Suatu petang sedang aku menjamu mata bersama teman-teman di Batu Feringgi Night Market,tiba-tiba terasa seperti telinga aku ditarik oleh bunyi-bunyian yang sungguh memukau.Lalu aku dan member-memberku terpacak didepan kumpulan ala-ala hippies itu.Nafsu untuk aku membelek jam tangan tiruan,DVD RM4 dan pelbagai pakaian berjenama tiruan langsung hilang.Mata dan telinga hanya menumpu kepada BONYARI BAND.

Dengan menggunakan alat-alat musik dan bunyi-bunyian yang unik dan amat jarang sekali dilihat,kumpulan dari negara mentari terbit ini berjaya memukau para pengunjung night market itu. Aku kurang arif tentang nama alat-alatan mereka tapi yang aku tahu cuma alat yang seakan semboyan panjang itu namanya Didjuridoo,mereka memang berbakat besar dengan seorang boleh bermain sekurang-kurangnya tiga instrument.Taraf mereka kalau pemusik dinegara kita sudah pasti sudah banyak menghasilkan album.Dengan persembahan seperti itu,orang ramai tidak langsung bosan dan lokek memasukkan wang kedalam beg gitar mereka.Tepukan gemuruh diberikan setiap kali mereka memainkan lagu.

Malangnya sedang kami asyik melayan telinga kami,hiburan pada malam itu diganggu dan dihentikan oleh lembaga biru gelap bervest floresen yang dengan kejamnya menghalau kumpulan DragLog ini dari situ.
.jpg)
Sikap rendah diri dan menghormati tuan rumah membuatkan aku ingin mendekati mereka.Sempat juga aku bersembang dan bertanya beberapa soalan kepada mereka.Dan dengan ramah sekali mereka melayan aku seperti aku seorang pegawai imigresen.Nasib baik hampir kesemua ahlinya fasih berbahasa inggeris.
Bermula pada malam itu,aku selalu berkomunikasi dengan mereka dan sering menonton persembahan mereka disekitar bandar Georgetown.Rata-rata para penonton amat menyukai persembahan mereka.Tiba-tiba suatu idea tehinggap dibenak otakku.Lima hari lagi, KeKKWa Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari RAya,apa salahnya aku menjemput mereka untuk bermain dan memperkenalkan budaya mereka kepada penduduk tempatan.Idea aku itu disambut dengan besar hatinya oleh kumpulan ini.Dengan tidak membuang masa lagi aku bersama Jinggo terus 'mengontek' kakitangan dan pengarah Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan P Pinang.Lampu hijau mereka berikan.
Meraka melompat kegembiraan pabila mereka dijemput untuk bermain disitu.Lebih mengembirakan lagi kerana mereka dapat menikmati pelbagai juadah istimewa hari raya dan melihat banyak tarian serta persembahan kebudayaan kita pada malam itu.Bonus lagi diberikan apabila KeKKWa menyediakan kostum tradisional kita untuk mereka pakai pada malam persembahan.
Aku sempat memberi satu salinan CD lagu raya yang dikirim oleh Puteri Ezza untuk mereka berlatih beberapa lagu raya."If you play these songs,people will love you more' kataku dan dengan pantas mereka berlatih.Cuma dua hari diperlukan untuk mereka menguasai dua-tiga lagu raya.

Segak sungguh mamat-mamat DragLog ini berbeju Melayu.
Tiba di Taman Budaya Tanjung pada malam itu,ternyata mereka amat terpegun dengan majlis yang begitu besar.Mungkin mereka tidak menyangka 'parti' yang aku maksudkan sebesar itu.Mereka terlalu teruja untuk bermain sehinggakan terlupa untuk menjamu selera.
Inilah persembahan mereka pada malam itu.
Setelah selesai bermain,mereka dijamu pula dengan makanan yang enak lazat dibilik VIP.Licin meja itu dikerjakan mereka mungkin akibat terlalu lapar.Mereka juga diberkan tepukan gemuruh,dikerumuni oleh ramai peminat dan wartawan pada malam itu.
Ketika didalam kereta semasa pulang ke motel,mereka tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih dan setelah aku melepaskan mereka ditempat penginapan,kesemua ahli kumpulan itu sangat gembira dan memelukku.Di Jepun,selepas persembahan tiada siapa pun akan bercakap atau memberi tepukan kepada kami,tidak disini.Kami rasa seperti artis popular,kata Kiko,seorang ahli perempuan Bonyari sambil mengesat airmata gembiranya.
Itulah aktiviti dan sumbangan kami(BAKAWALEE) kepada penduduk Pulau Pinang pada hari raya lalu,memperkenalkan dan mempelbagaikan lagi seni persembahan disini.