Walaupun hari ini aku sibuk dengan pelbagai kertas kerja di pejabat disamping murid-murid aku yang tidak putus untuk datang meminta pendapatku tentang assignment mereka,tapi aku tetap hendak berkongsi pandangan berkenaan dengan Lanca atau lebih dikenali sebagai Beca.Idea ini tercetus setelah aku nyaris terjebak dengan kemalangan maut pagi tadi angkara sebuah beca yang penting diri.Kalau dulu, sekitar tahun 20an,beca adalah satu pengangkutan yang utama disamping basikal dan kemudian ia adalah salah satu pengangkutan tidak kurang pentingnya dimana ia menjadi penggerak kepada kaum hawa yang ingin ke pasar dan para murid sekolah berulang alik mencari ilmu serta pengangkutan alternatif untuk mengangkut barang selain daripada kenderaan bermotor yang tinggi harganya ketika tahun 70-80an.Beca juga adalah sumber rezeki kepada penariknya disamping dapat berbakti menghantar penumpangnya kesana kemari dengan hasilnya yang tidak seberapa.Macam dalam filem Penarik Becha.Tidak pernah ku nafi menarik beca adalah kerja halal yang mulia dan ada keunikannya yang tersendiri serta menarik minat para pengunjung untuk menaikinya.
Tapi kini, di zaman serba moden dan serba pantas ini, keadaan jalan raya tidak lagi seperti dulu dimana ia sesak dengan kenderaan-kenderaan lain yang masing-masing sibuk memburu masa demi kerjaya serta kemewahan.Kalau boleh di tengah-tengah bandar pun memerlukan had kelajuan selaju 110km/h.Bahkan setiap orang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal untuk bergerak dan kelibat beca amat jarang sekali diperlukan,ia lebih berfungsi sebagai agen bersiar-siar.Pon!Pon!Pon!Pemandu kini tidak lagi dapat bersabar menanti pergerakan layu beca yang sering menyekat kemaraan sesebuah kenderaan dilaluan utama lebih-lebih lagi dikala masa kemuncak seperti awal pagi dan tengah hari.Dengan kehadiran hanya sebuah beca sudah cukup untuk mengakibatkan kesesakan atau traffic jam yang panjang dan yang paling mendapat perhatian aku,kelekaan penariknya sehinggakan aku nyaris maut angkara kelembapan dan ketidak prihatinan penarik beca tadi dimana dia langsung tidak mempedulikan kenderaan di belakangnya dan terus membelok lembab.Nyaris keretaku dirempuh lori yang cuba mengelaknya.Banyak juga cerita kemalangan yang aku dengar sebelum ini melibatkan atau berpunca dari sebuah beca.
Gambar di atas adalah gambar sekumpulan penarik beca yang beratur sebelum semua beca mereka ini penuh dan sarat dengan penumpang terutamanya pelancong yang teruja untuk menikmati pemandangan bandar Georgetown.Lokasinya adalah betul-betul dihadapan kolej atau pejabat aku bekerja.Bayangkan kedaan ini berlaku semasa kesesakan tengah hari pabila semua orang akan keluar untuk lunch.Dan setiap kali pesta ini berlangsung maka ramailah para pekerja yang lain akan tersekat dan lambat masuk semula ke pejabat,salah seorangnya 'aku'.
Ini yang membuatkan aku terfikir 'Adakah kewujudan beca ini untuk keselesaan rakyat Malaysia atau untuk keseronokan pelancong?,Yang mana satu harus diutamakan?'.Memang aku tidak nafikan ini adalah sumber pendapatan bagi ramai penarik beca,pendapatan yang agak lumayan jika dapat membawa pelancong disertakan dengan tips tapi amat wajar sekali bagi aku jika kerajaan menetapkan laluan bagi para penarik beca ini hanyalah ditempat-tempat peranginan dimana ia tidak langsung mengganggu kegiatan ekonomi di kawasan bandar atau menyediakan jalan khas bagi mereka membawa para pelancong meronda-ronda disekitar bandar atau mungkin juga menetapkan hari dan waktu tertentu(di luar waktu kemuncak) bagi mengelak kesesakan.
