Monday, July 30, 2007

Raden Mas yang Lemas

Dengan tarikh persembahan lebih kurang dua minggu lagi,produksi bangsawan Raden Mas menghadapi masalah yang amat kronik.Dengan para pelakonnya yang sekejap ada,sekejap tak ada dan sering ponteng latihan yang membuatkan si pengarahnya hanya mampu memuncungkan mulutnya.Setiap kali latihan pasti tidak akan cukup pelakonnya.

Untuk melengkapkan latihan para pelakon, yang hadir terpaksa melakonkan dua hingga tiga watak untuk menampung kekosongan yang tidak hadir.Mujurlah si pemegang watak utama berdisiplin orangnya. Walaupun berbangsa Hindustan yang membuatkan dia agak lambat untuk menjiwai watak yang diberi dan mengalami masalah dalam menutur bahasa Melayu apatah lagi bahasa Melayu klasik,ditambah pula dengan lengok serta alunan dialog bangsawan tetapi dia tekun berusaha.Setelah dua bulan merangkak dan akhirnya lakonannya boleh diterima.

Kesihatan pengarah juga amat tidak menentu sekali dan doktor juga mengesyorkan beliau berehat sahaja dirumah memandangkan jangkanya dijangka kurang dua tahun,insan yang baru-baru ini telah dianugerahkan "The Living Herritage of Penang" semakin tenat mental dan fizikalnya.Beliau masih lagi meneruskan perjuangannya dalam bangsawan dan dengan ikhlas sekali ingin mewariskan pada generasi muda untuk menjaga khazanah ini sebelum beliau berehat untuk selamanya.

Pada sabtu lepas, semasa latihan dijalankan, the Living Herritage ini diuji dengan dasyatnya apabila beliau mendapat satu panggilan daripada si Raden Mas yang memberi berita buruk seburuk-buruknya mengatakan dia terpaksa menarik diri di saat-saat akhir ini bahana masalah keluarga.Dengan semua persediaan untuk persembahan seperti tempat,tarikh, promosi serta jemputan telah dibereskan sehinggakan Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Warisan bersama-sama Gabenor Pulau Pinang juga sudah mengesahkan kehadiran mereka,segala-galanya nampak pudar.
Mendengar berita buruk itu,kami yang hadir semua terdiam dan tuan pengarah buntu memikirkan pengganti si Raden Mas disaat begini.Mungkin kerana terlalu hampa dan sedih pengarah uzur ini terus rebah dan tidak sedarkan diri.Huru-hara jadinya Taman Budaya Tanjung pada malam itu.Kini beliau masih lagi terlantar di bilik sakit tetapnya.Dan latihan diberhentikan buat sementara.Semakin kabur nampaknya persembahan kami pada bulan merdeka nanti.
Harap-harap Raden Mas yang baru akan datang menggantikan yang tewas itu dan Dandiar si Panglima Jawa dapat meneruskan perjalanannya ke Temasik.

28 comments:

Pegawai Khalwat said...

Raden Mas?

Apa susah, carilah di kalangan yang terlibat dalam Festival Teater baru ni. Rasanya ramai yang berminat.

Bagus atau tidak persoalan kedua.

Psss... sedih pula aku dengaq musibah yang menimpa. Ya... aku bukan nostradamus.

Anonymous said...

waduh2... byk betul masalah yg menimpa. semoga urusan korang dipermudahkan Allah hendaknya.

Anonymous said...

Salam...

Kalau saya ada di sana, saya sukarela menggantikan tempat pelakon yang 'hilang'. Sudah lama saya tidak berteater. Rindu pula rasanya. Huhu. Terakhir saya berteater lebih kurang 10 tahun yang lepas (Teater: Jangan Bunuh Rama-Rama dan bantal Impian).

Oh, ya! Tekaan wajah saya pada gambar itu belum dapat diputuskan lagi pemenangnya, kerana saya sendiri terkeliru. Hehehe. Maksud anda, dari kiri tu dari kiri kita yang memandang ke atau dari sebelah kiri orang-orang pada gambar tersebut?

arianna adrizal said...

laaaaa...

bertabahlah..

:)

Mak Su said...

alllllamakkkk, duggaaaannnn

- G O R O - said...

Hadapi dengan senyuman ok... Peace bro..

blackpurple @ jowopinter said...

Kesiannya. Sampai rebah pengarah itu ekk....

