Showing posts with label Yang Baik Dijadikan Teladan. Show all posts
Showing posts with label Yang Baik Dijadikan Teladan. Show all posts

Friday, June 22, 2007

Profesionalisme Sejati

Dialah atlit yang berlari mati-matian,
Dialah ispirasi kepada Hooligan hakiki,
Dialah penyuntik semangat rakan-rakan,
Dialah Ikon gaya urban lelaki,
dan dia jugalah fantasi hawa seluruh alam.
Bagi aku,dia adalah contoh profesionalis sejati.Aku bukanlah peminat fanatiknya,tetapi sikap profesionalismenya patut dijadikan contoh bukan sahaja kepada kaki bola malah kepada golongan profesional yang lain.
Dia mula merangkak untuk kedunia profesional dengan begitu tekun sekali,sejak dari kecil memasang angan-angan untuk menjadi seperti idolanya iaitu Bryn Robson.Dia begitu gigih berlatih sendirian sebelum dan selepas sesi latihan pasukannya.(pada ketika itu mewakili skuad remaja Manchester United)Kemudian menjadi pemain terbaik pertandingan remaja itu sebelum diserapkan oleh Alex Ferguson ke pasukan senior.Dengan sekelip mata mendapat perhatian dunia sehinggakan pemain handalan yang lain seperti Eric Cantona dan Bryn McLair terus tenggelam dengan aksinya.Ketika mewakili negaranya pada Piala Dunia 1998,namanya dihentam hebat gara-gara kad merah yang diterimanya yang menjadi punca penyingkiran England dalam pertandingan itu.
"Ten Heroic Lions and One Stupid Boy",itulah tajuk utama setiap surat khabar di Britain pada ketika itu,tetapi dia masih setia bermain untuk negaranya dan dilantik menjadi ketua pasukan England pula selepas itu.
Setelah popular dan berkahwin pula dengan Spice Girl,kehidupannya bertambah glamour dan ini tidak menyenangkan Alex Ferguson lalu berlakulah segala sengketa dan masalah dalaman sehinggakan keningnya luka akibat terkena boot yang hinggap didahinya setelah ditendang pengurusnya itu gara-gara satu kekalahan dengan musuh tradisi mereka iaitu Arsenal pada separuh akhir piala FA 2003.Tetapi yang mengagumkan aku dia masih lagi berlatih dan bermain bermati-matian untuk Ferguson atas nama profesionalisme.Kemudian dijual pula kepada Real Madrid.Di sana pula dia terpaksa berlatih dua kali ganda untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas di Spanyol.
Malang sekali lagi menimpanya apabila tidak mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan dan kelabnya dibawah kepimpinan baru Steve McLaren dan Fabio Capello tetapi dengan semangat profesionalismenya,dia berlatih lebih gigih walaupun telah ditunjuk jalan keluar oleh kedua-dua pengurus baru itu sehinggakan dia membuktikan kepada mereka yang dia masih bernilai lalu diserap semula mewakili kelab dan negaranya kemudian memaksa kedua-dua pengurus itu mengaku kepada umum yang mereka telah melakukan kesilapan dengan menyingkirnya dan pengurus Real Madrid itu cuba untuk mendapatkannya kembali setelah menjualnya kepada kelab Amerika Syarikat,LA Galaxy.Akhirnya dia meninggalkan kelab Galacticos itu dengan cara yang terhormat disamping membantu mereka memenangi Liga Sepanyol.
Aku amat mengagumi semangat dan sikap profesionalismenya itu dan teringin sekali untuk aku mencontohi sikapnya untuk menjadi lebih profesional dalam apa bidang sekali pun yang aku ceburi.