Friday, January 18, 2008

Aktiviti dalam Penjara.

Cuba bayangkan,sedang kita lepak disuatu gerai,tiba-tiba datang black maria dan mengangkut kita tanpa usul periksa terlebih dulu.Kita diangkut bersama 10 orang atau lebih penagih.
Berikut adalah sebuah kisah dari seorang kakitangan kerajaan yang bernama Sinta(bukan nama sebenar) yang malang. hahahaha macam dalam majalah Mastika pulak.haha

Ada sorang member aku ni,sedang kami berborak tentang topik penjara,dengan tiba-tiba dia dengan bongkaknya berkata"hampa pernah duduk lock-up?haaa aku pernah,ni baru gangster."mari aku ceritakan pada korang tentang pengalaman 'gangster' ni selama 2 hari satu malam didalam lock-up.

Suatu petang syawal,seperti biasa kebanyakkan kawasan ditanjung ni mesti ada pondok,korang tahulahkan pondok ape.Kalau tak menjudi,diorang stone kat dalam tu.Jadi malang tidak berbau pada kawan aku sorang ni.Baru saja dia labuhkan punggungnya dia atas kerusi gerai tu dan baru jarinya cuba menjentik buah carrom yang terhidang didepannya,datang sekumpulan polis yang telah lama menghendap kaki-kaki stone dikawasan tu.Rupa-rupanya ada juga 'barang' yang tersimpan dikawasan tu.Dan tanpa banyak bicara lagi,siapa saja yang ada disitu turut diangkutnya.Ramai juga yang sempat hilangkan diri,tapi malang bagi kawan aku ni sebab dia cuma berkain pelikat.Ada lagi yang lebih malang,kawan aku sorang lagi yang cuma berhenti sekejap beli burger untuk anaknya dan cuma mahu menonton perlawanan carrom juga terpaksa makan burger atas black maria.

Sampai saja dibalai polis besar ditanjung itu,sebelum mengambil keterangan,semua 'banduan sementara' ini harus masuk dulu didalam lokap untuk pemeriksaan dan jugak sebarang jaminan.Muka kawan aku yang 'gangster' ni mengecut menjadi sebesar buah limau,menurut kawan aku yang sipembeli burger tu.Ayat pertama yang kedengaran disapa oleh penghuni-penghuni cell itu sebaik mereka masuk didalam lokap 'aii J-Lo dah mai dah".Bayangkan,semakin kecil muka 'gangster' tu setelah banduan menegur punggungnya yang empuk semacam J-Lo.

Sahabat aku tu pun mula cari tempat yang selesa untuk duduk sementara dia dipanggil untuk pemeriksaan air kencing dan sebagainya sambil mengharapkan dia dibebaskan segera kerana dia tidak bersalah.Tetapi dia tidak boleh duduk di dalam cell itu sebab muka-muka yang memerhatinya memang menakutkan.Ada pula seorang penghuni disitu datang mendekatinya,dan berkata 'mat aku nampak muka hang dah pucat gila,relax.Memang hang ni jenih tak bersalah, hang nak takut apa?Hang duduk sini,aku jaga hang".Bertambah risau lagi si Sinta ni bila member-member yang lainnya dengan selamba meletak kepala dan terus terlena,ialah dah biasa masuk keluar lokap.


Tunggu punya tunggu kawan aku ni pun terlena mungkin kerana keletihan.Kawan baru si Sinta tu pula asyik mengajak dia berborak.Oleh sebab Sinta agak takut dengan mamat ni, dia pun terpaksa melayan.Satu ayat atau nasihat mamat tu yang paling Sinta tak dapat lupa hingga kini adalah.."lain kali hang jangan mai sini,sini lokap,tak best.Kalau dalam jail tu lagi best sebab ada aktiviti dan makan ayam.Sini makan ikan yang dah lama,tak sedap".Jadi kawan aku pun cuma melayan sebab ketakutan sambil menyumpah mamat ni dalam hati"celaka punya orang,aku nak balik,dia suruh pi masuk jail pulak".

