Thursday, August 23, 2007

Tagged Lagi:8 Things You Need To Know About Me

Dah lama aku kena Tag dengan Si CrounchyAhCock dan Rozie.Mintak Maaplah ek,time tu memang sibuk macam nurraka.Ni baru free sikit.Lagipun aku sudah bertukar department, dari Fashion Department ke Fine Art Department.Agak sibuk disamping tak ada PC untuk aku,kalau nak taip atau internet terpaksa masuk kedalam bilik aku di Fashion Department,tapi aku gumbira dapat mengajar subjek yang aku suka,Drawing.oklah tak mau cakap banyak pasal kerja.

Ini peraturannya:
Each participant posts eight random facts about themselves. Tagees should write a blogpost of eight random facts about themselves. At the end of the post, eight more bloggers are tagged. Go to their blog and leave a comment telling them they're tagged

Inilah 8 benda-benda yang manusia patut tahu tentang aku(bab seni tak yah cerita dah ek):

  1. Aku tak boleh makan dan tak suka makanan pedas.Kalau makan perutku akan sakit/pedih dan berpeluh macam khinzir hahaha.Aku lebih suka makan western food,biar orang kata aku mengada,janji perutku tak sakit.Aku ada sorang kawan yang mengajar sama aku dikolej,orang Mexico,dia makan pedas gila dan dia selalu cakap aku"wierd Malay" sebab tak makan pedas.

  2. Aku jenis Lantang Bersuara.Kalau aku tak puas hati dengan apa-apa benda tu,aku tak peduli siapa,aku cakap atau kalau situasi yang sesuai,aku bantai terus.Ada juga yang kata aku ni sacarstic sebab suka membantai,tapi aku tak peduli sebab aku suka mencari keadilan.Kalau aku teraniaya atau disakiti,aku akan pastikan yang menganiaya itu akan menerima nasib yang sama.Kadang-kadang orang tak suka dengan kelantangan aku.Itu masalah aku tu hehehe.

  3. Aku Gila Bola.Kalau ada apa-apa aktiviti pada malam sabtu atau ahad aku akan pastikan ia tidak mengganggu malam aku bersama pasukan peberet ku Manchester United hahahaha(kepada Nezjoe,kau jangan komen pasal ni hahaha)Kalau ada latihan teater yang penting dan sangat hampir dengan show,baru aku keduakan bola.Kalau dating pada malam tu pun,malanglah nasib perumpuan tu,terpaksa tengok bola dengan aku.

  4. Aku tak suka serangga.Aku sangat benci serangga didalam rumah.Kalau aku nampak semut,lipas lebih-lebih lagi nyamuk,aku akan sembur spray tu segera.Aku memang benci sangat lipas yang berterbangan hehe.Rasa macam dia nak serang aku lak.Sebab tu aku akan make sure dia mati sebelum terbang.

  5. Aku susah nak bangun pagi.Setiap pagi untuk ke kerja aku memerlukan tiga alarm jam.Yang pertama alarm handphone,kedua alarm clock, ketiga jeritan mak aku.Sepuluh minit kemudia jeritan mak aku yang lebih kuat.Baru aku bangun hehe.Punch Card aku dalam sebulan boleh kira warna biru,merah berderet.

  6. First Impression aku sangat teruk.Orang yang baru kenal aku selalu akan kata aku ni sombong.Ntah kenapa,mungkin rupa aku,mungkin cara pembawakan aku.Tapi aku rasa mungkin sebab aku tak pandai nak approach orang dulu.Bila orang approach aku,tanya apa-apa kat aku,akanku jawab berjela.Kebanyakkan kawan aku yang rapat sekarang ni semua pernah kata"Dulu aku tak suka hang,sebab hang sombong.Bila dah kenai hang, baru aku tau yang hang ni ok,gilababi orangnya".Kalau tak percaya tanya Tegezoot.

  7. Aku dilabel Romeo,padahal tak reti mengurat,fail.Aku pun heran dengan semua orang lebih-lebih lagi perumpuan yang ada disekeliling aku.Semuanya bila nampak aku mesti tak berani nak dekat."bahaya dia ni,mesti casanova".Ayat bisikan yang selalu aku terdengar.Padahal aku bukan reti mengurat,ayat power lagilah tak pandai,Hampeh.Aku cuma akan senyum je bila nampak orang yang aku berkenan,lepas tu dah tak tau nak buat apa dah.huhuhuhu.Kadang-kadang aku teringin jugak nak belajar dari sorang kawan aku tu,dia power,wanita diciptakan untuknya :D. Agaknya mengayat ni pun macam melukis jugaklah,kalau dah takde bakat,tetap akan jadi orang lidi.Tapi bila ada orang datang menggatal dengan aku,aku rimas pulak.Aku pun peliklah dengan aku ni.

