said...

dalam entry gua,
gua kata xdak org yg dengki-mendengki,bila gua kata ada org dengki kat org lain.
lu ni tidak memahami naskahlah dewa

tegezoot said...

Kumpulan mana yg 'otai' sangat tu? tunjuk kat aku sat!

Butaseni@Wan Raja said...

salah satu kumpulan otai adalah kumpulan yang diwaliki pelakon lelaki terbaik 2 tahun berturut-turut.
tahun ni hat-trick lah nampak gayanya huhuhuhuhu

kerisLekuk7 said...

nak mai dah! nak mai dah!

kerisLekuk7 said...

tolong menolong pun tetap kena maki.....hahahhahahhahahhaha
sebab aku tokey panggung

kerisLekuk7 said...

tolong menolong tetap kena maki juga.............sebab aku tokey panggung

kerisLekuk7 said...

tolong menolong tetap kena maki sebab aku tokey panggung

kerisLekuk7 said...

aku tokey panggung...mesti kena maki

kerisLekuk7 said...

tolong menolong tetap kena maki baru wajib sebab aku tokey panggung

Butaseni@Wan Raja said...

kepada tokey panggong
banyak-banyak mengucap!!

jinggo said...

yang otai tu la.....
tokey panggung la............
(jaga panggung saja)
panggung kerajaan punya......
har har har.... (gelak macam dewa teater pulau pinang)
tapi lu memang best la........

jinggo said...

tapi kan aku dengar cita tahun lepas kan ada org yang kutuk gila cita yang menang tu kan.....
kalau tak salah aku dia kata kalau group ni la atau cita ni la yang menang atau wakil penang ia akan memalukan pulau pinang.....
tapi bila dapat pegi KL festival kebangsaan.... dia org yang tak malu mai mintak macam pemintak sedekah nak ikut pegi KL.... sapa dia ha......
kalau aku la.....
rasa macam makan taik sendiri oooo...
kutuk tapi bila dapat nak ikut tergedik-gedik......