Friday, July 13, 2007

Persediaan dan Persembahan Mek Mulong













Persembahan Mek Mulong asalnya dipersembahkan di dalam sebuah bangsal yang terbuka,tidak berlantai,tidak berdinding dan ia cuma terdiri daripada tiang,bumbung dan para sahaja dimana pemain-pemain duduk dan dikelilingi oleh penonton. Paranya pula mestilah menghadap ke timur iaitu hala matahari naik atas sebab-sebab yang tertentu.Peralatan ’jamu’ pula diletakkan diatas para tersebut dan tikar dihampar ditengah-tengah bangsal sebagai lapik duduk.

Upacara buka panggung adalah sesuatu yang wajib sebelum sesuatu persembahan dimulakan bertujuan menghindari segala gangguan dan berjalan dengan lancar.Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah sirih pinang,kemenyan dan minyak kelapa.Sirih jampi diserahkan kepada para pemain untuk dimakan,terutamanya para puteri.Kemenyan pula digunakan untuk memperasapi segala jenis alat muzik sementara minyak kelapa pula disapukan kepada gendang dan setelah disapu,alat-alat ini tidak boleh dilangkah.Upacara ini dilakukan pada setiap kali mengadakan persembahan bagi menjamu dan meminta izin daripada semangat-semangat yang wujud disekeliling.

Satu lagi upacara yang wajib diadakan sebelum persembahan ialah sembah guru.Acara ini lebih besar daripada acara buka panggung dan ia diadakan sekali dalam setahun dengan mengadakan kenduri dan seekor kambing disembelih jika tidak, dipercayai para pemain akan ditimpa bencana terutama ketua kumpulan.Kemudian barulah persembahan dimulakan.Biasanya persembahan akan diadakan sedikit sahaja pada malam pertama dan disambung pada malam berikutnya lalu ditamatkan pada malam yang ketiga.Pada malam inilah segala ramuan untuk persembahan kepada kuasa ghaib disajikan dan terdapat pula ahli kumpulan yang ‘melupa’(menurun).Ketika inilah orang-orang sakit akan diusung masuk kedalam bangsal untuk diubat.

Para pelakon Mek Mulong biasanya terdiri daripada lelaki yang memakai pakaian perumpuan.Mungkin kerana lelaki mempunyai semangat yang lebih kuat.Dalam persembahan ini terdapat watak utama raja yang disebut sebagai Pak Mulong manakala Mek Mulong adalah nama gelaran kepada si puteri.Puteri selalunya diiringi oleh inang pengasuh.Watak Awang pengasuh juga bertindak sebagai bomoh.Musuh-musuh kepada Pak Mulong pula terdiri daripada Raja Gergasi dan raja dari negeri lain yang iri hati.

Persembahan ini diiringi oleh ahli-ahli muzik yang turut menyanyi sebagai suara latar.Alat alat yang digunakan ialah seperti serunai,Gong,Cerek,Semborong,Ibu Semborong serta Anak Semborong. Para pemuzik juga akan menyahut seruan yang diucapkan oleh para pelakon dan jika seruan itu tidak disambut atau dijawab oleh pemain-pemain lain,maka persembahn itu akan ‘mati maklat’.Ia bermaksud persembahan itu tidak dapat diteruskan kerana ‘terganggu’ oleh hantu dan jin. Persembahan ini dimulakan dengan lagu pengenalan yang disebut 'bertabuh' yang terdiri daripada tiupan serunai dan diikuti pula dengan alat-alat muzik lain.Ia dianggap sebagai penghormatan kepada penonton sambil menarik perhatian penonton terhadap permainan seterusnya.Bertabuh juga dimainkan selama lima hingga sepuluh minit bertujuan meletakkan pemain-pemain dalam 'angin'(warm up) supaya mereka dapat bermain dengan baik.Kemudian barulah tarian dimulakan dengan penari memulakan tarian ketika duduk dilantai dengan cara membuka sembah.Tujuh jenis tarian dipersembahkan iaitu tarian sembah,tarian gembang,tarian puteri mabuk,taria menora,taria sirama,tarian putri masuk bilik air dan taria sedayung.

