Ratu Kendiri dan Permaisuri merancang untuk mengahwinkan adinda kesayangan mereka Pengeran Agong dengan puteri dari Mataram.
Cadangan itu ditolak oleh Pengeran Agong kerana dia telah pun berkahwin dengan Mas Ayu,seorang penari pasar yang tidak setaraf dengan darjatnya lalu mendatangkan murka Ratu Kendiri.
12 tahun berlalu Pengeran Agong meneruskan hidup di negeri Kerimun,jauh dari tanah Jawa bersama anaknya Raden Mas setelah isterinya dibunuh oleh orang suruhan Ratu.
Setelah berlaku pertempuran diantara penglima Jawa dan Kerimun,dengan tidak disangka, Pengeran Agong bertemu dengan sahabat lama,Dandiar yang selama ini mencarinya hingga ke Temasik.
Sultan Kerimun datang untuk meleraikan pertempuran dan pertelagahan diantara Datuk Temenggung dan Panglima Dandiar lalu menghukum anakandanya yang menjadi punca pergaduhan itu.Setelah Sultan tahu yang pendatang ini adalah Pengeran Agong.......
"Oleh sebab Tengku Khadijah yang memulakannya,Beta kahwinkan anakanda Beta dengan Pengeran Agong.'
Pehubungan sulit Tengku Khadijah bersama Datuk Temenggong terhalang lagi akibat titah Sultan itu.
Dengan ini gadis yang tidak berdosa ini pun sering didera dan diperlakukan seperti seekor anjing oleh si ibu tiri serta dilayan dengan tidak adil berbanding adik tirinya.
Setelah selesai persembahan selama 3 hari ini,tuan pengarah mendapat limpahan pujian oleh VIP-VIP serta Gabenor yang menontonnya.Insya Allah pada hujung tahun ini produksi ini dijemput untuk mengadakan persembahan di Negeri Temasik(Singapura).
40 comments:
oh raden mas........
org kalu dah berbakat tak de hal ek
Nasib baik hang dah buat review. Aku tak payah buat dah.
Yaa.... aku setuju, cerita ini memang berjaya. Walau ada kala menyiksakan aku, tapi aku terima justifikasinya kerana aku bukan audien yang tidak tahu cerita balik tabir.
ehmm, sekiuz me, saya baru jwb tag 21 tu
Tak pentaskan kat KL?
Salam :)
jinggo..........
pasai apa?taste ka?hehehe
mak su........
dia memang berbakat dan cerah masa depan.dia pun muda lagi.dialah penyelamat kami kali ni.
pegawai khalwat...........
ya,tp sayangnya hang tonton pada hari yang tuan pengarah turunkan pemain simpanan dan merehatkan pemain utama,tu yang jadi macam cerita tamil sikit.sebab tulah tersiksa sikit batin hang.patut tengok malam last hampir sempurna....hampir.
mak su.........
hehehehe ok,tq.
bunga rampai.........
setakat ni belum ada jemputan.tapi kumpulan bangsawan usm dah pentaskan Bakawali baru-baru ni kat Auditorium DBKL.
teringinnya nk tengok teater~
Cakkkk!!! Salam buat Buta Seni yang tak buta pun. Hikhik. Yang mana satu gambar awak kat entri ni ye?
(Sedang berfikir nak jawab tag ni, hehehe).
aku harap lepas ni ang pulak yg buat bangsawan.. jelas ang memang minat dgn bentuk teater ni.
haiyooo...
sebeng itu..
backdrop itu...
pelakon-pelakon itu...
laaa...baju pahlawan kampung itu..
eh, orang yang sama ke memakainya??
'balai rooooooooonnnngggg seri...'
miss_tree........
kalau berminat datanglah tengok.kat sana pun mesti ada at lease sebulan sekali kan?kalau dah start tengok mesti jatuh cinta.
puteri ezza......
hehehe mana boleh bagitau,cuba teka.
haa jawab jangan tak jawab.
tegezoot.........
ya,satu hari aku akan buat.sekarang aku nak ambik ilmu tu banyak-banyak dari ayahande hehehe.
insya allah aku akan mulakan dengan purbawara dulu.dewa jadi hero.
art..........
memang mejoriti pelakon yang dulu.kami setia hahahahaha.baju baru apa.
kalo ko tak berlakon aku malas nk tgk. whoa!
aha.. pangeran agong itu.. sungguh h.e.n.s.e.m! hahahaha
La, tak boleh bagitau ke? Hukhuk. Jap, nak guna kanta pembesar jap untuk mengecam gambar si Buta Seni yang tak buta. Hikhik.
