Tak berapa lama dulu,aku terlibat dengan satu produksi mega besar anjuran kerajaan negeri,Bangsawan Puteri Saadung.Show itu juga ditonton oleh seorang peminat setia bangsawan iaitu Gabenor Pulau Pinang.Persembahan berlangsung selama dua malam.Untuk orang awam pada malam pertama dan untuk VVIP pada malam berikutnya.
Pada malam pertama,semuanya berjalan dengan lancar,mungkin kerana tiada tekanan dan hanya orang awam saja yang hadir.Semua pelakon sempat memanaskan badan dan membaca doa (buka panggung)sebelum bermula.Pada malam tu,penonton yang menunggu show,jadi kami mengambil masa sepenuhnya sebelum beraksi.
Salah satu adegan dalam Puteri Saadung
Pada malam berikutnya,iaitu malam VVIP, kami menjadi kelam kabut dibelakang kerana Gabenor tiba awal pada waktu yang dijadualkan.Para pelakon belum sempat warm up dan berdoa sementara si puteri masih belum siap merias muka jadi selepas selesai make-up,kami terus mulakan persembahan.Segalanya bermula ketika babak satu dimana bomoh diraja yang ditemani Penghulu Tumpat datang untuk menyampaikan sembah berserta dengan asap kemenyan.Di situ bermulalah segala huru-hara.Hampir kesemua pelakon terasa ketegakan roma.Kemudian tiba pula peristiwa parang terbang dengan tidak disengajakan semasa babak perang diantara tentera siam dan melayu Kelantan yang nyaris menikam salah seorang pahlawan(si tergezoot).
Pada babak di istana siam pula, dayang-dayang yang menunggu giliran untuk babak seterusnya,satu demi satu rebah,menjerit dan meraung sambil bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kudengar.Daripada 8-9 orang dayang cuma 3 sahaja yang dapat meneruskan persembahan dalam keadaan takut,yang lainnya sedang mengamuk di bilik persalinan.Penari-penari yang dijemput khas dari Songkhla juga berpelukan sesama sendiri dalam ketakutan.Kemudian si puteri pula mula menggigil ketika diatas pentas bersama aku dan sempatku berbisik"Nur,focus!",mujurlah dia tersedar dan meneruskan lakonannya.
Dengan Gabenor dan VVIP sedang asyik menonton,tiada seorang pun penonton lain yang sedar dengan kekecohan yang berlaku di belakang pentas.Seperti virus yang bertindak dengan pantas,kini giliran pelakon utama pula dirasuk.Sedang berlakon untuk babak akhir yang agak tegang,tiba-tiba suara Datuk Bendahara yang romantis bertukar menjadi garang.Aku yang sedang duduk di atas takhta mula kecut perut."ya allah,tolonglah selesaikan dulu babak last ni, pastu orang-orang ni nak bertukar menjadi serigala jadian pun jadilah",bisikan hati kecut ku.Akhirnya kami berjaya juga mengawal perasaan dan menghabiskan persembahan kami tanpa disedari penonton dan VVIP yang kami beraksi di depan dan di belakang pentas.
Setelah semua penonton dan Gabenor keluar dari auditorium untuk menjamah jamuan ringan yang disediakan,Datuk Bendahara yang kurus kering mengamuk diatas pentas dengan kuderat yang luar biasa sambil berteriak'berani hampa kacau tempat aku?!,hampa tau aku sapa?".6-7 orang diperlukan untuk mengunci pergerakan orang tua ni,mujurlah tiada keris asli ketika itu.Setelah dibisik dengan ayat kursi ditelinganya barulah dia menjadi tenang semula.Ketika itu ada lagi saki baki penonton yang belum keluar dari auditorium,jadi rahsia kami terbongkar juga.Mujurlah ada seorang ustaz yang menawarkan diri untuk membantu,dan terselamatlah semua yang terasuk.
Setelah semua pulang kerumah,keesokkan harinya aku dikejutkan pula dengan panggilan talipon yang mengatakan si Penghulu Tumpat berada di hopital mental.Dan aku menghubungi yang lain untuk melawat sahabat kami ini.Khabarnya dia mengamuk di kampung dengan parang dan berbahasa bangsawan lalu dicekup polis dan dihantar ke sini.Dia cuma sedarkan diri setelah dikurung di hospital ini.Seminggu dia disitu bersama rakan-rakan baru.
Sampai begini natijahnya.
Kemudian timbullah pelbagai ideologi tentang peristiwa ini.Ada yang berpendapat ia adalah satu perbuatan khianat untuk memalukan produksi ini,ada juga pendapat yang kejadian ini berpunca daripada kajahilan kami kerana tidak membuka panggung terlebih dahulu dan tidak kurang juga yang menyalahkan aku sebab tidak buka capal dan tidak bersila di singgahsana,karut!hehe.Segala-galanya hanya 'dia' saja yang ada jawapannya.
psss...buka panggung cara kami biasanya dimulakan dengan al-fatihah dan selawat ke atas nabi,bukan sembelih ayam.Jangan salah sangka yeee
37 comments:
eeerrmmmmm......
eelokkk...
eelookk....
gambar tu.......
eerrrmmmmm...........
tunggu raden mas pulak......
huiyooo... ganazzz tu...
aku bz tapi nak komen jugak2!
