Thursday, August 7, 2008

Mereka Baju untuk Nenek

Dalam cuti semester ni,walaupun sibuk dengan pelbagai bala kertas kerja di kolej,tetapi jabatan aku tetap juga perlu mencurahkan bakti kepada majikan dengan memperkenalkan kolej ke sekolah sekolah untuk mencari bakal pelajar yang berminat.(merketing ler!)Selalunya pihak sekolah akan menjemput juga kolej kolej lain untuk memperagakan kursus kursus yang ditawarkan supaya murid lebih mudah dan tahu kemana hala tuju mereka.Ia dikenali sebagai Hari Kerjaya.

Tapi kali ini lain agak sedikit tugasannya.Kami berbakti pula pada sebuah sekolah.Atas permintaan pengetua sebuah sekolah,aku dan ketua jabatan Fesyen dijemput untuk mengadakan bengkel menjahit seluar untuk pelajar tingkatan 4&5.Pelik,bukankah setiap sekolah punya guru mereka sendiri.Guru guru vokasional yang cukup terlatih pulak tu.Jadi aku dan boss aku dengan 'rela hatinya' pergi kesekolah itu berbekalkan sedikit nota dan pattern seluar slack untuk ditunjukkan kepada murid murid bertuah itu.

Seluar yang dihasilkan murid sekolah ni."Cikguu,macam seluar mak saya pi pasar".rungut seorang murid.
Setelah tiba,kami disambut mesra oleh guru-guru yang bertugas,perut dibelanja manja dengan roti canai kantin sekolah itu dan tekak pula disiram dengan kopi susu yang menyegarkan.Kemudian barulah kerja dimulakan.Sampai dibilik rekaan dan jahitan barulah cikgu tersebut menceritakan apakah masalah yang mereka hadapi.Serius,tapi lawak.Rupa rupanya murid muridnya sering merungut yang bentuk atau cutting baju baju serta seluar yang terkandung di dalam silibus kementerian yang terpaksa mereka jahit tersangatlah ketinggalan zaman dan hanya sesuai digayakan oleh nenek mereka.Tujuan kami dijemput adalah untuk mengajar mempelbagaikan lagi cutting,style dan details yang sesuai dipakai oleh mereka sendiri.

Mujurlah ada kami bawa pattern seluar yang sesuai untuk jiwa remaja diorang tu.Jadi,ketujuh tujuh jenis pattern block seluar yang dibawa itu di tekap dan diberikan kepada mereka.Dengan semangatnya diorang menyiapkan pattern itu sebab dah lama teringin untuk menjahit seluar yang ranggi untuk dipakai.
Kelas yang sebelum ini sukar dikawal itu,menjadi tenang dek terlalu asyik budak budak ni menyiapkan pattern diorang.

Antara koleksi pakaian kasual untuk model model dari rumah orang orang tua Batu Lanchang.


Bakat dan kebolehan budak budak ni tidak kurang hebatnya.Bagi pelajar tingkatan 4,lakaran seperti ini sudah dikira baik.Tetapi kreativiti mereka ni agak terbantut dengan tugasan tugasan dalam silibus yang sungguh ketinggalan zaman.Diharap pihak kementerian dapat mempelbagaikan dan memodenkan lagi rekaan rekaan yang ada didalam silibusnya :D Jangan terlalu konservatif sangat.Ada kalanya remaja perlu ada ruang untuk mengekspressi diri mereka.Mungkin ia cuma sebagai asas kepada mereka,tetapi jika ia diserikan dengan apa yang mereka minati,ia lebih efektif.

35 comments:

PuTeRi CaHaYa said...

hehehe... teringat masa form 3 dlu.. bt bju ..
macam aper tah..

hehehe... kn best klu tgn ni boleh jer bt smua tu

13may said...

waaa....pandai sungguh depa tu semua...

kalo aku, mesti failed punya laa...tgn tadak seni :D

Nurbaya Hassan said...

untung partner uols ye nanti...
uols pandai jahit baju. x yah susah especially time-time raya nanti....
hehehe...

Butaseni@Wan Raja said...

puteri cahaya............
baru ni bukan hang dah buat baju anai anai ka?
hahahaha

13May.....
nak jahit tak yah seni kot,tau teknik ja :D

ann...........
hmmmm god idea,nak buat baju teluk belangalah esok hehehe

muadzlife said...

untung budak2 sekarang :)

artsoul said...

untuk menarik lg minat diaorang dan supaya tak bosan dgn silibus ala2 ketingalan zaman tu...pelbagaikan lagi style contoh,ajar diorg buat pakaian dlm sure fun punye lah...:)

artisticklytouch said...

haiyoooooo actually all the books are ketinggalan zaman uols...ada lagi ke anak-anak zaman sekarang nama Ah Seng, aminah,Ali, Ah Chong Munusamy dan Letchumi...

Anonymous said...

konpius sekejap..

anda guru apekah?

fesyen kah?

teater kah?

haih

Butaseni@Wan Raja said...

muadzlife.........
ya untung,harap diorang boleh gunakan sepenuhnya.

artsoul..........
hang buat sekolah sendiri ahahahaha

art........
hahaha tapi ada sorang murid ari tu nama letchumi hahahah

qasiehfirdaus..........
hehehe rahsia.tapi memang ada kena mengena dengan seni.

