Tuesday, June 19, 2007

Ciri-ciri Kereta Idaman Rakyat Malaysia

Baru-baru ni, aku terjumpa dengan seorang kawan yang dah lebih sepuluh tahun aku tidak ketemui.Ben kini adalah seorang saudagar kereta yang berjaya.Kereta baru,kereta berjenama import dan juga kereta terpakai,semuanya boleh ditempah.Pelbagai pengalaman telah Ben alami seperti kegawatan,kejatuhan ekonomi dan tidak ketinggalan juga kejatuhan harga kereta.
Penglaman yang paling banyak Ben lalui ialah kerenah pembeli kereta.Beliau juga telah memberiku teori yang menarik dan lucu untuk kita kongsi.

Berikut adalah profil-profil kereta yang dicari oleh tiga bangsa di Malaysia mengikut teori Ben.

Pembeli 1 (Melayu)

Ben : Selamat datang encik.Kereta macam mana yang encik cari atau minat?Di sini
encik boleh pilih kereta yang encik suka,semuanya dalam keadaan baik,tip top.

Pembeli : Ermm, saya sedang cari kereta yang sederhana, ekonomik, kalau boleh yang
jimat minyaknya, keadaan masih elok, dan harganya murah,bulanan pulak tak
terlalu tinggi……..

Pembeli 2 (Cina)

Ben : Selamat datang encik.Kereta macam mana yang encik cari atau minat?Di sini
encik boleh pilih kereta yang encik suka,semuanya dalam keadaan baik,tip top.

Pembeli : Oh, saya sedang cali keleta yang selesa, POWER, ala itu kelas dan yang paling
penting sikali aaa bole speed dalam itu highway.Halaga lu jiangan lisau,wa
bole beli punya ooooooooo

Pembeli 3(India)

Ben : Selamat datang encik.Kereta macam mana yang encik cari atau minat?Di sini
encik boleh pilih kereta yang encik suka,semuanya dalam keadaan baik,tip top.

Pembeli : ya, saya mau cari kreta yang ramai bole masuk.Saya punya amma sama
atta,bini sama annak sama saya punya adek sama dia punya annak banyak suka
jalan woooo.Lu cari sama saya itu kereta boleh sikit jimat jugak…

Ekornya, Pembeli 1 akan beli kereta nasional.
Pembeli 2 akan beli kereta import.
Pembeli 3 akan beli van,bas,lori,komuter atau LRT.

27 comments:

pjoe said...

hahah

aku yang berkira2 nk angkat keta pun termasuk dalam golongan pembeli 1 kot
hihihi

ANNA NUR said...

kesimpulannya,

aku kena amik lesen cepat2..
sbb nnt aku beli kereta import. hehehe.

akirasuri said...

he he he.
saya suka naik kenderaan awam sebab boleh jadi bos [ada driver :p]..

Anonymous said...

Saya juga pakai kereta nasional, maintenance murah & lebih jimat kos, sesuai dengan pendapatan yang tidak seberapa :)

Salam.

Mak Su said...

saya mau beli kereta yang jimat minyak, bulanan rendah, saya mampu bayar dalam RM150 aje sebulan, tapi nak kereta banyak seat boleh muat 8 or 9 orang, saya sendiri dah 6-beranak, belum campo lagi orang-orang kampung, sedara mare, pak sedare, anak sedare etc etc etc (eh.. bila nak abis ler listing)

jinggo said...

har har har har....

best ..... lawak ni.....

Pegawai Khalwat said...

Teori ni dah terpakai 20 tahun yang lepas.

Masih relevan hingga hari ini rasanya.

Dan mungkin ke masa depan.

Anonymous said...

haha! ada benarnya!

Anonymous said...

nak beli kete kancil jer..murah skang

Rozie said...

kalu nk pakai hari2 pi keja...bagus ler keta kecik,cc rendah, jimat minyak...boley lanyak hari2.

pas tu kalau nk berlagak bley ler pakai keta besar.....( keta besar kantung duit kena ada yg besar n penuh slalu...huhuhu)

k o r o m y s t said...

Hmm... sokong barangan tempatan

(^_____^)

Erran said...

Kor pakai keter apa buta?? Kor anak sedara yang jual AP keter tapi takde showroom tuh ker?

Mimiamilia said...

ahahha..tipula boleh beli bas komuter dan LRT.Patut ditambah...beli 'tiket'
;)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada nazjoe......
takpe kau beli je,aku bukan kutuk org melayu beli kreta murah,aku puji,hidup sederhana dan maha penjimat.

dotter.....
uiii boleh tahan kau cikgu.jadi aku nasihatkan kau jgn garang sgt dgn student kau,nanti kena calar hihi

akirasuri....
kenderaan awam bebih banyak exercise,kan?

indahsakura....
bagus tu,ekonomi handalan.:)

rozie....
org sekarang ni bior papa asal begayo...xde duit nak makan pun xpe asalkan style..(eh,mcm kata kat aku je)

koromyst...
aik,lu bukan sokong jepun ke?hehehe



mak su....
jawapannya inderakota mak su hehehehe

jinggo ....
hang kenaikan sapa saudagar kreta ni?hihi

pegawai khalwat....
aku rasa masa depan akan berubah...taraf hidup melayu dan india jugak dah makin meningkat.itu tolll punya harga ada naik jugak

kamarul....
benar jugak,tapi melayu sekarang dah makin class dah...