Kemudian Sinta pun terlena.Keesokan harinya dia terjaga awal pagi,seawal pukul 4 pagi kerana tidak tahan kesejukan.Mana taknya,mereka cuma berseluar dalam.Kau tengok aku,aku tengok kau.hahahahaha
Alangkah leganya Sinta dan si pembeli burger apabila terpandang muka seorang sahabat iaitu seorang peguam yang datang pada pukul 9 lebih untuk menjamin kedua-dua kawan aku ini.'Farid,Farid tolong aku Farid,aku nak balik Farid.Aku nak pi kerja Farid" itulah rayuan si 'Gengster' dari dalam cell sebelum polis melepaskan mereka pulang.

Setelah beberapa hari berlalu,Sinta asyik berlagak dengan kitorang yang dia pernah merasa dua hari didalam lokap,kami agak muak dan meluat dengan kata-katanya walaupun agak terpegun pada mulanya sehinggalah datang si Farid the Lawyer menceritakan pada kami yang muka si Sinta ni sebesar buah limau yang berseluar dalam.Kami semua yang berada dia situ terus gelak hingga mengalir air mata.Selepas itu langsung hilang bongkak si Sinta dan sehingga kini J-Lo menjadi nama samarannya.

Moral cerita ini,jangan bongkak dan jangan lepak di 'black area" hahahahaha

36 comments:

Pegawai Khalwat said...

Yaa.... nasib baik dia ada kawan loyer. Kawan dia ada kawan macam aku dan beberapa kerat lagi yang kais pagi makan petang ni,tak terjamin la jawabnya.

Psss... tu peringatan untuk hanngpa dan aku jugak tu. Bab JLo tu, kalau kawan kita yang berhutang tak bayaq tu masuk dipanggil macam tu, harus dia lagi seronok.

akirasuri said...

hehek..
tergelak saya baca..
nasiblah ada membe loyar..
kalau tak selamatlah duduk berkampung dalam tu :D

Sastri said...

keskeskes, pecah tembelang dia ek... rupanya kecut masa dalam lokap tu... tapi sememangnya pengalaman seperti itu mengerikan kan? harussss insaf bila nak wat keje jahat weh...

hakim dirani said...

Saya juga ada kawan yang kisah dia lebih kurang macam ni. fobia terus dengan lokap.

ha ha, lawak pon ada cerita ni.

Super Nia Hana said...

eheeh..mastika..selalu amik gambar mcm
"disini tempat kejadian"
sorang makcik beria2 tunding jari tunuk tempat..

suriani said...

pengajaran untuk kita sumua nih..
jangan pegi tempat2 tak senonoh, walaupun cuma nak nengok or beli burger..kan?

Chik chuMeLL said...

emm..citer yg menarik..penjara mmg menyeramkan..huhuu..ngeee

Anonymous said...

len kali.. beli burger, and tgk org jual burger tu masak burger..
mana tau klau dia taruk tomato buruk ke.. sos kurang ke..

jinggo said...

hahahahaha.....
macam kenai saja sinta ni....
aku kenai ka....
hahahahaha.........

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat..........
hahaha nasib loyar tu kenai orang dalam,dan memang j-lo ni tak salah pun,so selamatlah dia.

member hutang tak bataq tu?ooooo
DORA kan?(nama sebenar)

akirasuri.........
hahaha kalkau tidak harus jadi J-lo dalam tu.kena menari kat 'gangster' dalam lokap.

sastri..........
hahahaha lepas pada tu dia tak bongkak dah hahahaha

hakim............
hahaha memang lawak.

watashi............
tulah nak amik gamba kat tempat kejadian nanti dengan saya skali jadi J-Lo hahahaha

umi ameer..........
hahahaha tempat tu senonoh sebenarnya,tapi dikunjungi oleh orang tak senonoh.

insan biasa............
hahahaha berat telinga mendengar berat lagi bontot menduduk disitu hahaha

rena...........
hahahaha betul tu.

jinggo..............
hahahahaha hang kenai sangat.hahahahaha

Mak Su said...

tsk tsk tsk, takut ler lokap lokap ni

blackpurple @ jowopinter said...

Hehehe!

Tapi Oklah. Ada juga dia pengalaman merasa duduk dalam lokap. Kau tak nak merasa ke bro'?.

Hehehe!

Azlan Zed said...

wrong place at the wrong time... :)

Anonymous said...

