Ketika sahabat kami masih berada dibawah kaki pasangan biawak yg sedang bercumbu itu,hantu laut otai terus melangkah ke persisiran dengan pelbagai niat,satu,mahu menyelamatkan sahabat,dua,ingin memberi ajaran kepada pasangan itu dan dia terus menuju kesana maka yang lain pun melangkah perlahan menurut dari belakang.
Setelah ternampak samar samar seekor makhluk besar gagah sedang berjalan dari dalam laut,si gadis itu terperanjat dan terdengar suaranya “
abang,apa tu?!” lalu kedua biawak itu bingkas bangun dan berundur terperanjat.Dengan tidak semena mena si otai bersuara “
Ustat Kulup mana.Ustat,keluar ustat.” Mahu tak mahu kesemua kami terpaksa berlakon sebagai
pegawai khalwat lalu ustat Kulup pun menyahut “
Ya,ada sini ustat otai.” dan muncul dari celah celah batu.Muncul pula 6 lagi pegawai dari dalam air dengan muka yang tidak mesra.”
Buat apa disini?’sapa kami pula,kemudian dengan yakinnya sahabat kami yang dari bawah batu itu dengan hanya berseluar dalam bangun dan terus berlakon.”
Ya ustat,macam mana?,saksi semua dah cukup ni”maka hilang darah dimuka pasangan itu.Tidak terjawab soalan bertalu-talu kami.Cuma pasti mereka terfikir,dasyat betul pegawai khalwat disini,muncul dari dalam air dan celah celah batu dalam gelap ditengah-tengah malam.Sungguh komited dengan kerja.
Lakonan dan penghayatan watak kami semakin menjadi-jadi dan ketahap yang paling tinggi,masing masing melontarkan dialog dengan seriusnya.Ada kala juga aku terdengar dialog yang dipetik dari skrip-skrip yang pernah kami lakonkan(aku Cuma tertawa didalam hati,muka maintain serius),sungguh meyakinkan lakonan semua,kalau dipentaskan memang memberi kesan pada penonton.Pasangan itu mula merayu-rayu dan air mata mula bertakung dikelopak.”
Tolonglah ustat,encik,abang,kami cuma berehat sekejap saja disini,kami tak buat apa apa pun”rayu si lelaki itu.”
Amboi,berehat konon,kami nampak semua tadi,dari hampa sampai,duduk,bukak tudung,posing dengan kamera,dan bersuka ria,semuanya kami nampak”.maka mereka terdiam membisu.Ustat Kulup pula tidak berhenti-henti menelifon ustazah (lakonan semata-mata) “
ya,bila nak sampai ustazah,dah lama dah kami tahan pasangan ni,bawak van mai cepat.Apa?ada 4 lagi pasangan?Hmm cepat sikit.”.Maka meraung lagi si gadis itu.”
Tolonglah ustat,lepaskan kami,kami janji tak buat dah” tetapi semua masih tetap dengan watak masing masing.
Entah bagaimana salah seorang dari kami menyoal bertali arus tentang rukun rukun dan ayat ayat yang patut semua orang islam tahu.Tergagap-gagap si lelaki itu menjawab,tertungging terbalik ayat ayat serta rukun rukun dijawabnya sehinggakan dua kalimah syahadah pun lain yang dijawabnya,selawat mailudurrasul pula yang terkeluar.Datang pula ustat otai untuk membetulkan lelaki itu,lakonan otai itu sungguh dasyat,sungguh meyakinkan,sungguh sedap dia mengucap,dengan idgham dan dengung yang cukup lengkap,kami seperti mendengar seorang arab badawi mengucap.Kemudian ditarbiahnya pula si lelaki itu tentang hukum hakam dan tanggungjawab sebagai lelaki,suami dan umat islam.Dia cuma tunduk membisu.Kemudian giliran si gadis pula dimadrasahkan sehingga megalir air mata insaf.
Dan setelah lebih sejam barlakon,kami mula penat dan ketandusan idea untuk bermain,kami cuma memberi amaran keras kepada pasangan dari pantai timur itu supaya tidak lagi megulangi perbuatan itu,dan kalau boleh percepatkanlah niat untuk bernikah sebab kedua duanya sudah kemaruk tidak kira tempat dan waktu.Yang paling tidak boleh kami lupakan bila si pasangan itu disuruh pula untuk berdialog “
abang,lain kali tak nak buat macam ni dah ye,jangan bawak saya datang ketempat begini lagi ye?janji tau.’dialog untuk si gadis.”
baiklah,abang janji,lain kali abang tak buat lagi”untuk si lelaki pula.Sungguh kejam.Dan dengan muka serius,kami melepaskan mereka dengan amaran juga harapan tidak lagi mereka ulangi dan dengan pantas mereka menuju ke motosikal lalu memecut lari.Barulah kesemua ustat ini kembali ke watak asal dan ketawa bagai gila.Salah satu sebab yang membuatkan kami ketawa besar adalah kemeja T yang dipakai masing masing kesemuanya bercetakkan persembahan teater dan seorang ustat hanya berseluar dalam.Mungkin sebab terlalu takut dan bersalah,pasangan itu tidak perasankan baju-baju itu.Sungguh gagal pereka kostum untuk persembahan ini.
Jadi malam itu kami cuma menghabiskan masa dengan bergelak ketawa menceritakan kembali kejadian melucukan itu kepada rakan rakan serta isteri masing masing yang cuma memerhati dari jauh dan yang tidak dapat turut serta.Tak cukup disitu,kesemua kami memenuhkan sebuah kedai mamak dan ketawa sampai ke pagi.Untuk menyelamatkan seorang sahabat,itulah aktiviti serta lakonan improvisasi yang tidak mungkin dapat kami lupakan seumur hidup.Jahat sungguh kami malam ini,jadi pembuli yang kejam hahaha.
Inilah yang dinamakan '
Happening Theatre',iaitu lakonan yang tidak dirancang,berlakon mengikut keadaan yang berlaku dan dihadapan orang yang menonton.Dalam kes ini tidak ada penonton,cuma ada mangsa kejam macam dalam wakenabeb.hehe.Kalau berkesempatan akan aku tulis lebih mendalam tentang Happening Theatre di dalam blog Bakawalee-TETAMU nanti.