Monday, June 4, 2007

Rockers dan Punkers Yang Hina....

Sedang aku meronda-ronda di sekitar JB tempoh hari, aku ternampak sekumpulan Mohawk yang dengan bangga dan bengisnya memperagakan fesyen retro mereka si sekitar bandaraya moden itu.Kebanyakkannya dalam lingkungan 16-19 tahun.Aku tersenyum sendirian.Dalam kepala hotak aku cuma bertanya,'Diorang ni tahu tak asal usul benda yang diorang pakai ni,atau itu tren terkini remaja disitu?".Ada juga yang ber t-shirtkan Sex Pistols dan The Bollocks dan ada juga t-shirt mereka yang bertulis God save the Queen (lagu yang mak bapak aku terpaksa menyanyi setelah dipaksa oleh orang Inggeris semasa jajahan mereka di tanah Melayu).

Budaya ini bermula di kota London sekitar 1970an dimana belia cuba mensongsangkan fesyen dan rambut mereka untuk menunjukkan protes mereka gara-gara kemerosotan ekonomi di Britain.Mereka berpakaian koyak-rabak disamping tampalan logo-logo protes di jaket mereka dan rambutnya ditajamkan supaya ia jelas dapat dilihat.Satu lagi yang paling utama ialah logo Nazi. Nazi adalah fahaman orang Jerman di bawah pengaruh Hitler dimana mereka beranggapan bahawa bangsa merekalah bangsa yang paling mulia didunia,bukan bangsa lain,bukan orang Asia,bukan orang Latin dan yang paling utama bukan Yahudi.Sisa-sisa ideologi itu masih wujud dikalangan mat saleh-mat saleh di Eropah.Cuba bayangkan jika mereka-mereka ni melancong di Malaysia dan ternampak si poser-poser ini.Ketawa besar diorang.

Aku ada seorang kawan yang dari zaman sekolah rendah lagi memang taksub dengan 'punk'.Dimana saja akan dicontengnya 'Punk Not Dead' sampai ke dinding rumah neneknya pun 'Punk Not Dead'.Cara pemakaiannya juga memang tidak ubah seperti Sid Vicious(Sex Pistols).
Sehinggalah dia dapat melanjutkan pelajarannya di London,disitulah mata Melayunya terbuka.Sedang dia berjalan-jalan dikota Punk itu,dia terserempak dengan sekumpulan punkers.Dengan yakin dan bangganya dia pun memberikan mereka senyuman,kononnya sebangsa.Dan dengan selamba salah seorang daripada sirambut tajam itu menghampiri mukanya dan tuuuuuiiiiiiiii! Diludahnya.'A f#c@%ng monkey trying to fit in',hahahaha',kata si peludah itu.Betapa hampa dan luruhnya hati sahabat aku yang pernah menjadi dewa punk di Malaysia dulu.Bermula pada saat itu cara pembawakan si Melayu ni terus bertukar dan kembali berpijak di bumi yang nyata.Ini menunjukkan mereka ni tidak akan terima punkers yang bukan dari kaum mereka sendiri,tak kiralah kau ni dewa atau tuhan punk di negara kau.Teringat juga aku satu filem yang cukup membuktikan yang bangsa lain tidak semulia mereka.Filemnya berjudul American History X.Harap korang pun tontonlah filem ni untuk membuka mata korang. 'The white man marching On', itulah kata-kata dalam filem itu.

Tahukah anda,sentimen ini bukan sahaja terpahat dijiwa punkers malah ada juga kumpulan-kumpulan rock barat seperti Guns and Roses,kumpulan yang digilai oleh ramai Melayu tidak membenarkan penonton selain orang putih menyaksikan konsert mereka di America.'For White Man Only',itulah yang tertera pada tiket dan poster konsert mereka.Dan aku pernah juga menonton video konsert mereka di Jepun pada tahun 1994 dimana Axl Rose,penyanyi utamanya kencing dari atas pentas kepada penonton Jepun dan yang peliknya, mereka pun berteriak gembira.'Woi...semalam Axl Rose kencing atas badan aku", mungkin itulah kata-kata mereka pada seluruh rakyat Jepun pada keesokkan harinya.Sungguh bodoh dan betapa hinanya orang Asia(termasuk Melayu) dimata mereka.

