Wednesday, June 6, 2007

Perisa Tambahan Cuma Di Pulau Pinang?

Sudah memang tak perlu aku perkenalkan lagi tempat dan makanan yang terhidang di depan Si India Muslim ini.Ia sekarang ni sudah menjadi hidangan yang rutin kepada sesetengah rakyat Malaya.Nasi kandar,namanya tercetus daripada peniaga-peniaga yang menjual nasi berlaukkan kari atau gulai trdisional India yang mengandarkan atau memikul nasi dan lauknya kesana kemari di Pulau Pinang suatu ketika dulu maka terlekatlah nama itu sehingga menjadi suatu menu yang eksklusif.
Nasi Kandar memang sudah sinonim dengan Pulau Mutiara dimana ada yang berpendapat rasa nasi kandar di Pulau Pinang amat berbeza dengan nasi kandar di negeri lain.
Mungkin ada benarnya sebab aku pernah bertapak di KL selama tujuh tahun namun tidak sekalipun pernah aku manjamah nasi kandar sesedap di Pulau Pinang.(aku bukan orang yang kuat semangat kenegerian tapi lidah ku...ya!)
Pernah juga aku terfikir untuk mengkaji kesahihan ini tapi ahhhhhh........ nanti semua kedai nasi kandar di Malaya ni aku cuba,kelak figura aku bertukar manjadi mamak nasi kandar pulak.
Pada suatu malam sedang aku melepak dengan rakan-rakanku di sebuah gerai nasi kandar yang sudah menjadi destinasi setiap malamku di tanjung,aku pun bertanya kepada mamak yang otai itu tentang kemusykilanku ini dan dengan yakinnya mamak itu pun mengeluarkan teori dominonya.Memandangkan pelanggannya tidak begitu ramai malam itu, teorinya dikupas dengan lebih mendalam lagi.
"Air di Plau Pnang ni ada lain skit u tau ka?Itu air ada sattu benda macam skiiiit manis.Kalu u tadak pecaya u tengok di u punya ruma,bila air masak di u punya dapur ada tumpa misti ada semut mau urung jugak.Itu air ada skit manis u tau ka?". Mula-mula aku musykil jugak dengan teori putar belit si mamak ni,bila aku fikir balik....a'ah ek,betul jugak, memang akan ada semut berkeliaran bila ada air masak yang tumpah di rumah aku.Mungkin ada betulnya jugak.Tambahnya lagi "saiya dulu adda buka satu brunch di Alor Starr,tapi saya punya nasik rasa tadak sama,kumudian saya cuba bawa sindiri punya air dari Plau Pnang kasi campur sama beras,baru dia punya rasa ada sama."
Rupa-rupanya ada perisa tambahan yang tekandung di dalam air di Pulau Pinang ni.Mungkin sejenis galian.Aku cuma graduan jurusan seni,kalaulah aku berjurusan arkiologi(betul ke) atau kimia,akan ku kaji teori mamak ni sedalam-dalamnya.Jadi kepada sesiapa yang berkepakaran dalam bidang ini,aku cadangkan silalah kaji teori domino mamak nasi kandar yang otai ni.Manalah tahu kajian anda akan mendapat anugerah Noble.
ps: kalau aku tersalah jangan salahkan aku,marah mamak otai ni.(nasi kandar beratur)

20 comments:

jinggo said...

nasi kandarrrr.......
erm sedanyaaaaa..........

Rozie said...

Hairan bila tgk org mkn nasi kandar sehingga menjilat jari....sedap sangat ka?

Abang sayang sy pun giller dengan nasi kandar ni....

Pegawai Khalwat said...

Nasi kandar paling sedap.

Adalah.....

Nasi kandar free!

k o r o m y s t said...

Suka laksa penang :)
Tapi laksa penang dah terkeluar pulak dari topik hehehe... nasi kandar tak penah cuba lagi. Nanti nantilah.

Erran said...

Yea lahhhh tuhhhh Buta...kor sajer jer nak promo nasik kandar kegemaran korrr tu...memang makan apa pun sedap waktu tengah sihat...kalau dah sakit, nasi kandaq cap formula 1 pun tak lalu nak telan...hahahah...

p/s : Aku turun Penang kor bawak aku kedai yg kor kata best sangat tuhh...boleh aku bagi rating...