Wak, tag tu dah siap dah. Dah cukup 21 :-)
Dah dapat teka dah. Yang pakai baju ijo kan. Hikhik. Bak sini hadiahnya... Lalala :-P
saya memang kagum dengan org yg memperjuangkan kesenian tanah air kita nih.. :D go go butaseni... hope i can see ur play someday :)
kamaruladli........
ish mestilah aku blakon dalam crita ni hehehehe.terharu aku kau cakap macam ni.
puteri ezza...........
takyah kanta awak click je kat gamba tu hahahahaha.dah siap?jap nak tengok.
puteri ezza lagi............
baju ijo?hehehe ntah. :D
qasiehfirdaus..........
hehehe taste ke?nanti saya rekoman hehehe
princessren.........
tq :)
kalau kita tak jaga benda ni,nanti zaman cucu kita mesti diaorang anggap bangsawan ni mcm opera cina ditepi-tepi lajan je,padahal ia sangat grand.
nanti kami buat show di KL saya info,k.
salam
Ganas sungguh wajah Panglima Jawa itu...
Siapa yang membawa watak Datuk Temenggung itu ekk?
hahak
sungguh kacak itu datuk temenggung!
wahahak!!
katanya akan dtg ke tganu/kelantan kan?
sy tunggu group teater che butaseni lah..
buleh sekali gus jumpa semua bloggers yang seangkatan kan?
hehehe
Saya dah dpt agak yang mana satu En Butaseni..:D
Salam :)
Ooo..gitu rupenye kisah raden mas ni eh, ooo.. temasek tu rupenye singapore eh, hehe.. dah lama tak baca buku sejarah :P
slmt maju-jaya diucapkan...
sungguh macho pengeran agung itu. hehe.
krim salam pada awek pegang bakul tu yerk... bj dia cantik jejejejeje...
hidupppp bangswannnnnnnn.
jowopinter.........
ya dia memang brutal,dia juga otai dalam bangsawan.
akirasuri........
ye ka?timakasih....eh silap.a'ah ek,anak sape nih?:D
miss_tree.........
ya insya allah,nanti kami info.
indahsakura...........
huhuhu,ha, yg mane?
nunn..........
hehehe aku pun,main belasah blakon je hahaha
alan zed...........
heheh memang,dia terrer dan macho.
mineral.........
heheh insya allah,tapi dia dah balik KL dah.hehehe
skang ni ada ker cerita jahat2 lagi?
budak yg amik alih jadi raden mas itu sunggu mabeles!
4 hari tu!
respect!
btw, kalah ya, bang!
hahaha
diaharris.........
uuiiii adeeeeeeeeeee hehehe.laaagi banyak heheeh
nezjoe..........
huhuhu.tapi bookie besar dah cakap awal kat aku,tahun ni MU menang cup lagi,dia kejar dari belakang hahahaha.
waaaa... syioknyer..
teringin nak tengok jugakkk!!
penah terbaca tentang pementasan ni.. mcm hebat je. tahniah!
Raden MAs xsokong MU.. Dia sokong gugusan2 kepulauan melayu jer.
umi ameer.........
sila oi sila.....
arianna adrizal.......
pernah terbaca?kat mana?hebat tu taklah sangat tapi bolehlah.hehe tq.
goro.........
mana hang tau?dia minat Cristiano Ronaldo tau dak?hehehe
Glory!
Rasanya watak Datuk Temenggung itu adalah En Butaseni :)
syabas!!!!
Betul ke datuk temenggung tu encik buta seni?
indahsakura dan iman mawaddah .........
hehe ntah :D
goboklama.....
mekaseh mekaseh :)
raden mas..........
hahahhaaaaaa
terus lemas.............
hah! rugi aku x tgk.. hehehe..
mana 'tongkat'? hikhikhik..
jinggo......
awat pulak?dah selamat dah
dotter...
tongkat?mana ada character yang pakai tongkat.
sukaaa cite ni... i ada beli VCD dia, B.. suka sgt tegok sbb ada siput sarawak jadi baik... hehe..
Post a Comment