"nur, focus!" menarik perhatian aku...he he 'nur,fokus! nur! he he
kau tertinggal yang satu ini...
"tak keluar lagi...tak keluar lagi..." he he
Huyooo...ni dah masuk categori red alert bang oii...sekali parang terbang kat penonton amacam?
Ha ha ha....
Aku semacam dapat merasa musibah yang akan melanda produksi tu, sebab tu aku tarik diri awai-awai. (Tapi sebab asai pun aku ada keja hakiki).
Sorry to say, aku bukan tak percaya dengan benda-benda halus ni, dan aku bukan nak cakap besaq, tapi pada aku yang kena tu bukan semua, tapi yang lain tu panik histeria tak kena gaya. Terpulanglah apa orang nak kata apa pun.
Ha ha ha.... dengar katanya, yang mahkluk amfibia pun bertukar kederat jantan malam tu, di samping rasukan lebih-lebihan dek bahang cinta oleh salah seorang pelakon.
Ha ha ha... ya... aku boleh kata aku rugi kerana terlepas pengalaman tu. Mungkin juga terlepas peluang mempelangkung orang yang buat-buat kena rasuk ni.
ha ha ha...
ayat yang paling best. 'nur fokus nur!'
Macam hang penah pakai ayat tu diketika lain ja.
Ha ha ha
Menarik dan seram!
Mungkin ianya adalah suatu pengalaman yang boleh En.Butaseni jadikan iktibar di lain masa.
Salam :)
Mungkin ada kaitan sebab persembahan tak dimulakan dengan Al-Fatihah, selawat dsbnya.
Wallahualam
jinggo.........
hang jangan dok doa reden mas pun jadi macam ni jugak!!mampus aku,dah lah brapa kerat ja melayu.
mak su.......
memang ganas!!
art........
ada ayat-ayat yang perlu ditapis hahahaha sebab hampa semua sungguh biadap!hahahahaha.biasalah takkan nak sebut nama sebenar hehehehe
itu semua gosip pihak media.pihak media memang suka memanupulasikan cerita tentang aku hahahahahahahahaha
butterandbanana....
parang tu cuma melayang sesat dgn tidak sengaja,bukan terbang macam kau imagine tu.nyaris tertikam si terkezoot jadi dia pun terkezoot sampai sekarang.
pegawai khalwat........
hang duduk dalam control room,apa yang hang tau?!aku tengok dan alami sendiri.tapi memang ada sorang je pemburu cinta lelaki yang purak-purak pengsan untuk tarik perhatian si pujangga idamannya.hahahaha(wanita diciptakan untuknya).dayang-dayang yang lain tu memang kena rasuk,dan bendahara pun memang kena.penghulu tumpat masuk hospital,kami p lawat dia,hang mana tau.:P
aku tau ayat focus tu akan jadi isu hahahahahahaha.AKU DENGAN DIA CUMA KAWAN BIASA TAK LEBIH DARI ITU(ayat pelakon Yusof Haslam).
indah sakura.........
ya antara pengalaman yang paling best.
miss_tree.........
betul tu.tapi nasib baik saya ada baca ayat kursi(sendirian) sebelum start show.mmg sudah menjadi kebiasaan mulut saya untuk baca hari-hari.dan tujuan saya baca ayat kursi,fatihah dan doa penarang hati tu sebab mintak jangan lupa skrip,panjang berjela.tak sangka pulak ia jadi pendinding.hehehehe
har har har har har har har har.........
best betoi la cerita hampa ni..................
Takde rakaman ker untuk tontonan semula? xP
alhamdulillah..
memang kuasa Allah itu beyond our imagination.
:)
Isk...macam itu pulak ekk..
Apapun pelakon lelaki yang bettanjak itu memang kacak!
:D
puteri saadung..
mmgpenuh mistik..
sejak duluuuu lagi..
jinggo..........
nasib baik hang belum ada lagi masa tu.kalau tidak hg pun sama kutuk aku hahahaha
koromyst.........
rakaman cerita ni cuma dapat setengah saja sebab kamera man turut ke belakang pentas untuk tolong(buat ramai)di belakang stage.dia terlupa nak tukar tape.frust aku dapat tengok setengah je.rakaman di belakang pentas takde lah pulak,semua bz(ketakutan)hahahahahaha
miss_tree..........
ketika tu mmg nampak sangat kekuasaannya :)
blackpurple..........
a'ah memang menarik untuk diingat.
mungkin dia pakai bedak banyak-banyak kot hehehehehe :D
nazjoe..........
ya bro,jalan cerita ni memang best.mmg menarik.kalau aku kaya macam tiara tu aku filemkan crite ni,betoi.
tak pernah lagi mengalami... dan saya sgt takut bab2 hantu or yang sewaktu dengannya..
hihihi..kena rasuk.
kat sekolah dulu selalu la handle kes camni.paling menyampah bila ada yg buat2 konon kena rasuk.memang la nak kena pelangkung!