Setelah tamat satu babak, pencerita akan memulakan hikayatnya.Peranan pencerita ini dilakukan oleh Pak Mulong.Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana dalam cerita akan dilakukan dengan cara menyanyi beramai-ramai dan disertai oleh pantun.

Beginilah persedian,proses dan persembahan teater tradisional Mek Mulong yang kaya dengan nilai-nilai kelembutan,keunikan dan tidak ketinggalan juga unsur-unsur mistik yang sangat menarik untuk ditonton dan dihayati.Jika berkesempatan akan disertakan klip video di dalam blog ini untuk tontonan semua dan diharap khazanah ini dihargai dan terpelihara.

34 comments:

Pegawai Khalwat said...

Mek Mulong yang sebenar masih ada unsur-unsur khurafat. Dengan penyembelihan ayam dan sebagainya.

Orang yang berubat pula dengar katanya terutama pada malam terakhir, ada yang sampai panjat alang dan ada yang lari ke dalam hutan, esok pagi baru keluar.

Tapi kalau betul-betul nak diangkat, ia harus jadi seperti mak yong, yang dikikis terus perbuatan yang khurafat itu.

Cak semulut! Jalan selalu!

pjoe said...

yup!
setuju dengan pegawai khalwat
bukan mak yong saja..
wayang kulit, kuda kepang, etc...

asalkan tak tergelincir dr landasan..okay saja!
:)

Mak Su said...

sesekali ada gak hajat nak tgk persembahan sebegini... nak tgk camner caranya org menjamu, jampi serapah dsbnya

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat......
ooooooooo bukan dulu hang pun pernah main ka?hehehehe

fernando nazjoe.......
aku cuba cungkilkan cerita disebalik persembahan ni.itu yang menarik untuk orang tau.yang tak elok tu tak payahlah ikut.

mak su....
tanya pegawai khalwat hehe

Iman Mawaddah said...

Buta Seni berperanan sebagai apa dalma teater ni?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Bunga Rampai said...

Salam,

Info yang bagus. Mendidik pembaca.

Teruskan usaha murni ini :)

Mimiamilia said...

mek mulong?huhuhu tak pernah ku dengar.

-saya yg buta dan jahil seni-

Anonymous said...

Pastinya ia sebuah teater
yang menarik untuk tontonan.

p/s. Soalan yang sama seperti iman, En butaseni berperanan sebagai apa dalam teater itu? :)

Butaseni@Wan Raja said...

imam mawaddah.............
balum pernah try lagi,kalu boleh nak jadi PUTERI hihihi.nak tunggu tuan pengarah saya,pegawai khalwat buat.saya suka belakon bawah dia,produksi dia kaya hahaha

bunga rampai...........
saya cuma cuba dan berusaha.

mimi amilia.............
salam,
saya dan rakan2 disini sedang cuba membuka mata org tentang seni.dan menjadikan seni teater sebagai media provokasi minda.hehe

indahsakura.............
ya ya betul sangat menarik sekali,patut ditonton.
hehehe saya tak tau nak jadi apa,takut kena rasuk lak hahaha

Sastri said...

mengikuti entri sebelum ini tapi tak dapat nak komen sbb takleh buka kotak komen ketika itu... masa membacanya, sas dapati amat menarik sekali ceritanya...

dan ini sambungannya, membuatkan sas tertarik untuk melihat sendiri persiapannya... tertarik juga dengan komen Pegawai Khalwat...

thank you for enlightening me... :D

blackpurple @ jowopinter said...
This comment has been removed by the author.
blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah kerana mengenengahkan entri seumpama ini. KeKKWa mesti tabik ni.

Persembahan kebudayaan Melayu dulu-dulu masih tak lari dari menggunakan unsur-unsur mistik ekk.

[Teringat tarian asli kuda kepang yang menggunakan unsur syaitan itu..]

crunchyahcock said...

kalau nak direalisasikan... jgn dilupa hamba pacal yg hina

Anonymous said...

wah!
nyah! mak teruja nyah baca entri ni.
nyah ni memang tak buta seni betul..mak bangga nyah..ha ha ha..

