Sang Ratu hidup dalam keadaan yang sangat derita bahana sikap kekasihnya yang alpa berfoya-foya, kaki perumpuan, kaki mabuk, penipu, pengikis harta dan curang. Menghayati segala yang asing dan menolak segala yang hakiki.Atas dasar cinta dan sayang, si ratu menguatkan diri untuk mengharungi hidup itu dengan tabah.
Oleh kerana sikekasihnya tahu yang si puteri itu akan terus setia dan pasrah, semakin menjadi-jadi kebinatangannya.
Dengan tidak pernah diduga si ratu, datang seorang pemuda untuk menawarkan cahaya dengan penuh keikhlasan dan sanggup segala sanggup kepada si ratu. Si ratu akhirnya akur dengan rahmat yang hinggap di dirinya.
Kebahagian yang telah lama lenyap dalam hidupnya kini kembali tersimbah. Bagai tidak percaya si ratu yang hidupnya kini bagaikan di surga dengan ketulusan sipemuda semakin hari semakin utuh yang tak mungkin akan luntur. Sungguh bertuah rasa si ratu. Semakin hari wajah sikekasih semakin kabur di ingatan si ratu.
Sudah menjadi sifat sicicit Adam bila ratunya bahagia dengan sipemuda baru, dia ingin merampasnya semula. Berbagai-bagai helah muslihat untuk menggenggam kembali si ratu, lama kelamaan pukau kata sikekasih telah menjilat otak si ratu. Barangkali racun dan pukau itu sudah lama melekat ditubuh si ratu,lalu dia pun tewas.
Maka dia pun kembali kejalan yang penuh gelap derita dan meninggalkan cahaya yang menerangi hidupnya. Inilah jalan yang akan ditempuh si ratu ke akhir riwayat. Sikekasih tersenyum puas dan tidak mungkin akan berubah. Nafsu foya akan terus mengawalnya untuk terus curang. Si ratu merana tak terkata. Walaupun sedar dengan kebodohannya, si ratu seperti terpaku dan tidak dapat keluar dari jalan derita itu.
Sipemuda tidak dapat menangkis racun yang sudah sebati ditubuh si ratu itu lalu akan menyuluh ke tempat lain.
Kepada kengkawan yang asyik bertanya maksud lukisan aku ni……….
Kepada Tegezoot,Harap entry ini menjawab soalanmu.
Sunday, May 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
dah menjadi lumrah pada sesetengah orang..........
takkan puas hati kalau sesuatu benda kepunyaan nya terutama pompuan dapat pada orang lain.....
dia tak nak...... org pon jangan dapat...
mereka berhak bahagia.........
walau dalam apa keadaan sekali pon.......
di mana letaknya sifat insani.......
oh oh! itu lukisan yang awak buat ke? unik.
cinta itu kadang-kadang memperbodohkan orang-orang bijak :)
Sungguh kasihan nasib si ratu,
telah terpedaya dan menjadi
mangsa kerakusan si kekasih
yang sememangnya tidak tahu
menilai dan menghargai erti
sebuah cinta..
Kerana cinta, seseorang itu sanggup diperhambakan oleh yang lain.
:)
lukisan ko eh?
Maknanya hang tak buta seni.
Sebab hang boleh melukis dari kami yang tangan keras macam adamantium ni.
Maksud hang pun berlapis-lapis.
Hebat! Hebat!
Perghh..Abstrak!
Tabik 'spring'!
Salam perkenalan..
Terima kasih kerana singgah di 'teratak' saya yang sesungguhnya tak berseni itu.
Anda butaseni??
Oh, tidak sekali-kali..
=)
jinggo...
ya betul,
lelaki yang sial dan pompuan yang sengal!!
akirasuri...
cinta tu membutakan kita,kita lupa yang 'love is only a feeling'.
indahsakura..
si ratu tu yang cari nahas,buta perut.dia ada choice apa,kan?
kamarul...
ya bro,aku buat masa tgh mengajar huhuhu
pegawai Khalwat..
puji ka kutuk ni? :(
black purple..
tq bro,ini Cubism namanya
miss tree..
salam kenal jugak,
mmg saya ni si buta yang mahu celik huhuhu
sibuta dah mula celik.........!!!!!
saje nak tambah kuantiti komen untuk entri ini..
hohoho..
tersentuh aku... isk isk
hi.... nk melawat kawasan ni,sume ok??? x der masalah??
kali ni kiubisme, lain kali wat ler Ekspresionisme pulak utk tempek kt blog ni!!!!
idup butaseni!!!!heheheh
jinggo lagi....
baru nak blaja bukak mata nih.
rena..
tq for meramaikan majlis huhuhu
tegezoot...
aku faham hg mudah tersentuh...
ini adalah satu lukisan hidupku huhuhu
rozie..
salam cik puan,tq sbb lawat laman ni,ok eksperssionism on the way..
May 28, 2007 6:07 PM
salam bro... wahhhh dasyat stroke nie....[salam seekali lagi].
simpan bro mana tau leh jadi masterpiece tuh.
hanya yg melukis lebih memahami dari yg melihat..[sy percaya itu]
Post a Comment