Butaseni@Wan Raja said...

kepada jinggo...
woi,control permakanan anda,kalau tidak p gym buat rugio jaa

rozie...
sedap ape.tapi kalau berlebihan sungguh memudaratkan.

pegawai khalwat.....
ya betolll,tapi sapa nak blanja tu?

koromyst...
ye ke tak pernah try?
oh lupa lu kan jepun hahaha
try jangan tak try

butterandbanana....
aku bukan nak promote nasi kandar tu,cuma nak bagi tau teori domino si mamak tu je.aku pun tak berapa suka.
haa datang sini aku bawak kat tempat baik punya...mesti ada tikus berkeliaran kat area tu,baru sedap.

pjoe said...

Wah, nasi kandar. Best juga. Asal tak pedas semua aku sapu.
Teori mamak itu ada juga logiknya (pegang dagu sambil fikir)

blackpurple @ jowopinter said...

Ada lagi ke sekarang nasi kandar yang pakai kandar tu?

Ooo..itu kena tanya pakar hidrologi tu kot. Betul ke?

Butaseni@Wan Raja said...

kepada nazjoe....
aku pun tak makan pedas,selalu aku ambik lauk manis je(ada mat saleh kata aku wierd Malaysian).
ada logik jugak si mamak otai tu.
blackpurple...
yang kandar tu dah tak wujud lagi,kalau orang yang kandar air kat sini adalah.
tergerak jugak aku nak tanya hehe

Anonymous said...

habis tu air minuman yang die buat tu sedap jugak tak?

Butaseni@Wan Raja said...

kamarul........
yang tu aku tak perasa.sama je kot.
tapi satu lagi fakta:orang penang banyak kena kencing manis.Betul!

Bunga Rampai said...

Orang kata, nasi kandar tu dinamakan begitu kerana:

1. Nasi berserta lauk dikandar dan dijual merata.

2. Lauk-lauk semalam tak habis dibawa (dikandar) ke esoknya dan dihidang dengan nasi panas.

Mana yang betul?

Salam :)

Natra said...

Kalau bercakap pasal makan, Penangla tempatnya,sebab itu Penang mendapat jolokkan FOOD PARADISE..bukan saja nasi kandar, sotong bakar, pasembor, jeruk dan macam-macam lagi. Aku ni tak layan sangat nasi kandar, tapi bila teringin, pekena sepinggan..stone babe!! Tidak ada nasi kandar sebaik Penang, pi la satu malaysia kalau depa kata ini nasi kandar penang punya..tak payah la susah-susah pi rasa.
Lagi satu, aku rasa bab semut hurung ayaq tu perkara biasa sebab kat mana-mana pun jadi gak. Pada aku, semut pun memerlukan air setelah melantak...takut tercekik. Aku rasa mamak tu autala...

Butaseni@Wan Raja said...

kepada bunga rampai...
yang asalnya memang mamak akan mengandar nasi dan lauk ke merata ceruk dunia.sbb tu ia digelar nasi kandar.yang bab lauk semalam tu pulak asalnya salah satu cara diorang ni jimat kos yakni menipu.
lepas tu bila orang cuba sedap pulak sebab semua perencah-perancahnya menjadi lebih sebati keesokkan harinya...pastu ia jugak menjadi trademark nasi kandar.

ibuseni....
amboi ceekkkk,promote lagi hehehe
a'ahlah aku rasa aku kena temberang dgn mamak tu.
tapi itu cuma teorinya saja,tak semesti betul.wokey.salam

tegezoot said...

Ayam ngeri!!!

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot...
semalam ada orang makan ayam ngari pastu perutnya pun ngeri.
hahahaha
si milah tuuuu hhehe

Izariza said...

Errkk.. kalau tak silap penglihatan, macam kedai kayu nasi kandar yang dekat hotel vistana tu ke? :D

Butaseni@Wan Raja said...

kepada izariza...
hahahahaha ya betollllllllll,
sungguh tajam instinct nasi kandar mu.
hehe salam

ANNA NUR said...

aku x penah p try lagi nasi kandar.. betoi ka sedap? dari 2004-2006 tiap2 bulan aku selalu p penang sbb ada kursus tp lum pnah lagi rasa..

aku kalo p penang, stay kat feringgi.. rabun mata p cuci mata shopping henbeg murah.. hahaha..

bila taun ni aku lum dipanggil lagi p penang.. hope nnt aku boleh p singgah rasa..

eh, butaseni... boy ckp kat LINECLEAR tu sedap sgt.. iye ke?

Butaseni@Wan Raja said...

dotter...
line clear tu banyak tikus,sebab tu sedap.hehe