anaheus....
kancil laaagi best,minyak savee gile ek?tapi kalau aku yg naik,org akan kata macam zirafah menunggang pelanduk..hehe

butterandbanana....
aku pakai satria jee.pembeli I jugak aku ni pun hehhe.eh sape tu?bapak menakan aku semuanya saudagar durian,bukan kreta.

mimi amilia....
hehehehe...a'ah terlupe lak nak sebut tiket.hahaha good one mate
salam

m i n e r a l . . . said...

saya rasa berat sebelah cerita itu heheheh sbb watak tak digambarkan kedudukan kewangan :)

mungkin si melayu hanya kakitangan kerajaan biasa, mungkin juga si cina bisnesman berjaya, mungkin juga si india pemilik bas sekolah, hehehehe. . .

jika status sama kaya,...mungkin situasi berbeza..seperti :-
melayu :- "sila tunjukkan sy model terbaru BMW, br dpt projek baru nih"
[br dpt projek lom jalan lagi tuh]

cina :- "sila tunjukkan wa model terbaru BMW, wa balu lapat untung nih"

india:- "sila tunjukkan sama saya model terbalu BMW, saya mau eksen sama jiran skit"

ahahhaha maaf, hati manusia lebih kurang sama saja, warna kulit,bahasa saje lain. :)

Anonymous said...

masing-masing ada taste sendiri kan?

Nur Hafiza Hasan said...

Kehkehkeh..
Betul gak teori Ben ni..
Saya sbg chegu ni pakai kereta apa lagi kalau bukan kereta nasional.
Masa kawan tgk wira aeroback ku itu, terus dia berkata:
"Wah..Wira!! SAH kereta chegu.."
Hahahahahaha..

Butaseni@Wan Raja said...

kepada mineral...
hahahahaha crita kau lagi best hahaha.takdelah, xde maksud tertentu dalam entry aku kali ni,bukan kutuk sapa sapa.cuma teori si Ben ni je...

REna....
iye,aste dan rezeki yg berbeza.

miss_tree....
eh,jgn main-main cikgu sekarang ni dah hebat,banyak yg dah bawak Honda.hehe
aku pulak bawak satria,org jugak kata"memang sah romeo",
hehehe kita tak boleh lari dari mulut org jugak,kan cikgu?

Iman Mawaddah said...

Hehe..dari situ pun sudah cukup mencerminkan budaya masing-masing.

ANNA NUR said...

buta seni,
faktor knp aku x amik lesen lagi:

:: takut dgn keadaan jln raya yg sibuk... rasa mcm x confident je nak cilok. hikhikhik..

:: takut dgn kelajuan. aritu ms aku belajo bawak keta, aku rasa mcm bwk keta mainan yg kat genting highland tu... apa ntah nama nya.. sbb kena tekan minyak aje... hikhikhik... ada sekali tu, sbb dah penat tekan, aku lepaskan & lupa nak tekan balik... terus kena marah dgn cikgu maniam. hikhikhik..

knp aku x pakai keta:

:: takut kena calar dgn budak2 sekolah memandangkan aku ni garang gila. hehehe..
:: keta kwn aku baru je kena bakar dgn budak2 taun lps.. (cikgu displin) & dia terus dpt pindah ke utara demi keselamatan diri nya..
:: ada lagi sorang cikgu jgk keta waja nya abis kena spray (sebelah seat driver), pd hal cikgu tu baik gila..

**kesimpulannya: kerana aku TAKUT.. hehehe..

# apa-apa hal pun, aku tgh gagahkan jgk diri aku ni g amik lesen, memandangkan lps kawin nnt, a*ang aku baru pindah opis baru & xlalu langsung depan skul aku tu... uhuk!! :)

NJ@Goboklama said...

tapi sekarang,pembeli yg.ke-3 tu kalau beli kereta,pembeli prtama pulak ternganga. They're upgrading themselves,no? Not like many of us, still di takuk lama?

Butaseni@Wan Raja said...

kepada iman mawaddah.....
budaya ini boleh diubah sebenarnya,
cuma belum sampai masanya saja.

dotter....
hahaha cikgu maniam kau lebih garang dari kau.hihi
gans2 jugak anak murid kau kan?

goboklama....
hehe memang ramai yang dah sedar dgn benda ni,harap-harap pembeli pertama jangan asik nganga je
tq sbb lawat,
salam

Natra said...

hehehe macam biasa ku dengar tapi dimana ya?

crunchyahcock said...

pendapat aku la kan, pembeli 2&3 skang dah sama level. cuma pembeli 1 masih sama... setuju???

suriani said...

Aku tetap suka kereta aku sendirik, jimat, laju, lasak, dan bergaya!!!
Eeeeii, perasan. Kereta aku, dunia aku, tak gitu?

Bunga Rampai said...

Pembeli satu tetap menunjukkan semangat nasionalismenya - bukan begitu?

FAIZ REDZA said...

HURRY UP!!!!!!!PERODUA PROMOTIONS

O Down payment,
Low Interest Rate,
High Trade-In Value
CALL NOW: FAIZ 017-9830164

HOT SELLING AUTOCAR AWARD
2007
MYVi ViVA
From:OTR RM38,924.10 From:RM28,410.00
Monthly only:RM 426.16 Monthly only:RM 310.49


FREE GIFT

Free Tinted Voucher worth RM150
Free Petrol
Free Sandblasting
Free 7inch Tinted
Touch n Go card
Car Perfume
Steering Lock
Mystery Gift

DOCUMENT REQUIRED

Copy of I/C
Copy of Driving License
Latest 3 Months Pay slips
Latest 3 Months Bank Statement
EPF Statement