Setelah aku tonton konsert,tiket konsert dan poster konsert GnR ini,aku terus jadi benci pada mereka padahal lagu-lagu mereka pernah menjadi kegemaran aku samasa zaman jahiliah aku dulu.Diharap pada punkers dan rockers maut di Malaya ni, janganlah terlalu taksub dan ghairah berpakaian seperti mereka.Dan sekurang-kurangnya siasat dan ketahuilah dulu latar belakang sesebuah 'band' tu sebelum kita mengidolakan mereka ini.
Bukalah mata wahai Melayu..........rambut kita hitam.

34 comments:

jinggo said...

apa nak buat mereka ni bukan melayu..........
lebih kurang macam ni la.....
jenis ni macam bangsa yang bangsat......
tak tau malu.....
ini bukan melayu.......
ini bangsat yang layu....
aku besa terbaca satu atikal tentang punk yang bangsat ni.......
meludah adalah satu cara mereka memperkenalkan diri.....
kalau kita kira macam salam la.....
bijak kah org macam ni.......


p/s.... hitamkah rambut melayu.....

Butaseni@Wan Raja said...

kepada jinggo....
asalnya semua rambut hitam,tapi mereka berfantasi yg mereka ni beranak kat tempat sejuk dan makan keju dengan butter...perang pulak jadinya.
rodrigo...
sekali spanyol daaa

Anonymous said...

portugese daa.... dia nak jual t-shirt kat hang

tegezoot said...

Cukuplah Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan sepatutnya dijadikan Idola kita yg dilahirkan dengan azan/iqamah ditelinga dan dalam surat beranak tertera nama seorang Islam.

Natra said...

hmmmmm..tepuk dada tanya selera. Kalau dah poser tu poserla. Dah buta kayu nak buat macam mana. Budaya orang disanjung-sanjung. Budaya sendiri?

akirasuri said...

emm entri yang menarik. :)

kadang-kadang kita tak sedar cara mereka menghina kita. kita terima saja dengan buta tuli. entri ni mengingatkan saya tentang Darwin yang mengong. oh!

Anonymous said...

hmm...
rupa-rupanya inilah dia entri terbaru berlihamkan entri saya??
hohoho.. good point of view.
semalat pagi isnin untuk kamu.

Pegawai Khalwat said...

Nampak gayanya, aku kena buang semua CD GNR akulah.

Erran said...

No doubt music group cam Metallica, Gun N Roses, Black Sabbath dll - they all ni brilliant coz they make money thru' music. Satu dunia kasi duit kat diorang. These brainless Malays memang otak ada cacat sikit. Belum pernah aku dengar budak2 rokers, punkers Melayu yg betul2 berjaya. Majoriti all become sampah...!! Malay group cam Pop Shuvit yang terkenal kat Jepun & UK pun okey jer dressing diorang. Aku yg suker Kirk Cobain pun takdelah nak follow sampai ambik dadah kan!

Izariza said...

en. butaseni,
satu paparan yang bagus...untuk renungan diri dan paling tidak dapat sedikit ilmu untuk menjaga ahli keluarga dari termasuk dalam golongan tersebut. Dan alangkah bagusnya jika mereka itu diberi kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan. Sayangnya bangsa Melayu, pelapis bangsa, bakal peneraju agama dan waris takhta negara.
Oh, Malaysiaku!!

jinggo said...

ada kawan aku selalu cakap.....
malasian food no good.....

P/s..... selalu makan keju kee....

pjoe said...

butterandbanana,
errrrr...
Music is not about money dude. Yeah, it's irrelevant untuk aku cakap duit tak penting. Penting, memang penting.
Tapi kalau nak bandingkan scene negara kita dengan US, mak aih. Jauh sekali.
Banyak band-band Malaysia yang bagus2.. dan POP SHUVIT tu bukan mewakili band2 seluruh Malaysia. Kondisi yang membuatkan Band msia tkleh pergi jauh.
Okey, attitude.. kena ubah... but facilitynya dimana? Buat gig sikit terus di label black metal. Aku bukan pro metal, pro nazi, pro yahudi dan pro segala. Cuma aku hanya sebilangan zarah kecil yang ada dalam scene itu. Medium seni itu berbagai rupa. Penilaian juga berbagai rupa. Seni itu tidak boleh di nilai kerana bila di nilai bukan seni la namanya.
:D
Kalau terjun ke Kutub Utara itu patriotik, nah..tunggu aku terjun dari bulan pula
hihii
salam