  8. Aku hantu wayang.Aku memang suka tengok wayang.Kalau ada movie yang best je,aku akan pastikan aku orang pertama yang tengok heheh(gile kuase).Kalau dalam seminggu 3-4 kali pun takpe,tak kisah(kalau time tengah kayalah hehe)Rekod aku tengok satu cerita yang sama tu sebanyak 16 kali-Star Wars episode 1.Time tu aku tengah praktikal kat KL hehehe takde kerja,hari-hari pegi tengok wayang.

OK selesailah sudah cerita pasal diri aku.Harap ia menjawab soalan Si Ahcock dan Rozie.Ahaaa sekarang giliran aku pulak nak Tag 8 orang.Aku nak Tag:

  1. Tegezoot
  2. Art lagi
  3. Pegawai Khalwat lagi(walau pun dia tak akan jawab,tapi tag jugak)
  4. Ibuseni
  5. Dotter
  6. Mimi Amilia
  7. Alan Zed
  8. Puteri Ezza lagi hahahahaha

PS: Kepada Mak SU, nanti ek saya lukis bunga tu,BZ nih.Saya tak lupa aaiiihhhhh.hehehe :D

Friday, August 17, 2007

Kupasan Bangsawan Raden Mas

Setelah dihentam badai dari segala arah,akhirnya Bangsawan Raden Mas dapat dipentaskan juga dengan jayanya.Tersenyum lebar tuan pengarah yang uzur itu.Dengan tempoh persembahan yang tinggal 9 hari,pelakon utama iaitu yang memegang watak Raden Mas tiba-tiba menarik diri alasan masalah keluarga.Dan dengan izin tuhan seorang pelajar ASWARA yang juga anak saudara kepada tuan pengarah sanggup meninggalkan pengajiannya buat seketika untuk tampil membantu.Dia cuma mengambil masa 4 hari untuk menghafal dan menjiwai watak itu.Sungguh menakjubkan.Dan persembahan diteruskan...................

Ratu Kendiri dan Permaisuri merancang untuk mengahwinkan adinda kesayangan mereka Pengeran Agong dengan puteri dari Mataram.

Cadangan itu ditolak oleh Pengeran Agong kerana dia telah pun berkahwin dengan Mas Ayu,seorang penari pasar yang tidak setaraf dengan darjatnya lalu mendatangkan murka Ratu Kendiri.

12 tahun berlalu Pengeran Agong meneruskan hidup di negeri Kerimun,jauh dari tanah Jawa bersama anaknya Raden Mas setelah isterinya dibunuh oleh orang suruhan Ratu.

Setelah berlaku pertempuran diantara penglima Jawa dan Kerimun,dengan tidak disangka, Pengeran Agong bertemu dengan sahabat lama,Dandiar yang selama ini mencarinya hingga ke Temasik.

Sultan Kerimun datang untuk meleraikan pertempuran dan pertelagahan diantara Datuk Temenggung dan Panglima Dandiar lalu menghukum anakandanya yang menjadi punca pergaduhan itu.Setelah Sultan tahu yang pendatang ini adalah Pengeran Agong.......
"Oleh sebab Tengku Khadijah yang memulakannya,Beta kahwinkan anakanda Beta dengan Pengeran Agong.'

Pehubungan sulit Tengku Khadijah bersama Datuk Temenggong terhalang lagi akibat titah Sultan itu.

Dengan ini gadis yang tidak berdosa ini pun sering didera dan diperlakukan seperti seekor anjing oleh si ibu tiri serta dilayan dengan tidak adil berbanding adik tirinya.
Setelah selesai persembahan selama 3 hari ini,tuan pengarah mendapat limpahan pujian oleh VIP-VIP serta Gabenor yang menontonnya.Insya Allah pada hujung tahun ini produksi ini dijemput untuk mengadakan persembahan di Negeri Temasik(Singapura).

Wednesday, August 15, 2007

Nostalgia Thundercats di Dalam Buku Teks

Membaca entry si Jowo Pinter tempoh hari mengenangkan aku tentang minat dan kesukaanku semasa kecik-kecik dulu.Gila melukis,tidak kira masa dan tempat sehingga selalu dirotan oleh bapak aku. Ironinya, minat yang terhalang inilah yang menjadi punca rezeki aku sekarang.

Aku dilahirkan dalam family yang sangat mementingkan pendidikan agama dan akademik,mana taknya,mak aku dulu seorang guru dan bapak aku pulak seorang kakitangan jabatan pendidikan.Abang-abang dan kakak aku dulu semuanya top scorer belaka didalam kelas,tiap tiap tahun naik pentas terima hadiah kecualilah aku yang hampeh ni,hanya naik ke pentas untuk menyanyi,kyoir dan main recorder ramai-ramai,haram tak pernah dapat hadiah.Ketika zaman diorang, mak bapak aku dikenali kerana diorang tu pandai-pandai belaka,semuanya jadi ketua pengawas.Zaman aku pulak mak bapak aku kerap dipanggil sebab tiap-tiap tahun buku teks pinjaman sekolah ada banyak gambar Spider-Man,Batman dan Thundercats.

