SiKongkang Yang Malang
Pada zaman dahulu yang lalu, di dalam sebuah hutan yang jauh jauh teramat………….
Seekor Kongkang merayau berseorangan mencari teman dan kehidupan baru sesudah habitatnya di serang, diroboh dan dimusnahkan.. Ada kawan-kawnnya ditembak mati dan disangkar untuk dijual ke taman haiwan.Dengan sedih sikongkang ini pun mencari dan terus mencari…
Setelah berhari-hari berjalan,bergayut,sampailah dia di sebuah kawasan indah dan penuh dengan buah-buahan yang ranum lagi keemasan.Yang menjadi penghalang kepadanya adalah sekumpulan lutong yang menghuni kawasan itu.
Dengan sifat rendah diri yang amat rendah,si kongkang itu pun meminta belas untuk menjamah sedikit bagi melapik perut.Kerana tiada tempat dan arah lain yang nak dituju,si kongkang ini meminta untuk tinggal disitu buat sementara maka ada sekumpulan lutong yang tidak setuju dan yang lainnya tidak menyuruh mahupun menghalau.Kebanyakkannya tiada masalah cuma sekumpulan kecil sahaja yang tidak sukakannya.
Tiba satu hari yang malang, si pemburu-pemburu kejam itu pun sampai ke tempat tinggal sang lutong-lutong itu untuk menjalankan aktiviti kejam mereka.Bertempiaran si lutong-lutong lari ketakutan tetapi masih lagi cuba menyelamatkan habitat halaman mereka daripada dimusnah.
Dengan semangat dan dendam si kongkang kepada pemburu-pemburu itu,dia terus menyerang pemburu-pemburu itu bersendirian sehingga mereka kehabisan peluru,kepenatan dan lari.
Sungguh gembira si kongkang sebab berjaya menghambat dan menyelamatkan kawan-kawan barunya itu.Dia tidak mengharapkan balasan buah-buahan keemasan itu tetapi Cuma berharap yang dia dapat diterima.
Alngkah patahnya hati si kongkang itu apabila si lutong-lutong itu tidak mengendahkannya dan tidak juga berterima kasih.Bagi sang lutong,dia tetap kongkang dan tidak akan menjadi semulia lutong.’Biar kau hanya menjadi kongkang sampai bila-bila, jangan lebih dari itu’,itulah bicara sang lutong.
Si kongkang merasa dirinya amat hina sekali dan tetap akan mencari jalan bagaimana untuk diterima dan dihargai lutong.
11 comments:
apa la nasib si kongkang tu.....
kesian......
kesian......
dalam maksudnya. sedang cuba mentafsir entri ni. dan membandingkan dengan isu-isu semasa yang releven. he he he :)
kesian kongkang tu.
kesian kongkang..dahlar tak hensem..hehehe
ang kutuk sapa ni? aku rasa ang silap letak gambar la! itu bukan kongkang.
Kongkang tu banyak bulu ka?
ces..kurengnye lutong!
sian kongkang...
Moga si kongkang menjadi mulia suatu hari nanti...
Salam.
terkangkang-kangkang kongkang itu kerana kesedihan. isk isk isk..
bila kita kata kat org yg x bercampur ngan org lain.."haaaa!!! jadi la kera kongkang!!! x reti bercampur ka?" adakah kita juga lutong?mungkin.
kepada jinggo...
memang malang nasib dia,tapi dia akan bangkit
kepada akirasuri..
dalam..memang dalam,banyak isu boleh dikaitkan,yg mana awak satu awak rasa?
kepada nezjoe...
kongkang tu akan bangkit!
kepada suehana...
a'ah dialah yang paling tak hensem dlm hutan tu
kepada tegezoot...
kutuk?hehe mana ada kutuk sapa..
memanglah salah gambar,inikan purbawara kontem huhuhuhu
kepada peg khalwat...
tak,bulu dia sikit je tapi dia kongkang sasa
kepada mimiamilia..
lutong2 tu cukup2 biadap
kepada bungarampai...
ya,sikongkang tu akan mulia,dia akan buktikan
kepada kamarul...
sedih sampai terkencing!
kepada c cock...
lu salah tafsir...huhu
Post a Comment