Butaseni@Wan Raja said...

kepada anonymous...
laaa apa punya orang ni,nak buat bisnes tapi cakap bahasa orang tak faham.macam2 hal...

tegezoot..
a'ah tersalah idola hahaha

ibuseni....
sebab diorang rasa budaya tu lagi bertamadun kot?

akirasuri...
sape Darwin yang mengong tu?

rena..
hehe sebenarnya bukan nak kutuk greenday hehehe,
cuma tiba-tiba ingat greenday,ingat kat kawan saya tu..

pegawai khalwat...
eh jangan buang,mai kat aku hahaha

butterandbanana.....
saya pun minat,tapi taklah nak ikut cara hidup diorang..

izariza..........
ya memang,aprisiasi budaya ni mesti dipupuk dari kecil.

jinggo...
memang malaysian food no good!
pedas nak mampus sampai ayam pun rasa cili..apa kejadah? hahahaha.memamg,memang.memang...

nazjoe....
aku paham,minat seseorang tu memang tak boleh disekat,tapi walaupun kita ni penyanyi rock terkenal melayu,tak semestinya kalau nak berak pun kena pakai jaket kulit atau boot.hehehe
cukuplah sekadar semasa konsert atau fotoshoot.bila time 'maarobbuka' takkan nak rock lagi kot?hahaha
aku akui aku pun memang rocker...dalam kreta aku takde cd lain selain rock.tapi itu cuma desakan halwa telinga aku...pembawakan aku mcm biasa je.
kalau aku salah ampun kan aku sahabat hehe
aku kan butaseni hhahahaha
salam

pjoe said...

dude,
respect!
:D
bukan aku emosional, cuma kadang2 golongan kecil macam punk makan sampah semua tu la yang menjahanamkan scene Malaysia.

artisticklytouch said...

Nasib baik aku minat kumpulan Mirwana he he

Nur Hafiza Hasan said...

Salam, Che Butaseni.

In my POV, Malaysian youngsters ni terlampau terikut2 dgn budaya Barat.
Ikut pulak secara membuta tuli.
Betul laa apa yg Che Buratseni tulis tu, diorang ni tak tahu pun asal usul segala 'aliran' yg diorang agung2 kan tu.
Ingat habes hensem laa tu dgn rambut mohawk, seluar senteng and suspenders?

Ini cuma pendapat saya, org yg lebih buta seninya dari Che Butaseni.
Hehehehehehehe..

p/s:minggu ni sibuk jadi wedding planner, tu yg tak sempat nk update. bukan melancong..=(

Anonymous said...

Darwin tak tahu ke? orang yang mengatakan manusia itu dari beruk dan orang yang mengatakan kulit puteh itu lebih mulia dari bangsa lain. :)

Bunga Rampai said...

Baca. Saya senyum-senyum, kemudian gelak sikit-sikit, lepas tu gelak kuat sikit ... saya suka apa yang awak tulis ni.. banyak pengajaran sebenarnya.

Saya kepingin sekali membaca cerita tentang buskers. Saya pasti awak boleh bercerita mengenainya kan? Saya tunggu!

Salam.

Rozie said...

rasa kembang hidung sebab junjung budaya sendiri...

Nur Hafiza Hasan said...

oppps, baru perasan silap eja nama.
sorry ehh.. ;)

Butaseni@Wan Raja said...

kepada brader nazjoe...
aku paham,kau ada falsafah...
memang golongan nilah yang membuatkan orang pandang serong tapi mcm aku katalah kalau saki-baki nazi tgk melayu mcm ni takkah malu atau axl rose datang malaysia tengok mamat rock kapak yg hidung penyet pakai baju use your illution takkah dia gelak...hahaha

artsilkytouch...
mirwana tu jirat cina kat semenyih hahaha

miss_tee..
dah diorang rasa mohawk diorang tu ensem nak buat mcm mana hahaha
ooooo mak andamlah ni;)

Akirasuri........
ooooooooo beruk tu namanya Darwin...baru saya tau hahaha
saya ni cucu Adam :D

Bunga Rampai......
baik,cik puan,buskers on the way.

Rozie...
tambah-tambah lagi awak duduk kat sana kan?

Iman Mawaddah said...

Orang melayu ini banyaknya suka mengikut tanpa berfikir. Bangga jadi perhatian orang lain dengan budaya yang pelik2 sehingga tergamak membelakangkan agama.

