Bagi golongan yang tidak pernah didedahkan dengan seni ini,sememangnya ia adalah suatu yang amat asing dan mengelirukan,tetapi jika mereka memberi peluang kepada mata untuk menonton maka deria yang lain juga akan terus terbuka dan membuatnya bernafsu untuk menonton persembahan lain yang mungkin lebih berat dan yang perlu membenarkan otaknya berfikir.Masalahnya bagaimana cara untuk membuka minda golongan ini?
Selain daripada kumpulan teater yang berprofil hebat dan berbajed tinggi,kumpulan-kumpulan atau NGO-NGO Kesenian yang tidak begitu kukuh kewangannya menghadapi kesukaran untuk menarik penonton menyaksikan persembahan mereka biarpun mementaskan karya yang begitu bermutu.Promosi sudah diadakan,poster-poster dan kain rentang juga telah digantung.Tetapi......... Persembahan sebegini biasanya mansasarkan penonton Melayu untuk datang memberi sokongan,kesudahannya hampa.Lain pula cerita teater Inggeris,kehadiran penonton biasanya amat membanggakan dimana mereka mempunyai pegikutnya tersendiri yang terdiri daripada golongan yang 'berisi' dan juga pendatang asing yang menetap di negara kita.
Untuk menarik minat penonton Melayu yang baru,golongan ini haruslah terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan yang berbentuk hiburan ringan atau musikal supaya mindanya mudah menerima dan memahami intipati karya tersebut.Orang-orang ini terlebih dahulu harus dipujuk,diasuh,dipimpin dan digalak melalui hiburan ringan.Disitulah dewan atau auditorium mula dijejaki dan dipenuhi.Pada peringkat awal,dapat menarik sekumpulan kecil sudah memadai kerana kumpulan inilah yang memulakan dan kemudian ia dirempangkan menjadi kumpulan yang besar dan akan menjadi lebih besar jika dipengaruhi.Dengan ini juga mereka akan mula menonton teater modern dan dengan perlahan-lahan akan menghargai persembahan-persembahan teater tradisional yang lain.
Timbulnya masalah ini adalah daripada segelintir penggiat teater kita juga apabila masing-masing terlalu taksub mengenengahkan ideology atau alirannya supaya mereka diiktiraf yang terbaik sehingga mencetus sikap dengki-mendengki sesama sendiri.Dengan itu,keryanya terlalu berat dan abstrak untuk the beginner menontonnya di tempat awam.Karya-karya yang mega hebat seperti anti-realisme ini kurang sesuai dipertontonkan kepada golongan yang baru menggalakkan hatinya menghayati seni ini,ia lebih mengundang kekeliruan dan ia lebih afdal dipersembahkan kepada golongan yang lebih tinggi pemahamannya di persembahan-persembahan dan tempat-tempat tertentu.
Bagi memajukan idustri kecil ini,para penggiat teater Melayu haruslah bekerjasama mencipta penonton-penonton baru disamping membuang segala keegoan demi memartabatkan lagi seni persembahan bangsa kita.Tidak perlu lagi bersaing kotor untuk menonjolkan diri masing-masing dan mengambil iktibar dengan kemajuan teater Inggeris yang semakin hari semakin besar pengikutnya hasil ketulusan serta kejujuran mereka berkarya.








Mencari kayu yang lebih sesuai ditebang(lebih mudah)

Dialah atlit yang berlari mati-matian,


Tahukah anda,sentimen ini bukan sahaja terpahat dijiwa punkers malah ada juga kumpulan-kumpulan rock barat seperti Guns and Roses,kumpulan yang digilai oleh ramai Melayu tidak membenarkan penonton selain orang putih menyaksikan konsert mereka di America.'For White Man Only',itulah yang tertera pada tiket dan poster konsert mereka.Dan aku pernah juga menonton video konsert mereka di Jepun pada tahun 1994 dimana Axl Rose,penyanyi utamanya kencing dari atas pentas kepada penonton Jepun dan yang peliknya, mereka pun berteriak gembira.'Woi...semalam Axl Rose kencing atas badan aku", mungkin itulah kata-kata mereka pada seluruh rakyat Jepun pada keesokkan harinya.Sungguh bodoh dan betapa hinanya orang Asia(termasuk Melayu) dimata mereka.
