Monday, July 9, 2007

Hiburan Puteri yang Terbuang.

Di sebuah negeri yang dikenali sebagai Legor,Siam,terdapat sebuah kerajaan yang amat kuat dan kebal sekali dibawah jajahan seorang raja yang kejam bernama Raja Ligor. Ligor memang terkenal dengan sikap bongkak dan tamaknya di mana dia kerap kali menyerang negeri jirannya seperti Kedah dan Kelantan bagi memenuhi kehendak peribadinya.

Suatu hari Raja Ligor dikurniakan seorang puteri yang baru dilahirkan.Bagaimanapun, nujum diraja menasihatinya supaya membuang puteri comelnya itu kedalam hutan kerana dipercayai akan membawa sial dan mala petaka kepadanya di masa hadapan lalu tanpa berfikir panjang lagi dia mengarahkan puteri itu dibuang jauh dari negerinya.Beberapa orang inang pengasuh menawarkan diri untuk menjaga dan memelihara bayi itu lalu dihantarnya juga ke kawasan buangan itu.Maka tinggallah puteri dan beberapa inang di dalam hutan kesunyian dan hidup bersendirian. Mungkin akibat terlalu sunyi dan sedih dengan tindakan ayahandanya yang kejam itu,si puteri tidak berhenti menangis.Pelbagai cara dan daya telah dicuba oleh inang-inang itu namun masih buntu.Akhirnya mereka membuat sebuah gendang dan dipalukan.Si puteri,lantas berhenti menangis dan mendengar paluan gendang itu dengan penuh minat.

Kemudian,paluan gendang itu dimainkan apabila puteri menangis dan berduka.Lama kelamaan paluan gendang itu diiringi dengan cerita dan tarian oleh inang dan dayang untuk menghiburkan si puteri. Akhirnya, terciptalah sebuah persembahan yang menjadi kegemaran si puteri sehingga dewasa.Lama kelamaan,si puteri sendiri mengetuai persembahan itu dan mulalah mereka menjelajah dari desa ke desa,keluar dari kawasan buangan sehingga ke negeri Kedah membuat persembahan.Namun kelibat si puteri terus lenyap dan menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Persembahan ini kemudiannya ditiru dan menjadi ikutan di desa-desa yang pernah disinggah oleh si puteri itu dan lalu menjadi persembahan yang diminati ramai di beberapa buah kawasan seperti di Kampung Paya Kelubi dan ia kemudiannya dibawa pula ke Wang Tepus lalu terus berkembang ke Kuala Nerang dan akhirnya berkampung di Wang Tepus,Jitra,Kedah dimana ia menjadi mainan dan persembahan tradisi pada musim-musim tertentu.

Ada juga yang berpendapat bahawa persembahan ini berasal dari Ligor,Siam kemudiannya diperkenalkan di Kedah ketika berlaku persengketaan Kedah-Siam.Namun misteri kehilangan si puteri lebih dikaitkan dengan persembahan ini dimana setiap kali persembahan ini dimainkan,ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam mistik.

Inilah MEK MULONG,sebuah persembahan 'teater tradisional' yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah yang amat unik sekali.


bersambung.....................
Episod seterusnya, "Persembahan Mek Mulong."

21 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ha ha...
Mek mulong memang menarik sebab aku penah main mek mulong.

Pss... orang Kedah pun ada yang tak tau mek mulong.

Ku Keng said...

Salam Bro.,

Menarik. Cuba lawat blog ini: http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Salam.

Mak Su said...

menarik... korek ler sampai habis misterinyer dan persembahkan ke dalam teater

k o r o m y s t said...

Huwaaahhh~! O______O

First time dengar intro penuh info tentang mek mulong ni. Nanti cerita yek, kenapa diberi nama mek mulong. Mek tu apa. Mulong tu apa. Kenapa puteri hilang. Inang semua tu pun lesap sekali ke? Diaorang hilang sebab bosan buat persembahan ke? Kena kidnap dengan orang tertentu ke? Atau kes cam mendiang Atlantuya?

Yang pasal paluan gendang tu, gendang macamana? Diperbuat daripada apa? Besar ke kecik? Mobil kah sampai boleh dibawa ke mana-mana? Siapa yang biasanya memalu gendang? Puteri tu pernah tak palu? Kenapa diaorang boleh terfikir untuk menjelajah keluar menghiburkan orang ramai? Bila diaorang buat persembahan, dapat bayaran tak?

