Monday, May 26, 2008

Memuja Pentas:Mintak Izin Jin Dulu Kemudian Baru Tuhan?

Dalam persembahan-persembahan tradisional orang Melayu seperti Bangsawan, Mak Yong, Kuda Kepang, Mek Mulung, Ulik Mayang ,tiada yang mengejutkan jika ia dikaitkan dan juga berinteraksi dengan alam mistik.Antara sebab utamanya adalah kerana persembahan-persembahan ini amat dekat dan berkait rapat dengan watak-watak yang pernah hidup dimuka bumi dan telah lama tiada tetapi watak-watak ini dahulunya bukanlah calang calang watak,kebanyakkannya watak yang kuat daripada cerita sejarah,lagenda mahupun mitos.
Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu,upacara memuja pentas adalah satu kewajipan sebelum memulakan sesebuah persembahan bagi meminta izin dan juga mengelak daripada berlakunya kejadiaan yang tidak diingini.Setiap kali persembahan, seorang bomoh atau pawang akan diupah untuk 'memelihara' kawasan permainan.
Berikut adalah langkah-langkah yang diambil pawang itu sebelum pentas sedia dimainkan.
1) Mengasap dengan kemenyan seluruh pentas.
2) Sediakan Beras kunyit,beras basuh,bertih yang dicampurkan dengan tepung tawar untuk dicampakkan diatas pentas.
3) Menepung tawar diseluruh pentas dan juga kepada benda-benda serta alat alatan yang akan digunakan atau dipegang oleh pemain/penari bagi mengelak daripada terkena sihir buatan orang.
4)Sesudah menepung tawar,pentas dan peralatan direnjis pula dengan air didalam mangkuk yang berisi bunga-bungaan untuk membangunkan seri persembahan itu dan pera penonton akan terpesona menonton seolah memandang bunga-bungaan yang wangi.
5) Memecah kelapa!Ini adalah suatu adat yang tidak boleh diabaikan supaya suara pelakon/penyanyi lebih lunak dan lemak suaranya serta manis rupa parasnya.
6) Akhir sekali.......membaca doa memohon kepada tuhan supaya selamat dan dijauhkan dari segala bala bencana.
Orang dulu-dulu lebih taksub dan lebih cenderung kearah tahyol dan khurafat dengan mendahului amalan-amalan ini daripada memohon kepada tuhan terlebih dahulu.(hish!Apa nak jadi dengan orang dulu-dulu nih)
Walaupun aku pernah alami sendiri kejadian aneh diatas pentas,aku percaya ia disebabkan kami tidak sempat membaca doa pada hari itu,bukan sebab tidak pecah kelapa.
Tapi sekarang budaya atau amalan ini amat jarang sekali diamalkan.Ia hanya cukup dengan bacaan doa-doa,Ayat Kursi serta Fatihah sebelum beraksi dan juga tidak mempersendakan watak watak yang dimainkan.

49 comments:

Anonymous said...

Allah lbh berkuasa... minta jer kat Dia... x yah nak bt tu semua... kn2!!??

Anonymous said...

betul2.... karut semua 2.. ;p

Puteri Ezza said...

Salam yang. Hikhik.

Apa khabar? Maaflah sebab dah lama tak datang berkunjung. Sibuk sedikit sebulan dua ni. Tapi saya tak lupa blog ini. Sentiasa di hati giteww, hikhik.

Ala, saya bukannya nak jadi negarawan pun. Sekadar minat gitu-gitu je. Seni tetap menjadi pilihan utama :-)

Unknown said...

errr menakotkan plak hihih

Butaseni@Wan Raja said...

puteri cahaya.......
ya betul tu.waahhh dah terrer sekarang.

azizulhafiz......
ya ya.

puteri ezza......
oooo dah jadi exco kesenian sabah ek?

lindosh.........
eeeee takut.

tegezoot said...

Meremang janggut dan misai aku yg lebat ni baca entri kali nih!

blackpurple @ jowopinter said...

Di tempat aku, ada satu kumpulan kuda kepang yang masih mengamalkan benda-benda karut ni. Maksud aku elemen-elemen syaitan ni. Yang menontonnya seronoklah. Hmmm....

Pegawai Khalwat said...

Oi... hang tak kredit kat mana dapat info ni ka?

lagi satu... hang dah makin hebat wan. puteri cahaya belum tau kehebatan hang.

