Tuesday, May 13, 2008

Tamadun Yang Menjangkaui Masa

Bertempat di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,USM,kini berlangsung satu pameran yang bagi aku cukup menarik dan berguna untuk kita lawati.Pameran yang bertajuk 'IQRA:Garden of Wisdom' ini banyak mempamerkan artifak-artifak dan juga bahan sejarah yang penting dari tamadun Islam.

Barang-barang serta senjata yang pernah digunakan pada zaman kegemilangan Islam di Andalusia,Mongolia dan juga China dapat kita saksikan disini.Pameran ini telah membuktikan yang tamadun Islam adalah sangat besar,canggih berteknologi serta pengetahuan para pejuang serta ahli-ahli fikir Islam pada masa itu sememangnya hebat dan mendahului masa.

Ingin aku kongsi dengan kalian...........
Antara meriam yang diukir ayat-ayat suci yang pernah digunakan dalam perang menarik minat pengunjung.

Pedang yang digunakan oleh pejuang-pejuang Mongol.
(Terdapat juga ukiran ayat-ayat suci pada padang tersebut)


Perisai Parsi serta senjata yang pernah digunakan pada perang.

Selain daripada peralatan perang,banyak juga artifak dan peninggalan ketika kemasukan dan pendakwahan Islam di nagara China.Lukisan landskap dan caligrafi Cina juga dipelbagaikan serta digabungkan dengan unsur-unsur Islam supaya rakyat tempatan lebih mudah memahami istilah Islam pada ketika itu.
Tepak sirih gangsa bermotifkan caligrafi Islam atau Khad untuk menyambut tetamu juga ada dipamerkan.

Tulisan Khad yang mempunyai pengaruh kaligrafi Cina.

Tembikar yang biasanya mempunyai lukisan landskap cina ditukar kepada tulisan Khad.

Tulisan Scroll (Gulungan) yang biasanya 18 inci panjang digabungkan dengan Kalimah suci dan diterjemah dalam bahasa manderin.
Kompas yang digulakan dalam pelayaran oleh pelayar-pelayar Islam

Jam yang menggunakan cahaya matahari ciptaan orang Islam juga dipamerkan.
Terdapat banyak lagi bahan-bahan sejarah yang menarik untuk kita lihat dan pelajari.Bukan setakat bahan sejarah,teknologi,alat-alat azimat serta tangkal yang mengandungi ayat-ayat suci yang dipakai oleh pejuang Islam juga boleh kita lihat.
Kalau aku nak upload semua gambar yang aku ambil tadi memang penuh satu page blog aku ni.Kepada yang berdekatan,aku cadangkan kalian semua pergilah melawat pameran ini,bagus.Selain daripada pameran IQRA ni,ada juga pameran lukisan daripada artis-artis tempatan yang boleh membuatkan anda teruja.
Kalau ada masa lawatlah.

34 comments:

- G O R O - said...

Salam.

Satu peninggalan yang mengingatkan kita tentang kehebatan Umat ISLAM pada zaman dahulu.

Super Nia Hana said...

wahh..dulu hobi watashi adalah visit muzium kt shah alam nun..watashi pernah tgk barang2 camni
mmg beshhhhh...
usm?
uhhuhuh

KAMATO said...

Terima kasih kongsi di sini

Butaseni@Wan Raja said...

goro....
ya memang hebat.

watashi....
menarik kan?

kamato....
no problem bro.

Hasrul Halid said...

weh dari bila sampai bila? pukui berapa sampai pukui berapa? berbayar ke?

hehehehe!

jinggo said...

satu tinggalan sejarah yang bagus untuk kita muhasabah diri....

pandagumuk. said...

suke tgk org buat kaligrafi cine n khat.cantik giler.

Butaseni@Wan Raja said...

hasrul hadi.....
dari pagi sampai petang.hehehe 9-4 kot.sampai bila aku kureng periksa.

jinggo.........
oi,bagus ni.hang p tengok dengan dewa.

pandagumuk......
asyik kan bila tengok.

Mak Su said...

bagus gi melawat ni, utk tambah pengetahuan

tegezoot said...

Jelas Islam tersebar luas dan mnjadi gah bila berdiri atas landasan Allah. Dan perjuangan Islam seharus tidak tamat atau tinggal sekadar dalam muzium atau pameran utk semata2 hanya utk dikenang. Ia seharusnya diteruskan bagi yg mengakui Beriman kpd Allah dan mengikut sunnah Rasulnya.

Jelas perjuangan Islam boleh berkembang dan pergi jauh, bukan perjuangan bangsa yg tidak kemana...

Azlan Zed said...

hurm, x sabar nak tunggu zaman kegemilangan islam kembali... ;)

artisticklytouch said...

USM ada galeri tuh eh..kat mana?