Musykil nih...

Nur Hafiza Hasan said...

Interestingnya!!
Cepat2 sambung, nak baca..

Btw, kat kelantan ada tempat nama Mulong.
:) [apa kaitannnn???!]

akirasuri said...

oh oh!
menarik!
memang tidak butaseni awak ni :p
sila sambung dengan kadar yang segera. ha ha ha. mak tak sabar nyah! auw!!

Butaseni@Wan Raja said...

kepada pegawai khalwat...
haaa aku dah agak dah,hang mesti pernah main punya.hang memang art 4 life lah bro.apa kata hang direct mek mulong lak.bab jin dan hantu tu hang jangan risau sang paranormal yang mega hebat ada,bleh? :D

bro keng....
salam.ya saya dah lawat.trima kaseh dengan info tu :D

mak su.........
ya,saya tengah suruh director saya si peg khalwat buat.nanti kalau jadi kami info hehehe

koromyst........
wah,bayaknya kemusykilan kau.ok,tungguuuuuuu

miss_tree..
barangkali,dan kemungkinan besar ada lagi satu di siam sebab mulong merujuk kepada nama hutan yang bermula persembahan ni.

akirasuri........
sabar nyah,mak nak belajar menari dia dulu hihihi.mak nak jadi diva lak

pjoe said...

dude, dengan Mak Yong ada nak dekat sama tak?

mekmulong, tak pnah tgk.. mak yong dulu pnah tgk

hang tahu orang main "peteri" kat kelate?

Rozie said...

tumpangggg lalu...sibuk arrr
(sibuk apa?) entah lerrr!!!!

crunchyahcock said...

nice research bro. 'a job well done'. tapi bab bersambung tu yg x tahan... nezjoe pun ada citer bersmbg gak!

anyway, kalu di pentaskan story ni pun menarik kan.


yg bener,
aku yg x reti berlakon

Anonymous said...

menarik nih. ada kaitan dgn alam mistik. (biasalah aku sebagai org melayu harus minat benda2 mistik nih. hehehe..)

artisticklytouch said...

haa..lagi...lagi...nanti boleh hang masuk bibliogarphy master tesis aku he he senang kerja aku chorpe oiiii!!!!

arianna adrizal said...

mm, menarik tp alkisahnya.. org kedah pun tatau ttg mek mulong ni.

suriani said...

mek mulong... pasal per ada kat belah kedah nu?
bukan patut ada belah area kelantan ker?

Iman Mawaddah said...

Dah lama tak layan cerita-cerita begini. Menarik sungguh

Anonymous said...

Kalau tengok dari tajuknya
'Mek Mulong' seperti asal dari negeri cik siti wan kembang :)

Izariza said...

Kalau sudah dipentaskan teater itu .. apa kata tampal you tube kat blog ni .. bolehlah saya tumpang tonton sekali :)

Salam

Izariza said...

Kalau sudah dipentaskan teater itu .. apa kata tampal you tube kat blog ni .. bolehlah saya tumpang tonton sekali :)

Salam

Butaseni@Wan Raja said...

nazjoe.........
ya dude,aku pernah dengan 'puteri' tu tapi belum pernah tgk lagi.mek mulong dgn mak yong tak sama dude.

rozie.......
ye lalulahhh hehe

crounchycock.......
ya memang aku nak suruh sang dewa buat.

kamarul..........
ya memang org melayu dari belum buang tali pusat lagi dah percaya dengan benda2 ni.........macam aku hehe

art.........
hak cipta dipelihara.lanun akan didakwa.

adriana............
ya,mungkin sebab permainan ni jarang sekali dimainkan,cuma ditempat dan musim yang tertentu saja.Tapi baru2 ni ada dipentaskan di KL.

umi ameer........
perkataan 'mek' memang lebih sinonim dengan negeri kelantan,tapi mek tu cuma bermaksud perempuam dan perkataan ni juga berasal dari selatan siam.cerita ni tercatit berasal dari kawasan Mulong(mungkin di Siam).

imam mawaddah.........
ok,nanti kami cuba buat.awak mai naa hehe

izariza......
harussssssssssssss

Nunn said...

salam bro, cantik nama blog nih...

crunchyahcock said...

huih !! sang dewa kalu buat, waaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuu.......