Sedar tak sedar,negara kita sudah diambang merdeka yang ke-50.Ini menandakan kita telah hidup aman damai bersama-sama dengan berbagai bangsa di bumi kita ini.’Lihatlah dunia,negaraku yang aman damai ini.’(terpoyo lak).Memang aku bangga sekali dengan negara aman kita,rakyat yang saling tolong-menolong dan amat prihatin sekali.Sikap prihatin Malaysian ini memang sudah tidak boleh disangkal lagi.Kadang kala terlalu prihatin sehinggakan sikap ini sering kali menyusahkan orang lain.Amat nyata sekali apabila berlaku kemalangan jalanraya.Walaupun hanya terguris sedikit kereta si pemandu maka akan penuhlah kawasan itu dengan orang yang ingin mengambil tahu atau busybody.Sanggup terlewat untuk ke mana-mana destinasi asalkan tahu apa yang terjadi.
Itu baru kemalangan kecil,kalau yang besar dan dasyat macam mana?mesti akan lebih sesak lagi dengan masyarakat kita yang majmuk ni.Selalunya ada yang meninjau-ninjau nombor plat bagi tujuan berjudi, yang matanya merayap mencari barang berharga dan tak kurang juga yang ikhlas menolong.Kadang kala ambulans sendiri tidak dapat berhenti di tempat yang sepatutnya sebab terlalu sesak ditambah lagi dengan deretan kereta sehingga 4-5 km.Belum sempat sampai ke hospital, yang si cedera ringan akan parah dan yang parah akan ke rahmatullah.
Keprihatinan dan kesesakan ini bukan sahaja berlaku angkara kemalangan, malah ia sering berlaku akibat dari sebab penyebab yang tidak boleh diterima akal.Mula aku nak menyumpah. Pernah sekali aku bagaikan hendak amuk satu Malaya kerana terjebak dengan kesesakan ini di kala sudah terlewat untuk ke pejabat. 35 minit aku tersekat dan mencarut sendirian di dalam kereta bahana dua ekor memerang.Bayangkan betapa peraknya dan bengongnya Malaysian ni yang sanggup berhenti,berehat dan paling aku berang ada jugak manusia yang bernafsu binatang ni meletak kereta di atas jambatan dan selekoh yang mengundang jam hanya kerana mahu melihat dua ekor memerang sedang mengawan.Aduh!Pusing kepala beta,gila jadinya.
Pernah juga aku terdengar cerita dari seorang rakanku di KL di mana kesesakan berlaku sepanjang 3-4 kilometer di Federal Highway angkara seorang Minah Saleh bermini skirt yang duduk terkangkang di pembahagi jalan kerana keretanya rosak.Maka beratus-ratus mata yang ingin masuk ke dalam skirt itu.Bertamadunkah sikap ini?Kita boleh akur dan terima kiranya berlaku kajadian yang tidak boleh dielak seperti bom,rompakan,rusuhan atau bencana hebat berlaku,meskipun ini amat jarang berlaku di negara kita,ini atas sebab penyebab yang sengal.
Tolonglah rakyat Malaysia,janganlah terlalu menyibuk sehingga menyusahkan orang disamping masa dibazirkan begitu walhal kita harus bergerak pantas untuk mengharungi kegalakkan ekonomi dan lebih progresif membanting otak untuk diri,keluarga,bangsa,agama dan negara.Satu saranan aku yang buta ni,jika sudah hobi tuan-tuan untuk menonton teater jalanan ini,silalah letak kereta mahupun motor anda di tempat yang tidak memudaratkan perjalan orang yang mengejar masa.