Butaseni@Wan Raja said...

mak su..........
ha bagus mak su.datang lah hehe

tegezoot.......
ya penunggu gua.
tapi aku tetap mahu perjuangkan bangsa.penting,supaya tidak ditindih!hang tak mau?!perjuangan yang tak ke mana?hang bukan anak murid Adi Putra Gunung Ledang ka?wirit sampai terapung di udara.macam mana boleh cakap macam tu?!

alan zed.....
hari itu akan tiba!

art............
adaaaa kat atas sekali,atas lagi pada bank muamalat.
(aku pun 1st time sampai sebenarnya,sesat hahahaha)

Petiais said...

blh tangkap gamba ek

Bunga Rampai said...

Sangat menarik.
Terima kasih sudi berkongsi.

Salam :)

Butaseni@Wan Raja said...

petiais......
curi curi bro hehehe(sbb aku masuk dengan pegawai kebudayaan USM,so aku beranilah)

bunga rampai......
sama sama cik kak.

Pegawai Khalwat said...

Muzium dan galeri tuanku fauziah USM buka setiap hari termasuk hari ahad.

Tutup cuma Isnin dan cuti umum.

Masuk percuma, 9.00 pagi - 5.00 petang.

Tingkat bawah, pameran seni, tradisi, humanities.

Tingkat atas, pameran sains, geografi dan lain-lain.

Kalau nak minta guided tour, bole contact depa, masuk website USM.

Baru ni depa baru dapat sumbangan catan Ibrahim Hussein dari Tan Sri Dato' Azman, AmBank Chairman.

wanie_agk said...

jauhlah. hang 'pindah'kanlah kat blog hang :)

Super Nia Hana said...

watashi rasa pelik la..dh dua kali watashi antar komen kt sini
tp ilang
uwaa

**ni komen yg sama kedua kalinya
ahahaahha

PrincessAnnA said...

is the da museum we all went d other day?

sir teruk, pusing mana ntah. we buta2 folo. hahaha..

kompass pelayaran yg dipamerkan sgt menarik.. org dulu sgt pandai yer.. how they can have d idea to create such beautiful and precise compass...

Anonymous said...

banyaknya...








butaseni kenal badrin?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
akirasuri said...

Woah..

Terima kaseh kerana berkongsi :)

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat.....
kalau tourist guide macam hang alamat sesat semua orang.

aku: wei,musium kat mana?

hang:museum!

hahahahaha hampeh

wanie....
banyaknya barang aku nak kena angkat.

watashi.....
eh ada aih ari tu.

ann......
hahaaha u guys were bz looking and playing at the science exhibition up stairs.

coffeholic....
badrin mana?

akirasuri....
same same :D

NJ@Goboklama said...

masalahnya,muslim malaysia sekarang kebnyakannya kalau tak dipaksa, tak akan terjejak kaki mereka di pameran2 ilmiah spt ini. Qisst pun menunggu hari yg sesuai utk pergi melawat Pameran Wanita dan Kuasa: Wanita Dalam Islam di Muzium Kesenian Islam, insyaAllah...

Ku Keng said...

Salam sdr.,

Satu yang amat menarik, dan rugi saya tak dapat menghadiri pameran itu.

Mimiamilia said...

tolong lawat bagi pihak saya
:D

Unknown said...

terasa mcm kembali ke zaman sekolah2 dulu, belajar sejarah islam.. hahahhaha.. ;p

PrincessAnnA said...

of coz we bz @ da science ex. hehe. there got things 2 play with ma.

kalau benda tu menarik perhatian budak2 cam budak2 sir, mestilah kita kacau!! kan kan? =X

sampai hati sir kata x kenal kitorang ye... hmph

Butaseni@Wan Raja said...

goboklama......
betul tu,jadi dalam seronok macam ni,kita selitkan lah.:)

tuan keng......
takpe kita share

mimie amilia....
mmmm dah hehehehe

azizulhafiz......
hehehehe kadang kadang perlu bro.

ann..........
hahahahaha

muadzlife said...

wahhh..harus ku melebarkan sayap ke penang cuti sekolah ni..tq!

Anonymous said...

hmmm..tahu tak..saya selalulah baca blog ni, sedih..tak pat tgok teater2 tu, sedih plak kali ni tak pat g muzium tu. Saya komen2 tak masuk..sekali server kat kolej problem...sokmo.

yes, seni itu oksigen...

Butaseni@Wan Raja said...

muadzlife...........
harus harus,sila sila.

amirahsyuhada..........
laaa pegi komplen kat management,internet problem.kalau xbuat jugak cakap maaki naak ke kolej lain hehehe

internet pun oksigen jugak hehehe

Anonymous said...

Pihak muzium & Galeri Tuanku Fauziah (USM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh krew butaseni atas liputan & hebahan berkenaan dengan pameran ini.
Kerjasama & sokongan anda amatlah dihargai.
Sekian, Terima Kasih

p/s; Kunjungilah muzium (USM)& lawatilah website kami di www.mgtf.usm.my