Pernah tengok cerita Raden Mas dalam filem 50an. Sama ke?

pjoe said...

aku murka dengan itu raden mas
:)
apa-apa pun, good luck dude!
teruskan usaha hang nak martabatkan teater anak bangsa

Butaseni@Wan Raja said...

pegawai khalwat.........
ya ya cadangan yg bagus,aku nak ajak yg belakon jadi datin tu(taste) hahahahaha.
aku rasa hg memang nostradamus,hg dah tau benda mcm ni nak jadi kat produksi ni.tu awai-awai lagi dah cari alasan nak blah.

kamarul.......
ya waduh susah bangat nih.org tua tu dah sedarkan diri sekarang,alhamdulillah.

puteri ezza.....
hehehe mai lah join hehe.
ooooo pernah dengar tentang crita rama-rama tu.ttg gambar awak tu saya dah teka skali lagi hehe.

arianna............
hehehe kami sedang tabah nih hehehe
director kami pun dah sedar nih.

mak su......
hehehehe a'ah dugaan.2 minggu lagi oi.

goro..........
ya.menyahut kempen KeKKWa "senyumlah dan ucapkan terima kasih" hehe

blackpurple.....
a'ah wad kecemasdan tuh ehehe.
a'ah lebih kurang jugak lah.tp watak aku dia reka sendiri(xde dalam movie tu).hehehehehe

Butaseni@Wan Raja said...

nazjoe.........
ya,aku pun murka.nasib baik aku bercinta dengan bonda dia hehe(dalam crita tulah)
tq dude,aku cuba hehe

Anonymous said...

Moga teater itu dapat dipersembahkan dengan jayanya nanti :)

Salam

Anonymous said...

innanillahiwainnailaihirojiun...
mudah-mudahan beliau sembuh kembali dan kembali sehat, amin..
dan. mudah-mudahan semua berjalan lancar. insya-Allah :)

Nunn said...

ada-ada saja ujiannya, yang pasti, tiada jalan pintas untuk mencapai kesempurnaan.. echeh! hidup seni teater bro!

jinggo said...

eeeermmmmmmmm..........
redennnn maaaasssss........

Erran said...

Perjalanan hidup seni yang tak sunyi dari bermacam ragam....aku suruh Pak Lah balik Penang ganti Raden Mas yang tarik diri tu bleh??

Erran said...

Tapi Raden Mas tu laki ker pompuan..aku ni buter seni..kalau pompuan, aku suruh Jane Danker pi Penang arrr, ok?

Butaseni@Wan Raja said...

indahsakura..............
insya allah,nampak gayanya allah susah sikit nak izin kot hehehe.

akirasuri...........
ya,dia dah kembali sembuh tapi belum kembali ceria hehehe

nunn............
oooooooooooooooooohh jalannya amat berduri sekali bro hehehe.
kami akan cuba pelihara khazanah ni.:D

jinggo..............
hg ni asyik eerrrmmmmmm ja.awat?

butterandbanana..........
hahaha mana boleh,dalam cerita tu raden mas kena dera and pijak.

butterandbanana lagi........
haaaaaaaaaaaaaa yg tu boleh hehehe

tegezoot said...

ang anak derhaka!

tegezoot said...

ang anak derhaka!

artisticklytouch said...

laa...pondan kertu 2 ka?? mengarah lagi? tahun lepas sampai juih2 mulut punya duk kata tak mau mengarah dah, Jbtn makan duit.. ha..2 la kata lagi kat orang..

panggil ja Din he he

laaaaarrrriiiikkkkkkk!!!!!!

Izariza said...

Itu mihnah. Itu tribulasi.
Selamat mudah-mudahan :)

Salam

DiaHarris said...

kan saya ada.. if tak cukup orang, panggil jer saya eh :p

Sastri said...

sampai rebah? turut bersimpati... semoga dapat mencari pengganti Raden Mas itu nanti... dan semoga tuan pengarah cepat sembuh...

Butaseni@Wan Raja said...

tegezoot............
tidak,cuma tewas dengan hambatan-hambatan sesibukan Festival.

tegezoot lagi............
tidak!

art.........
din atau dora(si pondan gagah).

izariza........
insya allahhhhh :)

dia harris.........
ya ya mai la join,watak pengawal pun banyak lagi hehehe

sastri.........
alhamdulillah,semlm dia dah fully fit :)(kantoi, dia tau pasal bloq nih huhuhu)

k o r o m y s t said...

Hanya simpati mampu dihulurkan. Teangh hulur nih! Tengah hulur nih! Sambutlah!

xD

Natra said...

Kesian kat dia..mudah-mudahan cepat baik ye! Korang kena bebanyak bersabar bila ada kerumitan pasti ada penyelesaian. Mohon padaNYA & break a leg untuk persembahan tu nanti erk!!

Butaseni@Wan Raja said...

koromyst.........
yeah,,tgh sambut hehehe.
tq

zeti........
yeah break my leg hehe

Anonymous said...

Menarik! X sangka masih ada anak muda yang mencintai seni tradisional melayu kita. Tahniah! Teuskan usaha anda (",)