PrincessAnnA said...

wow. as a form 4 student.......... they can draw designs!

i wanna learn fashion when i was in secondary skool but in bm wer got this kinda skool!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Ah! Cikgu! Ai pun nak amek kelas tambahan ngan cikgu la.. :D

He he he!

Butaseni@Wan Raja said...

ann...........
i think last time it was in voocational schools.

akirasuri............
hehehe meh ler!

Bunga Rampai said...

Ekspressi diri melalui fesyen - wow!

Cikgu, tolong reka satu baju raya untuk saya boleh? Baju kurung cekak musang ... ubahsuai sikitlah mana patut. Saya serius ni!

Teruskan usaha mendidik warga remaja.

Salam :)

m i n e r a l . . . said...

ermm sama mcm kami dahulu...dek kerana terlalu ikut silibus.... sampai hasil kerja kreativiti beberapa rakan disalah tafsir...dan natijahnya... dapat la markah yg kurang matang...
dek kerana lecturer juga terpesona dgn silibus cehhhh....

Mak Su said...

seluar jiwa remaja rupa macamana ek?

Butaseni@Wan Raja said...

bunga rampai..............
hehe macam mana ni cik kak,saya pun beli ja baju raya kat kamdar haha.

mineral...........
ya stuju,baik interior,architechture dan fashion,ia patut bagi peluang untuk student buat pilihan mengikut kreativiti masing-masing.

mak su.........
sekurang kurangnya taklah bunga bunga macam tu hehe

Super Nia Hana said...

masa kelas ert dulu
bila bab wat baju jeeee....
musti watashi antara yg menjadi bahan tawa kawan sekelas
heh

tgn kayu!

blackpurple @ jowopinter said...

Susah kalau kreativiti minda dibatasi silibus. Tak kiralah subjek apa sekali pun, lebih-lebih lagi bagi subjek yang berteraskan seni... Nak berimaginasi pun jadi takut.... :)

jinggo said...

tolong jahit poket seluaq aku boleh tak.......??

kuIna said...

betui tu ... byk silibus sekolah kita ketinggalan zaman...

(semlm berlangsung Festival Tari Ng Kedah di Dwan Budaya Pumpong... best oooo tgk org gedik2, golek2 berseni...)

Butaseni@Wan Raja said...

watashi...........
hmmm saya pun masa katb uitm dulu.

jowopinterr............
ya.sebab seni mesti ikut peredaran zaman.kalau rujukan 5 tahun sudah pun dah dikira lapuk.kan? :D

jinggo.........
boxer yg hang pakai memukat malam tu?

kuinajentayutiara............
ya ka?
uih awat depa yg dok sana tak habaq mai.mana cek tau.

pandagumuk. said...

cantek ah sketching untuk level dorg.x rugi.

Pegawai Khalwat said...

Yang buat silibus pun, tengok sama la umor berapa.

@xiM said...

aku setuju...silibus diorang memang agak ketinggalan zaman...

Butaseni@Wan Raja said...

panda...........
ya boleh tahan,ada yang lagi elok pada student kolej hehe

pegawai khalwat.............
tapi ada juga panel yang buat silibus tu yang muda,adda juga fashion designer yang terkenal di malaysia,tapi entah mengapa.

axim............
yaaaaa

Sastri said...

saya jeles melihat mereka pandai menjahit dan melakar... saya bab menjahit ni fail... :p

ANNA NUR said...

haah.

silibus yg mengongkong kreativiti students.

menjahit skirt guna kain cotton corak petak2 ntah pape. mmg x best! huh.

Anonymous said...

wahh... berbakat semuanya...

our future 'michael ong' or sape2 yang hebat dalam industri fesyen ni...

Butaseni@Wan Raja said...

sastri...........
hehe masing masing ada kepakaran masing masing,kan? :)

chenta...........
hahaha memang tak best,tapi itulah yang wajib dalam silibus.

love n hate.........
ya,ramai yang berbakat di sekolah tu.

Anonymous said...

fesyen pulak?ko sebenarnya apa?pelukis jap,pelakon jap,cikgu jap,pensyarah jap,teater jap,drama jap,filem jap.macam too good to be truth jek

Butaseni@Wan Raja said...

anony.............
yaka?good ka?
apa yang berkaitan dengan seni saya suka libatkan diri.tapi buta seni hehehe belum sampai tahap bijakpandai seni,biasa je

mapieceofart said...

hurm...
bila dah tua2 nih (eceh...) tringat pulak zaman muda2 time kat skolah dulu... apsal lar aku tak amik art yer..? ter'science stream pulak tanpa sengaja... adehhh...
dah tu aku amik muzik smpi form 3 je... pndidikan seni lagi lahhhhh tak penah amik.. huhu.. rase rugi..

Butaseni@Wan Raja said...

mapieceofart...........
never too late to learn and start. :D

Unknown said...

yeap...i agree wif u..
best gak kekadang jadik tutor kat bebudak nie
at least diorang dapat something yg sngat berguna untuk masa depan diorang :)

Aliff Ihsan Rahman said...

Rekaan Kostum...
elh jd costume designer for film ni..
huhu!