Semua pelakon memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.Penonton tidak kering gusi ketawa dengan telatah pelakon dan bila tiba adegan tegang pula,auditorium senyap sunyi dengan penonton yang memberi sepenuh perhatian.
Mari kita saksikan...................
Aksi Abdul Ghuyub,si tua miang tidak serik-serik untuk mengurat si janda,Dahlia si tokey warung.Siang malam singgah ke warung untuk menjual minyak dengan Dahlia.Dahlia pulak rimas dengan orang tua ni.
Boy pulak terkejut dengan berita aweknya Aida mengandung akibat perhubungan yang tiada batas.Dia mahu bertanggungjawab dan menebus dosanya tapi si Aida pula tak mahu kahwin malah mahu gugurkan anak tu sebab baru mendapat tawaran sebagai peramugari.Meka berkalulah pertengkaran.
Aida dibelasah teruk oleh emak setelah rahsianya terbongkar.Kakaknya,Munirah terjumpa alat ujian kehamilan didalam biliknya.Emak mahu pijak-pijak perut Aida sebab dia terlalu membenci Boy yang tidak punya pekerjaan tetap.
Si tua Ghuyub mahukan Dahlia,tapi hati Dahlia lebih tertarik kepada Kulub,anak teruna tua kampung yang juga sering berkunjung ke warungnya.Agenda si Kulub pula adalah untuk mengurat si anak,Munirah.Dahlia tidak sedar yang tujuan Kulub merapatinya hanya untuk mendekati Munirah.Dahlia pula yang syok sendiri.
Dua orang buruh Indon yang bertukang di rumah Dahlia juga tidak ketinggalan dengan agenda untuk mengurat Munirah.Dua orang pelakon ini telah berjaya membuatkan penonton terbahak-bahak.
Watak Ah Kau (Hanizar/TokMoh) juga tidak ketinggalan dan tidak menghampakan dengan aksi lawak spontannya.Ah Kau sedang gembira dengan berita isterinya selamat melahirkan anak yang ke-12.
Oleh sebab Dahlia membenci Boy,satu strategi diaturnya.Seorang perunding perkahwinan yang sibuk mempromosi pakejnya disuruh berkahwin dan menjadi pak sanggup kepada Aida bagi tempoh 2-3 bulan untuk menutup malu.
Umi kepada Boy yang sangat mementingkan taraf dan keturunan pula datang menyerang dan menghina Dahlia juga anak-anaknya serta menyuruh Aida melupakan Boy yang berketurunan baik-baik.Bergaduh lagi!
Sehinggalah datang bapak (bekas suami Dahlia) yang bijak dan tegas menyelesaikan segala masalah dan kekeliruan yang berlaku dia rumah Dahlia.Kesemua orang dimarah,dah kesemua masalah selesai.
Maka kompang pun berbunyi dengan ketiga-tiga pasangan ini melangsungkan perkahwinan serentak.Kulub+Munirah, Boy+Aida dan Ghuyub+Dahlia.Maka tamatlah huru-hara dia rumah itu.
Rata-rata penonton memuji penulis skrip (Nizam Ramli) dan juga olahan yang oleh tuan pengarah (Razali Redzuan) yang sungguh padat denga lawak jenaka serta massage.Ada juga pelakon komidi yang popular di Tanjung ini hadir dan mengomen cerita ini telah berjaya mempersembahkan pelbagai ganre lawak yang bermutu.Persembahan ini juga telah berjaya menyatukan 4 kumpulan teater dia Tanjung dan masing-masing memberikan komitmen yang sangat membanggakan.
Selesailah sudah.
ps:Tabung kutipan rakan kami yang menderita Barah Hati,Maya tidak begitu memberansangkan.Akan kami cuba untuk berbakti pada persembahan yang akan datang.
50 comments:
berhibur sambil beramal amalan murni tu bro..
buatla show kat KL.. bleh kami mai ramai2
salam,
tahniah ya...
memperjuangkan industri teater sambil beramal..
nanti, boleh lah kalau saya nak join ea?
habis la satu bab.......
ada show lain pulak lepas ni............
halogamora........
insya allah nanti kami datang,tapi cerita lainlah,cerita ti ramai sangat kos tinggi hehe
amer.........
sila sila.geng kami pun ada ameer jugak,korang boleh geng hahahaha
jinggo............
ya.lepas ni lagi gembaq
Tahniah, teruskan aktiviti murni itu
brooooooooo
mai la KL...
sambil kutip derma...
kalau komen sebegini baik,
apa salahnya dilanjutkan lagi kan kann kannn :)
kamato.......
tq bro,akan aku cari jalan untuk tlg kawan aku tu.
mineral...........
ok,kami try best hehe tq
wah, gempak gaks jalan ceritanya... berkenaan member tu, ada ker taruh a/cs number ker? mungkin saya termiss kat mana-mana.