Anonymous said...

benda2 ni mmg mengarut utk diikut... budak belasan tahun tu kalo x ditegur and disedarkan makin teruk lah jadinya nnt... tp budak zaman skrg x mcm budak zaman dulu... silap2 lepas kena tegur kita lak dibunuh atau dibelasah.. entahlah... hope anak aku nnt x terikut.. thanx for the info!

Erran said...

Nezjoe,
Maksud aku simple ajer. Kalau kor nak minat apa pun jgn sampai ikut membuta tuli. Aku mentioned pasal Pop Shuvit sebab diaorg usaha sendiri utk gi international. Same goes to Raihan (but not Siti ok). Memang banyak kump yg bagus tapi sejauh mana diorang boleh pergi. Nak harap kat orang?. In Malaysia, kalu kor nak berjaya, kor kene usaha sendiri & must be different. Unless kor anak menteri, kawan baik Keri or kerabat diRaja, then kor senang sikit arr. Tapi topic kat sini more to pasal pengikut. Nak ikut or minat apa pun aku takde hal. Tapi jgn sampai hilang pedoman hidup & maruah diri.

p/s: aku tunggu konsert rock okestra kat Istana Budaya soon.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada iman mawaddah.....
media massa adalah punca segala punca,
salam kenal

dotter......
ada cara kita nak psycho diorang ni...kita kena cari.

butterand banana..........
munkin aku juga lupa yang golongan muda mcm ni masih tercari2 identiti....biarlah dulu,nanti2 dapatlah tu.
konsert tu mcm tak jadi jee.mcm kena tunggu jadual tahunan IB tahun depan jee.

Petiais said...

org skarang..malu nak mengaku melayu..

dia>> i bukan org melayu..father i melayu..mother i org cine..si i blh kate i org cine

kitoarg>> (blh blah)

Petiais said...

so*

Butaseni@Wan Raja said...

kepada petiais....
tujuan org2 macam tu mengaku lebih kecinaan sbb senanglah skit makan masa bulan puasa dan bersekedudukan.Kononnya orang tak perasan dan tak boleh nak kata apa2 hehehe
ni kisah benar sbb aku ada kawan yg macam tu..........peace.
salam bro.trima kaseh sbb lawat gua

ANNA NUR said...

aku pernah berdepan dgn melayu yg dia ingat aku x tau dia tu melayu (sbb muka mmg mcm cina).. ms tu bulan puasa.. situation in jb.. dia p order mknan kat tempat aku keje, dtg dgn kwn india dia.. punya lah hebat ckp omputih. eheh! aku tegur bg salam, dia boleh jwb.. "Walaikumsalam..!". Ha, kantol... merah padam muka dia. Ala, kalo selalu berselisih kat tempat yang sama, xkan le xtau awak tu sapa.. kesian minah tu..

Anonymous said...

aku pengkomen ke 31!!!
p/s: boleh hantar mastika ni. ekekeke...

m i n e r a l . . . said...

terpanggil utk beri sepatah dua kate, hehehe

saya juga terpanngil utk memberitahu gelombang fesyen ghotic yg disukai remaja masa kini...konon2nya fesyen semata2...heheheh makna ghotic tu pun taktau, bila ditanya apa itu ghotic... dgn bangga [aku tgk kat edisi siasat] diorg kate ghotic itu fesyen terkini, cehhhh rasa nk muntah aku.... nmpk sgt ikut membuta tuli....
so kepada sesapa nk tahu apa itu ghotic pls feel free go to http://mineral78.blogspot.com/2006/09/ghotic.html

p/s: buka minda, jgn pejam mata...

Butaseni@Wan Raja said...

kepada kamarul....
mastika hanya amik cerita mayat bergerak dan berulat je,
kalau crita macam ni harakah bolehlah,
hahahahaha

mineral....
bagus jugak cadangan kau ni,akan aku lawat pasni,
jadi kalau orang tanya aku taklah aku jawab gothic tu gereja macam student aku jawab hahaha
salam bros

Butaseni@Wan Raja said...

alamak aku tertinggal komen si :. tu....sorry,nama kau :> ek?hehehe
haaaa kejadian tu pun berlaku kat member aku tuh.sama jelah diorang tu.
salam.

Anonymous said...

er brader... ko dah tak layan muzik2 cam ni dah ke?? :-D