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot.....
hahahahaha hang bukan baru shave misai ka?nak bagi lebat bila tumbuh balik ye?takpa try best bagi nampak lebat macam aku hahahaha

blackpurple....ada lagi?hmmm tulah masalahnya,bila tengok best hehehe

pegawai khalwat.....
aaa'aaaa ek,lupa plak.
uih,apa pulak,BF dia mega hebat apa.

jinggo said...

takpa tegezoot ada.....
dia boleh jampi.....

ANNA NUR said...

ermmm... kdg2 akal yg WARAS pun xdpt nk membezakan yg mana lebih berkuasa. . hanya LIDAH & HATI je yg dpt membantu sbb IMAN dtg nya dari situ.

KAMATO said...

Kuasa Allah mengatasi segalanya

muadzlife said...

orang dulu2 masih byk dipengaruhi dgn amaln hidu..itu pasal jadi macam tu..
cuma kini islam semakin kukuh dan memjadi fahaman yang sebenar..walau sebenarnya masih ramai yg terpesong...

errmm bukan mudah juga untuk jadi orang pentas ni ya :)

Butaseni@Wan Raja said...

jinggo...........
hahahaha pawang pentas ka dia?

CHENTA..........
yaa betol tu.

kamato....
takbirrrr!!

muadzlife............
ramai jugak yang masih belum dapat membezakan antara agama dan adat.

pandagumuk. said...

glad things changed (:

Erran said...

Tu pasal org melayu susah nak maju...asyik mohon bantuan jin, asap, bertih, kelapa dll. TaP kalo jin tu betul2 menjelma, dia lari pulok!!!hahaha

Butaseni@Wan Raja said...

panda...........
me too :D

butterandbanana.........
ehhh ada jugak yg kaya hasil pertolongan menatang tu - nombor ekor.hehehehe ye ke?

ANNA NUR said...

apa makna disebalik MEMBUDAYAKAN Al-Quran? sedangkan membaca Al-Quran itu ialah amalan & bukan BUDAYA.

mungkin ia selalulah dipinggirkan kononnya tanpa sengaja...

~tepuk dada, tanya lah HATI. semoga IMAN tetap di situ.

Super Nia Hana said...

biar betullll
scary arrrr

tp kan kalo kita berdoa minta kt Allah pun dah memadai kannnn
uhuhuhuhuh

artisticklytouch said...

lupa baca doa...yahudi ke haper stage manager tuh ha ha

menakutkan

tapi aku suka ritual2 ini sebagai sebahagian daripada warna adat yang pernah diamalkan.

cukup sekadar, mempersembahkannya, bukan ke tahap memuja-mujalah. Maksud aku, tak perlulah ada jampi2 atau mentera, cuma sekadar kau tunjuk tabur bers tuh macam mana, letak ayam tuh macam mana dan sebagainya, hanya untuk dipertontonkan bukan untuk memohon kebenaran. Pendek kata sebagai sebahagian daripada persembahan ar.

itulah pendapat yang kurang arif daripada aku.

tapi kalau sebelum show baca-baca doa pastuh masa show ada pegang2 tangan, comolot segala bagai, pelakon seksi seksa dedah sini sana macam mana pulak?

wat saspen je

CerminDiri said...

salam kehidupan,

wah... latar belakang biru, lagi pekat. ada yang tak kena ke?....

Butaseni@Wan Raja said...

chenta.......
ako stuju!

watashi...
ya dah cukup.

art........
hahahaha Sm malam tu pun lambat jugak,gabenor mai awai.hahah

from the other side of view,bab ritual tu pun menarik untuk ditonton sebenarnya,satu benda yang jarang kita dapat tengok,tapi tulah,kita macam menghambakan diri untuk benda benda macam tulah pulak,kan?
yang aku nak cerita ni pasai orang dulu-dulu utamakan benda tu dulu baru mintak kat tuhan,pelik jugak.macam mana orang dulu pikir aku pun heran.baik budak2 muda lani pun tau yang mana nak diutamakan.

ooowww bab tu.memanglah tak betui dan xbagus jugak pegang-pegang waktu blakon,tak nafi hehehe.
tapi taklah sampai mendatangkan syirik ye tak?

oi comolot tu ramona rahman dalam teater inggeris ja.karya dudok atau razali ridzuan tak sampai tahap tu,depa pun tau batas :D

Butaseni@Wan Raja said...

cermin diri.....
hah,yeke?macam tu ja dari dulu,cuba betulkan warna monitor anda hehehe

artisticklytouch said...

sepatutnya bisikan mustika ada scene laga-lagakan janggut ke lehernya...aku ja tak sanggup nak buat..

ha ha meks gay nyeh! kaedahnya kau nak suh aku jadi lesbian!!

menakutkan

13may said...

tu la pasal...aku pun pelik...