bergaduh-bergaduh...marah
bergaduh-bergaduh...marah
betui punya penang ar
sib baik aku matang pauh!!
bila lim guan eng nak berlakon dengan hampa?
arap korang dapat datang kl.. buat persembahan kat cini pulak..
terimakasihlahpadaakuyangmemulakantepuktanganpadasetiapkaliuntukmemberiperansangagarpanontonpunturutbertepuk......hehehehehe
er.munirah tu nama sy.haha.
saya melihat persembahan ini bukan sebagai satubentuk persembahan teater tetapi sitcom yang dipanjangkan selama 2 jam... samalah seperti cerita Senario dalam tv 3 tu... byk elemen yg tidak perlu ada dalam beberapa adegan dan ternyata mutu lakonan masih kurang mantap lah... pasai pa ha ? tapi boleh gelak la tgk cerita ni terutamnya lawak tok moh tu... hidup teater pulau pinang..
(lain kali buat la teater yg betul teater..kalau nk per naik nama sponser dh lari sikit la dari mesej murni yg kita nk sampaikan) walluhalam.... jangan marah ha... Assalamualaikum...
bravo.....penang. apa yang penting ialah melakukan dari memikirkan. Tahniah all tha indies teater grup penang. masayarakat tak buka mata untuk sumbangan yang kecil, tak pa...yang penting niat murni kita. Sorry semua dewa2 dan bro kat penang , aku dan beberapa kawan dari akrab tak dapat datang. Ramai yang terlibat dgn taklimat PPSB-DBP. Nexttime insyaallah kami ramai2 pi tengok. maaf sangat sangat dari kami yang kecil dan terpencil. Teruskan .........
blog aku dah bersawang....tunggu aku cuci sawang dulu.
dijemput hadir ke pementasan teater
tajuk
JERJAK
karya
SYAHRUL FITHRI MUSA
arahan
FASYALI FADZLY
tarikh
21-23 MEI 2008
masa
8.30PM
tempat
MALAYSIA TOURISM CENTRE,
JALAN AMPANG, KL
tiket
RM10 (sambil menderma YAYASAN BASMI KEMISKINAN)
aku dah cuci sawang kat blog aku....hahahahha
maksu.........
n0 accountnya ada dalam blog haslily yang saya link.tq
art.......
orang permatang pauh lagi teruk,dia bukan bergaduh depan,dari belakang hahahaha tu lagi bahaya.
azizulhafiz......
insya allah bro.
ahcock...........
ha?
pandagumuk...........
ya ka?hehe
anony.............
ini teater realism namanya tuan.
kadang-kala,kita kena jugak ikut apa yang penonton nak bagi menarik audience.cerita ringan macam ni lebih mudah menarik penonton.
kalau kita asyik syok nak buat apa yang kita suka saja,tapi orang tak paham,orang tak mau mai pun tak guna jugak.....kadang kala.
bab sponsor tu,kami cuba jugak mengorporatkan teater ni sebab ada pihak yang bermurah hati ingin sponsor.sapa nak bagi duit buta macam tu ja,kenalah buat macam tu.bukan kami buat cerita pasai kopi kuat batin pun hahahahaha
Tapi kita tak boleh puaskan semua pihak,tapi kami dah try terbaik untuk hiburkan semua golongan.
trima kasih pada komen ni,kami boleh improve ni.
wassalam.
orang kampung............
ya bro,kami paham,tak de hal.
ya,cuci sawang tu.
vitamin...........
menarik tuh.insya allah bro.
orang kampung..........
orrait.
i love the play.
www.aizalrichie-lm.blogspot.com
lovelovelove from karma. :]
Lega.....
Nampaknya aku dah boleh rilek.
Sebab aku tau hangpa semua dah boleh run production.
Buktinya, dua kali production yang tak melibatkan aku, semuanya penuh. Tanda kehebatan hangpa.
Bole la aku pencen dengan aman.....
Peace!
Penat lerh... mcm2 benda nak kena hadap.. tp, semua tu betul2 berharga buat puteri... tq semua...
Puas!
nampak menarik!
nanti kalau ada peluang mcm nak pi layan teater laa...tak penah layan lagi pun...