Butaseni@Wan Raja said...

sastri............
memang kalau dapat lihat prosess pembikinan memang menarik dan kalau dapat tengok benda-benda yang mengganggu tu pun best gak.hihihi(kalau ramai-ramai beranilah,kalau sorang mintak simpang).memeng benar sekali si pegawai khalwat tu,khurafat benda ni,tapi kalau cuma nak belajar dan ambik tahu,apa salahnya,kan.

blackpurple..........
orang melayu dulu2 ramai yang masih tak boleh bezakan adat dan agama.hehe

crunchycock..............
kalau maki ingat kat hang pun,hang bukan nak mai tolong jugak!! :P

akirasuri.........
trima kaseh nyah hihihi.
mak nak jadi diva lah lepas nih hehe

Nur Hafiza Hasan said...

Best jugak baca lasal something yang kita tatau nih..
Sbg info dan pengetahuan baru..
Agaknya nanti 'sembah guru' tu takde kan.. Hehehehehe..

Che Butaseni, Mek Mulong ni mengingatkan saya pada satu lagi seni tradisi.
"Hamdolok" rasanya nama yang diberi.
Orang yang involve pun cuma lelaki shj.
And ada yang kena jadi feremfuan mcm Mek Mulong dan kunang-kunangnya ittew...
Ehh... inang-inang ekk?

KAMATO said...

Bagus info ni, ramai yang tak tau Mek Mulong ni

Nunn said...

bro, jadi lu ni penggiat seni teater tanah air ke? wow....

m i n e r a l . . . said...

saya setuju dgn pandangan pegawai khalwat... :)

tardisional perlu dijaga... tp jgn sampai berlaku perkara khurafat.
seperti kuda kepang juga. :)

Butaseni@Wan Raja said...

miss_tree......
hehehe kuneng kuneng.wah,best nih.ada benda baru.nanti saya try gali.

kamato....
trimakaseh sebab lawat gua.
kita share info ni hehe.salam

nunn...........
ye.gua baru blajar-blajar,belum layak di'wow'kan lagi bro.hehe

mineral.........
a'ah betul tu.jangan salah sangka,aku bukan nak galakkan semua orang menyimpang ke arah khurafat.aku cuma bagi info,ada benda macam ni yang pernah menjadi ikutan melayu.salam

m i n e r a l . . . said...

salam.. betul x dinafikan waktu belajar dahulu...ada sejenis tarian yg dibawa oleh puak syiah ke malaysia d sebarkan di perak, lupa apa nama tarian tu tp dasyat siap mkn kaca, dan berjalan atas bara menunjukkan kekebalan....mungkin d zaman itu tarian seperti itu utk menunjukkan keberanian...tp mungkin x sesuai skrg nih kalau tak reti menembak dgn tepat heeheheh.

ermm teringat pembikinan rumah tradisional byk juga perkara tahyul :)

Butaseni@Wan Raja said...

mineral.........
rumah traditional ada tahyol?hhmmmmmm menarik tu,apa kata kau cerita lak.aku pun nak tau jugak nih

Izariza said...

Salam,

Ermm .. saya tunggu youtube aje nih ... :)

Butaseni@Wan Raja said...

izariza...
wokey, on the way.

k o r o m y s t said...

Hmm... lelaki berpakaian perempuan? Macam Kabuki jer xDDD

Anyway, kalau Mek Mulong dipersembahkan pada zaman sekarang, masih ada lagi ker ritual asap kemenyan semua tu? Perlu sangat kah? Kenapa mintak tolong pada semangat? Kalau takde semangat daripada makhluk halus, tak boleh teruskan persembahan kah? Adakah semangat kemerdekaan perlu kan ritual macam tu? Kenapa perlunya upacara menurun? Mereka nak turunkan apa? Turun kan semangat kah? Ku sedikit prejudis terhadap khazanah Melayu yang sebegini kerana ku tak berapa suka kepercayaan mistik.

Mungkin ku akan kelihatan sebagai orang yang tidak menghargai budaya. tapi ku kureng sket bab mistik-mistik nih. Unless kalau di-perform oleh mereka yang bukan Islam. Hmm...

artisticklytouch said...

terlupa nak beritahu dalam komen sebelum ini. Kalau tidak silap pada bulan Julai setiap tahun permainan mek mulong ini akan diadakan selama 7 hari 7 malam di Mukim Wang Tepus, Kedah. Sesiapa yang berminat bolehlah pergi tengok. Boleh hubungi Jab. Kebudayaan Negeri Kedah.