Mula berjinak-jinak ketika umur aku 3-4 tahun dimana aku mula melukis diatas kertas setelah teruk dibelasah mak aku kerana setiap ruang dinding rumah aku dihias graffiti.Memandangkan tiada siapa pun dalam family aku yang melukis maka minat aku amat terhad kerana tiada role model.Sehinggalah sepupu aku melukis kartun 'hulk' dan menghadiahkan pada aku,disitulah menjadi titik mula minatku menjadi lebih extreme.Kemudian tiap-tiap hujung minggu aku akan tidur dirumah mak ngahku untuk aku mengacau sepupu aku yang sedang study supaya melukis untuk aku tekap.Disitulah aku belajar melukis macam-macam character.Semakin hari,semakin galak aku menyonteng.Tiada hadiah yang lebih best daripada kertas kosong dibawa balik mak aku(kertas sekolah) dan komik yang dibeli abang-abang aku untuk aku tiru dan tekap.

Di sekolah rendah pula,sudah menjadi kebiasaan jika ada Spiderman dan Captain America didalam buku matematik sebab itu adalah subjek yang aku tak gemar dari darjah 1.Satu hari didalam kelas BM darjah 5, sedang aku asyik melukis didalam buku latihan,tiba-tiba PEDEPAP!aku dilempang oleh bapak aku yang melawat ke kelas aku.'orang suruh buat latihan,bukan lukis kartun dalam buku ni'ayat bengang bapak aku.Mulai hari tu aku di'ban' daripada melukis selain daripada kelas pendidikan seni.Tak ada lagi komik dan buku lukisan untuk aku.

Ketika tingkatan 1 pulak,aku dimasukkan ke sekolah arab gara ikut kawan-kawan.Alangkah kechiwanya aku bila aku dapat tahu yang sekolah itu tak ada subjek seni,diganti pulak dengan bahasa arab.Menyesal aku,rasa macam oksigen perlahan-lahan hilang dari muka bumi ni.Dan aku ambil keputusan untuk fail kan bahasa arab aku sebab sesiapa yang gagal mata pelajaran ini semasa PMR terpaksa mencari sekolah baru dan aku berpindah ke sekolah lain semata-mata sebab seni.

Waktu SPM pulak,aku mengurungkan diri di dalam bilik,kononnya study,padahal telinga disumbat earphone(walkman) dan tangan giat melukis.Kalau tahu dek bapak aku,mau aku dibelasah teruk.

Dan dengan tidak kusangka keputusan SPM aku lebih baik daripada yang aku harapkan.Mak bapak aku akhirnya akur dengan minat aku sebab aku score dalam mata pelajaran seni dan akhirnya dapat juga aku naik kepentas untuk menerima hadiah pelajar terbaik(seni sajalah).
Cita-cita aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni juga tercapai apabila aku diterima oleh sebuah universiti tempatan dalam bidang ini dan setelah tamat pengajian,seni dan lukisan adalah sumber pendapatan aku,alhamdulillah.

ps: kepada kakakku yang terbaca entry ini,diam-diam sajalah,jangan bagitau mak hehehe

Wednesday, August 8, 2007

Tagged:21 Things I Want In a Lover.

Sedang aku sibuk tahap dewa dengan kerenah student dan boss aku,aku rehat sekejap sambil buka blog aku...toing!! aku ditag dengan kijam oleh The Optimus Nezjoe.Aduh,pagi sibuk dengan preparation Fashion Show kolej aku, malam pulak sibuk dengan bangsawan Raden Mas.Dua-dua show weekend ni,mati aku.Dah lah tu tajuk ni yang aku tak gemar nak tulis nih.
Apa boleh buat..................
  1. Memahami aku sebagai seniman yang buta seni hehehe
  2. Sentiasa supportive dalam apa yang aku buat(aku pun akan buat benda yang sama)
  3. Setiasa ada di front row bila aku di atas pentas.
  4. Pandai jaga aku dan hati aku.
  5. Tidak berkira.
  6. Tidak kisah dengan aku yang ultra heavy smoker ni.(macam Nezjoe)
  7. Sentiasa ada bila aku boring,nak pergi mana-mana.(tidak terperaaaaaaaap je di rumah terutamanya on the weekend)
  8. Meminati benda yang sama spt muzik,movies dan aktiviti(aku tak kisah kalau dia minat Liverpool hehe)
  9. Tidak kekok bergaul dengan kawan-kawanku.(i would do the same)
  10. Menghormati ibu bapak aku dan family aku.(i would do the same jugak)
  11. Berfikiran matang, senang berbincang.
  12. Menghargai aku,apa yang aku lakukan untuknya dan pemberian aku.
  13. Pandai bahagikan masa dengan kerja,keluarganya dan aku.
  14. Menjaga keterampilan diri.
  15. Tidak mudah mendengar cakap (fitnah) orang.(sebab aku selalu digossip) hehe
  16. Rasional dalam menangani masalah.
  17. Bijak menasihati bila aku buat salah(bukan brok brek brok brek)
  18. Tak mudah merajuk,kalau merajuk pun tak berpanjangan (aku tak pandai pujuk dan mengurat hehe)
  19. Boleh bergurau (bukan sensitif tak tentu hala)
  20. Tak ada connection dengan ex boy friend(s) (pantang tok nenek aku)
  21. Boleh menjadi kawan rapat/bestfriend/isteri/soul mate sampai bila-bila.