AJ.....
trima kaseh sebab memenuhkan audi.
pegawai khalwat....
minat dan jiwa boleh pencen ka?
puteri cahaya....
mengahadap?
tegezoot...
hmmm
13May....
uih kena bro,rugi taak layan.
rright. i linked you already. and i added you kat friendster waiting for your approval. hey comment our play KARMA at my blog and friendster. once you have link me , tell me alright. taaaa
anony yg dok komen kat atas tu kalau berani letak la nama....sedia maklum,ramai penyanyi jadi pelakun,SEBAB permintaan rakyat,mmg terang2 mutu lakonan dari seorang yg asalnya mmg periuk nasinya adalah seorang penyanyi,lakonan mereka lebih 50% HAMPEH!...tapi rakyat BN n PKR menonton juga...as long penonton gelak ketawa,PUAS!nak apa lagi,2jam?tak penah dibuat,so diorang buat sesuatu yg baru...anony tak suka,walau tokmoh wat lawak gila pun...jgn la ketawa...dah la tu,masuk free...banyak komen plak...berani buat la...pelakun tak bagoih tu biasa la...anony yg dok mengomen ni bagoih ka?elemen yg tak sepatutnya tu,biasalah,dah dikatakan seperti sitcom,bukan mudah buat beb...nak komen...agak2 la bai....semua yg kat atas stage tu andainya lakonan mutu rendah,tapi 85% pelakon malam tu boleh dikira pengalaman...yg anony ni derma ka?Allayarham tan sri p.ramlee dialog dia berbunyi"eleh,cakap lawa konon"
Aj.....
i linked u already.will comment in a short while.TQ
anony lagi....
hehehehe Tq bro sebab mempertahankan aku.tapi siapakah gerangan anda?(jangan tanyaa?)
takpa biar dia komen,kalau takda orang komen,kita pun tak tau tahap kita macam mana,kita belajaq.
ni nasib baik jugak komen dia secara general,kalau kita jaddi artis,pelakon komen serta kritikan dituju direct pada kita tau,maam mana?hehehehe tq kepada 2-2- anony.
suruh anony atas tu blakon tengok,boleh ka tak.elo bro,tengok dengan buat tak sama tau.jangan cakap pandai.
kalau terbukti hang tu bagoih,baru komen macam tu.
Jemput datang bro.
congrats :D seems to be a nice performance. haha..
anony yang mana satu ntah....
sudah jangan gaduh dalam ni.
tak boleh kaya pun huhuhu
MF....
orrait bro,aku dah lawat.
insya allah gua datang.
princessanna.....
yeah ann,it was very entertaining(according to the audience)
Alaaaa...ni yang teringin nak tengok nihhh...
tahniah!
tak soka ngan aksi tua miang itu.. tak sokaaaa.. hehehe
butterbanana............
tulah tak mau mai hehehe
lama menghilang cik kak?
zizie....
tq.
qasiehfirdaus......
tu lakonan je hehehe
hebat..mantap :D
tahniah atas kejayaan pementasan!
Ramai bloggers yang singgah tapi tak memperkenalkan diri ka?
Yaa.... perang anony dan bermula.
aim-a....
boleh tahan,blum mantap lagi. tq
wanie...
tq bro.
pegawai khalwat....
so begun the clone war has!
haih
macam2
beb...
sihat ka?
nezjoe....
hahahaha MU menang EPL mestilah gua sihat beb hahaha
Wah! Saya ada nampak pic abang ganteng ni :p
Tahniah di atas kejayaan persembahan kalian..
Mudah-mudahan nanti-nanti saya ada kesempatan menonton salah satu hasil kerja kalian.. Insya-Allah!
Ganbatte!!!
ya abang ganteng............hahahahahahah
arirasuri....
eh awak salah orang ni.
orang kampung....
awak pun salah orang ni hahahaha
(masak aku,mesti yang ni jadi bahan kutuk kat Kedah)
hahahaha
SALAM
tahniah
perjuangan seni sebegini harus sering diteruskan
kita berseni juga beramal
semoga ketemu suatu hari nanti
sila buat tag!
hoho
alamakz!lupa letak nama la bai...
anony yg pertahan ni namanya WAK...
wei,mai la kl,custing banyak...
tapi aku tak pi la....bz la celebrity kat bangsar ni....
bkn jadi tempat senaman....dah jadi disko...
pjoe....
aku try best hehehe
wak.....
tq,memang aku nak gerakkan pungkoq ku kesana.dalam masa terdekat ni.
Hello there ButaSeni,
Salam & Salam kenal dari kami semua di pelusuk alam.
"Bila Lagi Kompang Berbunyi" mula berbunyi-bunyi apabila pengolahan bahasa dipentas itu mula memperdengarkan bunyinya, ada bunyian yang sudah mula dirasai gampang mencetuskan kontreversi kefahaman. Sedar tak sedar, lupa dan alpa sebenarnya itulah yang sedang berlaku.
Pandang dan lihat dengan mata hati itu jauh bedzanya sama sekali dengan pandangan mata kumpuan yang tidak mampu menusuk kedalam sedalam-dalamnya.
Apa benar kita sendiri tidak mengkhuatiri apa yang kita pentaskan?
Thank you very much.
Love,Laugh,LiveLive&Play,
H.O.T.S
hot............
hmmmmm lain orang lain pandangannye ye?hehe
Post a Comment