Sastri said...

dua patung dalam gambar tu apa kegunaannya ek?

Butaseni@Wan Raja said...

art.............
kalau hang straight hang sanggup x? :D

13 May..........
pasai apa hah?

sastri............
lupa nak tulis,gaambar hiasan.hehe

PrincessAnnA said...

haha.. its normal.. =/ kan benda2 x leh nampak n kinda scary? bab tulah kena buat semua tu....

org cina ngan india ada ritual tu semua jugak, tapi caranya lain le...

Anonymous said...

darah pernah meremang naik keseluruh tubh badan setiap kali saya perform manora.







*dalam hati mengucap banyak2.

Butaseni@Wan Raja said...

ann............
but this is not suppost to be our tradition. that ever it is,we should directly ask from god.

coffeeholic............
ye?best kan pengalaman tu hehe

Anonymous said...

best?
coffeeholic terasa macam di alam lain saja adalah:)

tapi mmg 1 pengalaman.

may b sebab coffee terlalu in to it

Butaseni@Wan Raja said...

coffeholic..........
ya maybe.that's y kita tak boleh selami watak tu terlalu dalam.cukup sekadar 90%,supaya kita sedar diri.

kamu sudah tukar blog ek?dah tak boleh masuk dari link saya.macam banyak benda je kita boleh share :D

this is my YM add
paparoach_wan@yahoo.com

Anonymous said...

yah sudah tukar blog
maaf lupa nak inform
ni link baru saya www.jiwakosonghatiputih-coffeeholic.blogspot.com




dah udah saya add
di ym:)

wah2 paparoach?
rock2 berisi betul kamoo ni :)

ANNA NUR said...

uiksssss.. ko x reply komen aku kt atas tu ye.... :'(

PrincessAnnA said...

Mr. Butaseni, (=P)

yes its not suppose 2 b our tradition.... but wat can we do? when there is God, there is something beyond our comprehension... its odd to have these traditions and its even weirder to ask permission from these spirits rather than God but it has been "inserted" in our lives n believes that there is something mystical and beyond our(human) control or reach... no matter how you try to change these people's mind (kudos for trying anyhow) there are still people who continues this tradition, as they say "better safe than sorry".... sad, but true...

i believe spirits that harms is not a good one, and its not a human soul.(and i don't really believe human soul lingers around on earth on unfinished buisness theory until my bf saw them and told me.)these harmful spirits are the ones we don't speak of very often.

and by the way your theme song for ur blog is scaring me already lol.( when i a typing the last paragraph.)

this song is used for LOTR game on ps2 hehe.

Butaseni@Wan Raja said...

coffeholic.......
hehehe rock sampai mati.

chenta...........
laa kan aku kata 'aku stojo!'

ann..............
hehe much to learn you still have my young padawan learner.
the force is strong with you,but you not a jedi yet.

we both totally have a differet points of view.

yeah,that is the theme song for 'The Two Towers". my fevorite.

Mak Su said...

mgkn sbb jin boleh dilihat dan Tuhan tak boleh dilihat?

PrincessAnnA said...

me tak mau be jedi...... zzz me girl le....

every1 got own point of view ma.. i respect ur point of view, and i hope you do too.

Puteri Ezza said...

Bukanlah Exco Seni Sabah pun. Sekadar seorang anak seni yang masih setia memperjuangkan seni budaya di Malaysia :-)

Butaseni@Wan Raja said...

mak su......
yaaaa betul tu

ann......
eh i respect u what :D

puteri ezza....
ya bagus baaa

ANNA NUR said...

ha ha ha!!!! okey.. okey... baru nampak.. kih kih kih..!! ~chiao

Butaseni@Wan Raja said...

chenta....
cheh!

Anonymous said...

You don't have to get it perfect, you just have to get it going....go for it

Anonymous said...

Kat pentas pun, kena macam tu gak ker? Dahsyat nyer

Butaseni@Wan Raja said...

anony.........
yeah!

sexytery........
oih dasyat dasyat!

Anonymous said...

Jin hutan, balik ke hutan,
Jin tanah, pulang ke tanah.
Jin tanmanis balik ke dapog,
jin pakai tocang, balik kelas dewasa

Anonymous said...

Bonjour! My name is Arminda Hackett . I loved www.blogger.com cashx

Anonymous said...

Salut! Tonya Barker . payday loans

Anonymous said...

toronto cash advance This website is the simplest I enjoyed it substantially
AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817