Fuuuuuuuuhhhhhhh penat.Harap terjawablah sudah persoalan mu Nezjoe.Memang susah nak jumpa dengan yang sempurna macam ni,itu semua ketentuanNYA.Aku akur saja.

hehe Sekarang giliran aku pulak mengetag,calon-calonnya:

  • Jinggo
  • Pegawai Khalwat
  • Mak Su
  • Jowo Pinter
  • Puteri Ezza
  • Akirasuri.

Jawab jangan tak jawab..........................

Friday, August 3, 2007

Hingga ke Hujung Hayat......

"Cuma mati yang dapat memisahkan kita,kita bina kebahagiaan bersama hingga keakhir hayat".Satu ayat yang sangat tipikal diungkapkan dari seorang kekasih kepada kekasih.Tapi berapa kerat sahaja yang dapat mengotakan janji dan sumpah yang terhias dibibirnya.Ingin sekali aku berkongsi kisah cinta sepasang kekasih yang kekal sehingga hembusan nafas terakhir.

Kisah kesetiaan cinta Mak Andak Zainab dan Pak Andak Wahab.

Mahligai yang dibina selama 40 tahun berakhirlah sudah.Mak Andak menghembuskan nafas terakhirnya pada hari rabu yang lalu meninggalkan suami tersayang bersama lima orang anaknya.Suasana rumah itu diselubungi tangisan.... tangisan ....tangisan.Begitu ramai sekali hadir untuk memberi penghormatan dan sedekahkan Fatihah.

Detik pertemuan hanya pada hari pernikahan tidak menghalang untuk mereka menjalinkan cinta yang sungguh utuh sehingga keanak cucu.Mata buat pertama kalinya bertentangan selepas selesainya 'akad' untuk mengesahkan perhubungan,namun kemesraan dan kesetiaan mereka hanya tuhan sahaja yang boleh meleraikannya.

Bersama-sama merentasi segala pancaroba fana,Pak Andak dan Mak Andak tekun mencari kebahagiaan bagi menyempurnakan mahligai impian mereka.Demi keselesaan anak-anak,mereka memulakan hari seawal empat pagi setiap hari untuk membuat kuih-muih sebelum menghantarnya ke warung-warung sekitar kampung.Berdua jugalah mereka kekebun disebelah petangnya pula untuk menanam hasil untuk kesempurnaan keluarga.Segala masalah dan ujian"Nya' ditangani bersama dengan tenang dan tangan mereka tidak pernah lenguh untuk menadah kepada 'Nya'.

Tidak ada yang lebih sedap melainkan makanan dan minuman yang disediakan oleh isteri tercinta,tidak ada kawan yang lebih menyeronokkan untuk berbicara dan tidak ada peneman yang lebih mengembirakan untuk kemana-mana bagi Pak Andak.Gelak ketawa anak serta cucu jugalah hiburan yang paling menceriakan pasangan ini.

Tapi kini Mak Andak telah meninggalkan pasangannya yang penuh kasih setia untuk melangkah ke alam baru,Pak Andak sayu tunduk menghadap tanah ketika talkin diperdengarkan ditemani dua anak lelakinya menandakan jasad isterinya akan disemadikan disitu dan akan ditinggalkan buat sementara.Ucapan takziah dan pelukan saudara mara juga dihadapinya dengan tenang.Mungkin akibat terlalu hiba,titisan air matanya mengalir juga setelah para sahabat dan saudaranya mula melangkah pulang akibat merasa dirinya keseorangan untuk mengharungi hidupnya.Kesedihan itu sedikit sebanyak dapat diubati apabila dikelilingi anak-anaknya yang dikasihi dan bersedia untuk menemaninya sampai bila-bila.

Semoga Mak Andakku tenang disisi'Nya'.Al-Fatihah.