Ayuh cik milik
mengaranglah bunga
bunga dikarang
dah tak ingat lirik...ha ha

artisticklytouch said...

haaa...ingat dah! ingat dah!

ayuh cik milik
mengaranglah bunga
bunga dikarang
tuan sayang tidak bertali

ini lagu penutup. lirik dan skrip ada aku tinggalkan pada chorpe, hang minta dengan dia.

Butaseni@Wan Raja said...

koromyst.........
sampai sekarang ada lagi.tapi taklah over sangat.

art.........
tq nyah,tambah info.mak lupanyah

Butaseni@Wan Raja said...

art lagi.........
dia selalu menyanyi,siap dgn expression lagi hahahaha

anggerikrimba said...

mek mulong patut dipulihara dan dikekalkan nilai estetika kerana ia hampir pupus. sanggupkah kita hilang warisan yang tak ternilai demi mengejar pemodenan.

Anonymous said...

hmm....bler bce blog nih... Kyo ttanye-tanye dlm ati...

kalo lelaki dah jd puteri dlm mek mulong nih, nnt tak terbawa-bawa ker sampai ke luar pentas... kalau tbawa2 itu dah agak menongkah arus..tp kalu x, cme dlm psembahan jer mungkin tak kisah...

mek mulong dgn makyong lbih kurang sme ker...nak tau gak...coz dlm makyong pon ade raje,ade puteri...
ader pakyong ader makyong...
dlm mek mulong lak sme gak ade pak mulong ngn mek mulong....

ape beza antara 2 tuh~

Kyo blom tgk psembahan mek mulong nih..tp kalau makyong, kuda kepang adalah....

kuda kepang kalau terlalu asyik sangat boleh terikut-ikut~

pnah tjadi mse kyo still budak... kyo ikut mak sdare g satu majlis org kawin kat yong peng ke kat mner ker...tp kat johor lah... mse tu ade tarian kuda kepang... fuhh....asyik bebenor dgr lagu gamelannye dgn tarian nyer... then tiba2 kaki kyo mula ikut rentak.. kiri, kanan...kiri kanan... asyik sungguh mse tuh...rse nak ikut skali leh...tp makcik kyo tarik kyo dri tempat menonton n kami terus balik....kyo ingat lagi step tuh sampai skang...rsenyer dah 11 tahun dah...tp warna baju penari tuh, pakaiannya, kuda kepangnya... music nye still melekat kat pale otak kyo nih...

hoo....hehe...sronok giler lerh kalo dpt peluk kuda kepang lagi~

Anonymous said...

untuk pegetahuan tuan2 dan puan2
sekarang aswara atau lebih dikenali sebagai akedemi seni kebangsaan dan warisan telah mengwujudkan satu modul untuk para pelajar ijazah di situ.
ini betujuan untuk tidak melupakan warisan kita sendiri.

Anonymous said...

watch live tv on your computer , how to watch tv on the computer , watching tv on computer , watch tv on your computer for free , watch movies from computer on tv , how to watch tv on computer , watch tv on your computer

Of late, a niche form of IPTV is catching on really well. This one is accessed and watched on PC. It can also be wired out to TVs but the landing console of the programming streams is the PC. The sources are basically FTA (Free-to-Air) broadcasts from all over cyberspace making it essentially free TV on PC.
Nothing could be more convincing than an actual first-hand experience. The new TV which we had just bought last week is living example. It's the latest model on the LCD series of a branded Japanese make. Along with all the advanced features, it can be connected to various external devices, including PCs. That made me sat up and took notice right away. To me, such big-name companies do not design new features into their products just by gut feel or guesswork. This TV and PC integration appears to be a potential trend setter.
Family Viewing- This is great for a family setting where you can all sit down and watch 3000 channels together. Yes, there are that many channels through the satellite TV for PC application. Can you watch on computer? Yes, with this set up, you all can.
watch cable tv on computer
watch tv on computer monitor