BETUL2....JGN BONGKAK, JGN SOMBONG, JGN EKK, JGN BODOH SOMBONG... PENTING ITU RENDAH DIRI... HORMAT MENGHORMATI, TEGUR MENEGUR... HEHEHE, FALSAFAH, FALSAFAH.. FALSAFAH KER AKU?

Butaseni@Wan Raja said...

mak su............
hahahahaha ikutilah moral cerita ni.

jowopinter...........
hahahaha kalau nak cari pengalaman,aku rasa aku nak ikut cakap mamat yg dalam lokap tulah-dalam jail lagi best,ada aktiviti dan makan pun sedap,ada ayam.'
hahahahahaha

alan zed..............
and wrong person hahaha

puteri cahaya...........
amboi,berfalsafah.tu mesti metafora jugak tu.nak sampaikan mesej ni kat sesiapa ka?hehe

Mimiamilia said...

huhuhu,
ada pengalaman menjamin orang kat lokap.muka memang muka sedih gilaa..siap nangis kawan tu. Tapi memang menakutkan la lokap tu.dah la bau hancing..huhu

Anonymous said...

Sinta tu.. pegawai khalwat ka?

aku pun penah masuk penjara mcm sinta tu.. tp masa tu kita kira muda lagi..
darah panas.. aku ikut member belasah org.. aku x belasah pun.. tengok ja!
Sat lagi polis suda datang.. x psl aku kena cekup.. dlm lokap aku kena belasah pulak ngan budak yg kena belasah tu..

pengajaran.. jgn buat benda x tentu hala..

jgn lupa tonton CJ 7

Butaseni@Wan Raja said...

mimie amilia..........
ya hancing katanya hahaha

puntet...........
kau memang samseng bugis bro,haha

13may said...

hehhe...serik!

woohooo!!!

:D

Unknown said...

nice story!!! really like it.
ckp kt j-lo tu encik butaseni.. "gangster sgt ke masuk lokap?"
heh..

Anonymous said...

samseng.. kena belasah dlm pub..

Butaseni@Wan Raja said...

13May....
serik?hang pernah?

ninadewe.............
hahahhaa J-Lo ni gangster kat kedai kopi haha

puntet....
eh ni macam cerita aku je hahaha
bengong kau!

wanie_agk said...

masuk lokap pun nak banggakah?

Danisha said...

Bukan sume orang yang masuk penjara tu jahat dan bukan sume yang dan kengkadang kena juga masuk penjara supaya insaf skit walaupun tak jahat manakan?
Ada kawan aku yang gengster gila masuk penjara, bila mak dia pi melawat, menangis hingga menyayat hati nak balik. Sendiri mau ingat la.
Jangankan JLo, Osman Kering pun dema ske.
Aku suka tengok Diari Pasung. Setiap Khamis. 9.30 malam..Promote nih...hehheheh

CerminDiri said...

salam kehidupan,

teringat citer fahri dalam "ayat2 cinta" tentu seksa kan.....

Butaseni@Wan Raja said...

wanie............
hahahaha yelah sebab dia ada pengalaman yang tak semua orang ada,dia eksyen skitlah

danisha...........
hahahaha crita kau lawak gak.tapi kalimuthu pun bila tengok muka mak trus sebakkan?:)

cermindiri............
cerita sapa?

suriani said...

butaseni..
atas sesuatu perkara yg tak dpt di elakkan, ini link ke blog saya yang baru, jemputler..

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

tq

Unknown said...

satu pengalaman hitam buat kwn hang. sib baik ada lawyer tu...

Butaseni@Wan Raja said...

umi ameer.............
yes mam

halogamora..............
hahhahaha tapi eksyen gile diatu.hehe

tegezoot said...

kalau ang masuk lokap org tak panggil ang J-Lo tapi depa pnggil ang JAMBU.

Unknown said...

uih jlo.. kira dasat ahhaa

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot.............
i am beowulf!!

lindosh...........
ui ntah ntah dia kena gelek dalam tu sapa tau hahahahaha

KAMATO said...

seronok cerita ni....

Butaseni@Wan Raja said...

kalau duduk jail lagi seronok - sinta kata hahaha

m i n e r a l . . . said...

wakakakakaaakaka
tpkan jlo, aku suka figuranya hauhauhauhaua..
sambung gelak sampai esok....

Anonymous said...

mineral............
aku pun gelak dua hari tak habis dulu haha