Salam Dunia,
Selama ini sekadar menjadi 'Silent Reader'
Keep up with the good Work
Teringin Sekali ingin menonton...
Macho giler sultan....
wuish.....tengkolok tinggi satu kaki setengah...
nak membawa watak dalam teater ni pon boleh 'terbawa-bawa' kot.. wa agakler...sbb dulu wa penah gak tgk teater, lakonan para pelakon nampak lebih 'berjiwa' dari lakonan filem/drama kat tv tu...
dia harris..........
saya pun menggigil jugak hehe
mimi amilia.........
yang buat-buat tu untuk tarik perhatian kaum adam jugak ke?:D
goro.........
tq man,trima kaseh jugak sebab selalu baca dalam senyap hehe gua link lu ek
amat panjang......
a'ah ek,anak sapelah ni.wah photo-photo kau makin ganas beb.kirim salam amy search dan gitarisnya si kirin hahahaha
sambal belacan........
tima kaseh sebab layan lawat gua :)
a'ah tanjak tu kami pinjam istana budaya punya,mestilah grand hihi
nunn...........
bukan terbawa-bawa,setahu aku,selalunya bangsawan ni kita akan berlakon watak yang pernah hidup suatu masa dulu(legenda)jadi hantu setan suka mengganggu.jadi sebab tu kebanyakkan teater tradisional dimulakan dengan 'buka panggung' dulu.(ada cara yang betul dan ada juga yang khurafat).
pelakon teater memang sudah dilatih dengan asas-asas lakonan seperti penghayatan,pernafasan dan macam-macam lagi,sebab tu dia ada 'soul'.:)
"Nur, fokus, nur" yek?
Hmmmm...
paris........
alamak!sayang,itu semua gosip sayang,pihak media memang suka memutar belitkan cerita.susah jadi artis ni yg.... hehehehehe
(celaka punya art & pegawai khalwat,kantoi aku!)
Salam Dunia...
Saya link kamu juga...
Nasib jadi silent reader... xjadi silent killer...
Mamu: Come on Ita! come on!(sambil memegang pipi mangsa kerasukan)
ayoyo...
best sungguh pengalaman hang ek!
membacanyer pun aku saspen...
-goro-..........
cantekk!!jangan jadi silence of the lamp dah.hehe
tegezoot........
hahahahaha ya ka?aku tak tau pun.kesian kat dia,cinta 6 segi tu berakhir dgn perkahwinan dengan tuan pengarah kita hahahahahaha.
tepok pada diri sendiri.
umi ameer.........
gneri siot!
Salam wahai Buta Seni. Errkkk... peliknya nickname. Hikhik. Apa-apa hal pun, salam perkenalan dan persahabatan. Saya juga pernah melalui detik-detik sepertimana dalam entri ini semasa pementasan teater.
Jika tidak sempat berdoa beramai-ramai, memadai jika berdoa dalam hati secara individu. Kekuatan jiwa dan semangat kita sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Jika terdapat sedkit ruang (walau sebesar lubang jarum) untuk kita melupai Allah, memberi peluang kepada anasir-anasir 'jahat' untuk bertindak.
Ada satu petua lagi yang diajar oleh sifu saya. Semasa pementasan, sapu bawang putih yang telah diketuk pada ibu jari kaki. Biar pun bau, tapi mampu membantu kita dijauhkan daripada makhluk-makhluk halus. InsyaAllah.
isk isk... ngerinyaaa... teringat pula doa jawa yang diajarkan oleh arwah moyang sas semasa budak-budak kat sekolah diserang histeria lama dulu...
"ya allah,tolonglah selesaikan dulu babak last ni, pastu orang-orang ni nak bertukar menjadi serigala jadian pun jadilah" kelakar la pulak bab serigala jadian tu... :p
Mahluk tu pun nak jugak berlakon agaknya...
ho ho ho.
yang dalam gambar tu pasti incet butaseni. ha ha ha.
oh oh!
nur focus nur! adeii. ayat ni terasa lawak pulak.
jangan pandang belakang bro...
puteri ezza........
salam kenal,saya mmg amalkan doa sendirian tu,yang lain tak tau lah pulak.wahhh petua tu macam dalam crita Buffy the Vampire Slayar pulak ek? hehehehehe
ansya allah kami try lepas ni.:)
kamato.........
ya betul,dengar kata ada orang nampak masa kami berlakon tu, ada banyak benda yang turut berlakon di atas kepala kamai(menurut seorang jurukamera)
akirasuri........
aik,awak ke tu?orang tgh ketar atas stage tu hehehee
kamarul........
hehehe lebih sesuai masa tu
'jangan pandang atas' hehehe
eh tegezoot dah kembali?????
yup,kembali terkezoot!
Post a Comment